Kadang-kadang tu rasa 'fed-up' dah nak tengok jualan kedai kita. Sehingga mulalah kita fikir untuk berbisnes perkara lain. Siap nak pindah negeri lagi. Aiseh! 😅
Apa kata 'chill' dulu. Kita lihat tip di bawah, untuk buat sedikit 'adjustment' pada bisnes kita yang sedia ada.
+ 'Pecat' pelanggan kita.
Seram pula bunyinya ya. Maksudnya lihat pelanggan kita ni banyak yang terdiri dari jenis kelompok apa. Kalau banyak yang nak beli murah, nak diskaun banyak sahaja, tukar cara kita buat sales dan marketing. Semua mengarah pada kelompok pelanggan yang baru.
+ Masuk ke pasaran yang baru.
Kita jelajah kawasan yang lebih jauh dari kedai kita dan mungkin masuk ke dalam industri lain (capaian jualan). Bila kita telah buat hubungan dan jualan, maka mulalah ianya disebarkan di kawasan tersebut.
+ Pergi berjumpa dengan bakal pelanggan kita.
Paling mudah adalah dengan buat pameran. Boleh menjual, tetapi bagi pandangan saya jika kedai Optometri, buat test Optometri yang 'fun'. Ada game mudah secara fizikal (contoh game tembak guna pistol mainan). Perasaan yang sangat lain kepada bakal pelanggan kita dari asyik melihat promosi di 'flyers' dan 'banner'.
+ Ubah cara kita ambil staff.
Kalau dulu kita ambil pekerja untuk bantu kita susun-susun barangan kedai, sekarang kita ambil staff yang boleh buat sales dan marketing dengan lebih baik. Orang yang ada skill!
+ Pergi ke kursus yang lain daripada kebiasaan.
Jika dulu selalu pergi kelas yang popular, sekarang mungkin kena memilih yang ada sedikit kelainan. Kursus yang terus boleh dipraktikkan. Terus ada modul yang boleh dirujuk. (Abs Optometri akan mempunyai kursus khas ini).
+ Kejar impian kita dilapisi dengan 'passion' disamping keseronokan dalam melakukannya.
Perlu ambil sedikit masa berfikir dengan kerap setiap hari mengapa kita berbisnes. Kerana passion adalah suatu tindakan yang mengarah kepada impian kita sehingga ia menjentik perasaan, malah pancaindera kita sendiri. Jangan lupa juga, sehari dalam seminggu buat aktiviti yang paling kita suka selain menguruskan bisnes. Ia akan menguatkan lagi 'passionate' kita kepada bisnes.
.
.
Bila kita sentiasa memikirkan bisnes itu susah, ia akan mengarah tindakan kita kepada 'susah'.
Angan-angankan selalu kesan bila kita berjaya dalam bisnes. Kalau sekarang sehari sekali dapat bercuti (ada juga yang dah berbulan tidak bercuti), bayangkan kita dapat bercuti seminggu dengan kedai pada masa yang sama sentiasa beroperasi dengan baik.
"Teruskan Melangkah!"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jom Kongsi Pendapat Anda: