Ahad, 19 Jun 2016

Leader Sales yang hebat, selalu guna 3 skill ini.


Leader sales yang bagus adalah seorang yang mudah disenangi oleh tim salesnya. Sehingga mereka boleh mencapai apa jua target sales dengan perancangan yang cekap.

Inilah yang selalu dilakukan oleh leader sales :

+++ Semangat yang bersungguh menjadi mentor.

Bila time melatih, beliau tidak mengenal erti penat. Suka memberi lebih dari sepatutnya. Sehinggakan boleh mendesign 'mentor-mentee' khas untuk setiap individu di bahagian sales.

Mengajar adalah sesuatu yang leader sales amat menyukainya.
.
.
+++ Mereka tahu bagaimana membina kejayaan yang kekal.

Paksaan dengan situasi marah-marah bukanlah gaya beliau. Bergerak bersama sebagai pasukan seperti menaiki bas bersama-sama. Bukan mencampak tim di bawah bas!

Bila seorang tim banyak buat silap, dia sediakan plan khas untuk baiki. Bagi beliau, berjaya seorang, berjayalah pasukannya!
.
.
+++ Beliau ada sistem yang bukan mengejar 'pelangi'.

Boleh digelar sebagai pakar strategi, leader sales ini tahu dimana peluang, tahu dimana risikonya. Bila membentangkan plan, ianya pasti dapat dicapai kerana mereka bergerak dengan sistem yang dibina, diperbaiki dan sentiasa diuji keberkesanannya.

Cuba tanya diri kita, bagaimana hendak fokus sesuatu dengan berjaya jika semua orang mengikut sistem kerjanya sendiri? 

Susah... Susah..
.
.
Pendapatan berganda syarikat tidak dapat lari dari pasukan sales yang kuat.

Tambahan pada waktu ekonomi gawat ini, pasukan sales, adalah pasukan yang perlu kuat berada di paling hadapan dalam jentera bisnes.


Shahrizal Redwan
Rizal Optometris

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Kongsi Pendapat Anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...