Kalau dah tak nampak jalan mana nak pergi, kadang-kadang kita lupa, sebenarnya jalan yang kita cari itu ada didepan mata. Pandangan kita tertutup kerana kita lebih memikirkan untuk membantu diri sendiri, berbanding orang lain.
Mengapa kita perlu JV?
Atasi masalah sedia ada atau mengembangkan bisnes yang sedang dijalankan.
Sebuah syarikat yang mempunyai matlamat yang jelas, tidak akan teragak-agak untuk ber-JV dengan pihak yang dipercayainya, pada bila-bila masa bila ia memberi keuntungan yang bagus dan 'fair' pada kedua belah pihak.
Kita kena terima, ada masa kita tidak boleh terlalu ego atas pemahaman cara kita uruskan bisnes. Ini boleh, itu tak boleh, ini mustahil...... dan banyak lagi ungkapan yang menghalang kita bersedia untuk lebih berjaya.
Bentuk-bentuk JV.
JV boleh datang dalam pelbagai bentuk. Ia berkenaan bagaimana sesuatu itu diaturkan untuk kedua belah pihak. Masing-masing punya 'kekuatan' yang akan digabungkan bagi menjayakan projek yang baru atau aktiviti bisnes yang baru.
Oh letih pula guna ayat definisi.
Katalah Ahmad ada duit dan idea yang best dalam bisnes Optometri. Tapi beliau tidak tahu nak uruskan bisnes. Tiada pengalaman.
Beliau berjumpa dengan Hakim, seorang Optometris yang mempunyai pengalaman bertahun dalam industri Optometri.
Mereka bergabung atas kelebihan masing-masing. Maka wujudlah JV dengan persetujuan usaha sama.
.
.
Bukan itu sahaja.
Saya telah bertahun guna konsep yang mendorong staff menjadi pekerja bercirikan usahawan. Bila telah memenuhi segala sasaran dan roadmap yang dipersetujui, mereka juga ditawarkan untuk memiliki saham syarikat.
Kerana syarikat tidak akan dapat bergerak maju jika tiada staff yang berkebolehan.
'Syarikat ber-JV dengan staff sendiri.'
.
.
Syarikat antara syarikat sebenarnya lebih baik jika ia melibatkan projek yang besar.
Semasa idea ber-JV dengan ABS Holdings dikemukakan, Rizal Optometris Holdings (ROH) bersetuju bukan atas keuntungan wang ringgit semata-mata, tetapi kerana faktor 'menjimatkan' fasa berkembang ROH dari 5 tahun kepada 3 tahun.
Bagaimana perkiraannya, mungkin saya akan cerita dalam post yang akan datang.
JV inilah yang melahirkan ABS Optometri.
Masha Allah, begitu banyak ROH dapat pelajari dari ABS Holdings dari segi menguruskan syarikat yang mempunyai banyak anak syarikatnya.
Ilmu ini kalau digali sendiri, 'tidak akan tercapai dek akalmu' dalam masa yang lebih pantas.
Seperti kata Tuan Norbert Reithorfer,
"Sebelah pihak tidak perlu menjadi syarikat yang sangat besar untuk mendapat kelebihan dari 'volume' pelanggan yang besar. Ianya amat mudah di capai dengan 'Joint Ventures'."
.
.
Pelesenan adalah style JV yang lebih selamat.
Konsep menyewa sistem urus bisnes dan kelebihan istimewa lain yang ditawarkan.
Dapat membantu sesebuah syarikat membina semula (atau mengembangkan bisnes) pada satu tahap yang lebih tinggi.
Berbeza dengan sistem Francais yang lebih bercirikan sistem yang tertutup. Tidak semua industri sesuai menggunakan sistem ini.
Dalam industri kita, dapatkan pandangan orang yang pernah atau sedang melalui sistem Francais ini. Banyak maklumat 'dunia sebenar' yang kita akan peroleh.
Dapatkan cerita-cerita 'rahsia' ini.
.
.
Joint Ventures bukan hanya untuk syarikat yang besar-besar. Syarikat yang kecil juga mempunyai hak atas keistimewaan ini.
Cuma... adakah kita cukup bersedia mengubah cara berfikir agar bisnes kita akan lebih berdaya tahan, sehingga boleh diwariskan pada generasi yang akan datang.
Paling penting, bisnes bukan untuk bagi stress, tetapi enjoy mencabar kebolehan diri sendiri.
Insha Allah.
Shahrizal Redwan
Rizal Optometris
ABS Optometri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jom Kongsi Pendapat Anda: