Memaparkan catatan dengan label Bisnes Gaya Rizal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bisnes Gaya Rizal. Papar semua catatan

Isnin, 4 Julai 2016

Imbangkan produk dengan 'intangible' produk.

Menjual produk tidak sama dengan menjual servis. 

Produk mempunyai sifat fizikal yang boleh disentuh.

Manakala servis adalah sesuatu yang tiada ciri-ciri fizikal yang boleh disentuh (intangible).

Kelebihan jual produk?

Pelanggan dapat menyentuh dan mencubanya sebelum membeli.

Kelebihan jual servis?
Tidak perlu menghasilkan dan menyimpan produk yang boleh menjadi 'rosak'. Hanya buat konsep baru, ia akan menjadi servis yang baru di mata pelanggan.
.
.
Tetapi kita boleh menjual kedua-duanya pada masa yang sama, walaupun dengan produk yang sama sahaja.


Shahrizal Redwan
Rizal Optometris

Tindakan sinergi bila staff asyik main SEMAKPHONE.

Isu ni nampak kecil sahaja. Tapi dari segi efisen dan produktiviti kerja, ia mempunyai masalah yang agak serius.

Bulan lepas saya jalan-jalan dekat sebuah pusat membeli belah di Ipoh bersama isteri.

Jurujual sebuah kedai ni sentiasa berada di depan pintu untuk menyambut bakal pelanggan yang akan datang. Hebat customer service dia kan?

Terpacak berdiri.

Tapi...

Beliau berdiri sambil main smartphone. Adeh!!😅
.
.
Kalau kita larang langsung tak boleh pegang time kerja, rasa macam tak patut pula. Atau patut? Tengok kerja la juga kan?

Saya buat 3 tip ini pada staff Rizal Optometris :

+ Kerja atau tugas yang perlu dilakukan untuk satu hari di-list. Dah buat semua baru boleh main smartphone.

+ Ada kawasan tertentu untuk guna smartphone.

+ Elak berjemaah main smartphone. Ikutlah giliran. Semua orang pun nak balas Whatsapp kan? ðŸ˜†
.
.

Sinergi ni maksudnya dua-dua pihak akan menang. Majikan dapat produktiviti, dan staf tidak stress kerana halangan penggunaan teknologi.

Lihat pada perkara positif dahulu, baru sinergi dapat berlaku. Ia sesekali tidak akan menjadi sinergi, jika kita sentiasa tumpu pada perkara-perkara yang negatif sahaja.


Shahrizal Redwan
Rizal Optometris

Melangkah kerana kita sendiri yang mahukannya.



"Budaya sentiasa belajar ni, bukan semasa berada di Universiti sahaja."

Pesan saya kepada Optometris muda. semasa kelas 'Vision' mingguan Rizal Optometris.
.
.

Bila kita bekerja, belajar sebanyak mungkin ilmu yang diajar.

Mengapa?

Kalau tidak mulakan hari ini, kita adalah orang yang sama 5 tahun akan datang.

Tiada apa-apa peningkatan. Kosong.
.
.
Tetapkan impian besar dahulu. Lakarkan jalannya dan senaraikan apa yang kita perlu ada.

Ironinya, perkara paling yang penting adalah, diri kita sendiri.

Sama ada kita mahu melangkah, atau terus menunggu... dan menunggu...


-Shahrizal Redwan-
Rizal Optometris

Ada 5 ciri DNA ini, anda adalah seorang Leader yang kreatif. Sungguh!

Ada 5 ciri DNA ini, anda adalah seorang Leader yang kreatif. Sungguh!

++++ Sentiasa ada fikiran "Mesti ada jalan baru."
Walaupun telah berjaya didalam bisnes, mereka sentiasa akan mencari jalan, bagaimana untuk memudahkan lagi apa yang sedang mereka lakukan.
.
.
++++ Mereka mendengar kata hati.
Ada pepatah Inggeris berkata, "Seseorang itu dianggap tidak mempunyai arah, apabila apa yang dilakukannya itu tidak berpandukan kata hati sendiri."
.
.
++++ Mereka bergerak laju, tetapi senyap.
Sifat ini susah kita nak kesan awal-awal. Biasanya setelah beliau dah betul-betul berjaya, baru kita sedar. Apa yang dia buat sebenarnya ya sampai berjaya macamni?
Mereka tidak membuang masa melakukan kerja yang sia-sia, efisen adalah style mereka.
.
.
++++ Bila pengakuan dibuat, amat susah untuk di ubah semula.
Mereka ni walaupun duduk berseorangan, sebenarnya sedang 'bermesyuarat' dengan diri sendiri. Fikir dari pelbagai aspek untung atau tidak. Bila keputusannya telah dibuat, menangis air mata darah sekalipun, tidak akan diberinya peluang untuk mengubah akuan yang telah dibuat,
"Dengan cara ini, aku mesti akan lebih berjaya!"
.
.
++++ Buat sesuatu lebih dari apa yang diharapkan.
Kebolehan mengeluarkan idea-idea baru adalah sesuatu yang amat diharapkan oleh anak buahnya. Dengan inilah jalan yang telah dicipta mudah diikuti. 

Jika telah berjaya berada dihujung jalan untuk berjaya, leader yang kreatif tidak akan berhenti disitu. Beliau akan pastikan akhiran perjalanannya itu lebih baik dari yang ditetapkan.
.
.

Leader yang kreatif dalam bisnes, tidak akan wujud dalam diri kita, bila usaha kita ke arah itu tidak bermula pada hari ini.

Kelilingkan diri kita dengan pasukan bisnes yang mahu mencapai sebarang kejayaan. Kita lebih mudah terdorong dengan pasukan sentiasa positif dan mempunyai matlamat yang amat jelas.

"Jadi Leader yang kreatif!"


-Shahrizal Redwan- 
Rizal Optometris

Buat 7 perkara ini : Staff mulai tidak menyukai kita sebagai pemimpin syarikat.

Bila kita tubuh pasukan, kita tahu, pasukan ini mestilah 'follower' kita yang paling hebat. 
Tunjukkan kita adalah leader yang berkaliber dan disukai. 
Jadi, elak buat 7 perkara di bawah ya :

++++ Terlalu serius.

Tidak salah untuk bersungguh-sungguh dalam mengecapi kejayaan yang dikejar. Ia akan lebih pantas dicapai bila pasukan mula menyukai dan hormat akan kita. 

Orang yang mahu pantas berjaya akan mengimbangi kesungguhan dan seronok dalam melakukannya. Bagi ada 'fun' sedikit!

++++ Tidak bertanya soalan yang secukupnya.

Kemahiran bertanya soalan yang cukup amat penting apabila kita bercakap dengan seseorang. Ramai dari kita asyik memikirkan apa yang mahu dibalas, sedangkan makna tajuk perbualan telah jauh menyimpang.

"Saya cakap lain, bos faham lain."

++++ Terlalu beremosi bila berhadapan sesuatu cabaran.

Katalah seseorang menerpa masuk ke kedai kita dan cakap-cakap yang kurang sopan. Ada yang akan membalasnya balik, ada pula yang menangis teresak-esak sehingga semua staff dengar.

Kita akan di label sebagai orang yang tidak mempunyai ketahanan dalam memimpin syarikat. Staff mula memandang kita sebagai pemimpin yang lemah dan tidak wajib mendengar akan motivasi darinya.

++++ Tiada tumpuan dan 'eye contact' ketika bercakap dengan staff.

Contoh paling mudah, bila staff memohon pandangan dari kita, kita asyik sibuk membalas Whatsapp pada smartphone. Beri tumpuan dari pandangan dan dengar dengan penuh perhatian. Jika tidak, staff tahu, kita tidak pun serius untuk berjaya dalam perniagaan.

++++ Suka bergossip!

Elak jauh-jauh hobi ini. Orang akan hilang hormat pada kita kerana sibuk bercakap-cakap tentang orang lain. Kalau ada orang yang menyampai-nyampaikan, diketahui pula orang yang kita gossip, alamat hormat tidak lagi menjadi suatu budaya yang wajib.

++++ Mempunyai fikiran yang tertutup akan penerimaan idea-idea yang baru.

Staff yang mahu majukan syarikat, akan melahirkan idea-idea yang lebih praktikal. Kadang-kadang tidak pernah pun terfikir oleh sesiapa. Jika kita menolak mentah-mentah idea ini, ia adalah sesuatu perbuatan yang tidak disukai oleh staff. 

++++ Share terlalu banyak info tentang peribadi kita sendiri.

Berapa banyak kita update hal-hal peribadi kita di online? Makan 3 sekali sehari pun, kita rasa wajib nak share gambar makanan yang meletup-letup tu".

Elak beri gambaran bahawa kita adalah orang yang sentiasa rasa syok sendiri. Orang jenis ini kejayaannya susah untuk dikekalkan. 

Jadi berpada-padalah ya. 

"Gaya kreativiti dalam urus bisnes."
-ABS Optometri

Mutiara Bisnes



Pasti ada jalan bila kita rasa terhimpit. Bila tidak mampu menempuhnya berseorangan, tempuhinya bersama pasukan.

Ia boleh jadi pihak yang paling kita cintai.

Pihak ini mendengar bukan untuk menilai, tetapi kerana mahu berkongsi emosi. 

Agar perasaan untuk bangkit semula itu, mudah untuk kita dimulakan.


-Shahrizal Redwan-
Rizal Optometris

Genggam Tali-tali Kejayaan

Bila ada impian, lihat berapa kuat kita mahu menggenggam akan tali-tali kejayaan.

Guna kudrat yang ada, walaupun perlahan, kita tahu, kita boleh berada di atas setelah pendakian yang amat curam!

Go for it!!!


-Shahrizal Redwan-

Mentor kejar pendapatan?

Jika mahu menjadi mentor, jadilah mentor yang sebenar. 

Ajar agar mereka yang mencari arah, tahu pintu gerbang mana yang perlu dilalui.

Tapi jika mereka mahu terus dipimpin tangannya, pastikan ia tidak mengganggu apa yang sedang kita bina.

Kecualilah, mereka itu sebahagian dari apa yang mahu kita bina.

Ada masa ia niat ikhlas membantu, ada masa ia perlu dijadikan sebagai sumber pendapatan, untuk kelangsungan hidup.

Imbang-imbangkan..


-Shahrizal Redwan-

Berimpian besar dalam bisnes, rahsia kepuasan sebenar?

Siapalah yang tak mahu berjaya dalam hidup kan? Tapi berjaya mencapai mimpi-mimpi kita selama ini, sesuatu yang tidak dapat digambarkan bagaimana perasaannya. Terlalu asyik!

Inilah 3 tangga kepuasan yang akan kita rasakan, bila kita memilih untuk terus mengejar impian besar kita :

++++ Kepuasan dalam bertindak dan berusaha ke arahnya.

Ada seorang sahabat saya, seorang yang berbisnes dengan menganjurkan seminar. Beliau bercerita sedikit tentang bagaimana beliau menambah ilmu demi meng-upgrade seminarnya ke level yang lebih tinggi.

Singapura, Indonesia, Langkawi dan banyak tempat lagi beliau menuntut ilmu. Beliau berkata pada saya dengan teruja,

"Best pi belajar dengan otai-otai ni!"

Bila hati dah seronok, penat lelah dalam melakukannya menjadi suatu kerterujaan yang puas!!

++++ Kepuasan mencapai kejayaan yang kecil.

Sifat minda separa sedar kita, ialah kurang percaya bila kita berkata mahu berjaya secara luarbiasa. Minda ini perlukan bukti-bukti yang akan memberi kepercayaan dalam menghasilkan tindakan yang lebih baik.

Kejayaan kecil sangat dihargai kerana mereka memahami konsep,

"Lebih banyak kejayaan kecil, lebih berpeluanglah mengecapi kejayaan yang lebih besar."

++++ Kepuasan berusaha kerana ingin menyumbangkan sesuatu, bukan kerana wang semata-mata.

Jika berusaha kerana wang semata-mata, idea kreativiti lebih mengarah kepada wang juga. Wang adalah suatu bentuk kejayaan yang sementara. 

Kejayaan membantu orang lain, adalah sesuatu yang memberi tenaga untuk kita terus melakukannya. Walaupun pada masa itu kita telah pun menjadi Billionaire!
.
.
Orang yang berjaya memerlukan arah tujuan yang jelas dan mengapa mereka perlu bekerja dengan keras.

Inilah senjata terhebat mereka. 

Bila sudah tercapai sekalipun, pasti akan ada impian lain yang lebih besar, untuk dicapai.

"Kepuasan kejayaan adalah hak milik orang yang jelas akan Mimpi mereka. Mereka tidak akan berhenti mengejarnya!"


-Shahrizal Redwan-
Rizal Optometris

Tips Semasa Meeting

Gunakan ketegasan semasa meeting. 

+ Suara lebih berkaliber.

+ Teguran berdasarkan matlamat ingin dicapai.

+ Tunjukkan kita hulurkan bantuan dan habis sahaja meeting, keluar sebagai pasukan yang tidak akan kalah!!!


-Shahrizal Redwan- 

Berjaya bisnes sedia ada : Kadang-kadang tidak perlukan modal duit!

Saya tak boleh lupakan sengih penjual kedai elektrik yang tidak jauh dari menara jam Kuala Kangsar. 
"Apek! Berapa ini harga 'water heater'?"
- "RM 380. Boleh tanya, rumah dekat mana?"
"Chandan." Balas saya.
- "Taukey, sana rumah mahu pakai ada punya pump. Kalau tak, air seelow. Ada pump punya RM 580."
.
.

Saya mahu juga yang tiada pump.
Bila dah siap pasang, 2 hari sahaja saya guna. Pergi tukar balik. Tak tahan dengan air yang slow tu.
"Betullah cakap apek ni." kata saya dalam hati.
Sehingga ke hari ini jika saya mahu beli apa-apa barangan elektrik, saya akan ke kekedai yang sama ini juga.
.
.

Dalam bisnes kita, ada yang tidak berapa kisah sangat tentang harga.
Ada yang lebih suka nilai atas pembelian sesuatu produk/servis.

Nilai itu juga boleh memberi kesan, keuntungan pada satu jangka masa yang lebih panjang kepada bisnes kita.

Jika ada kedai Optometri, tukar skrip menjual rayuan kepada teknik kredibiliti sebagai Optometrist yang berwibawa.

"Sampaikan mesej bahawa kita lebih bernilai dari harga sebuah produk."


-Shahrizal Redwan-
Rizal Optometris

Beranikah ambil risiko?

Ada berani?

Syarikat kereta Ford dan GM pernah melakarkan konsep van yang baru. 

Tidak terlalu besar, sesuai untuk famili yang mahu beraktiviti bersama. Van ini juga mudah dipandu!

Tapi mereka terlalu takut untuk menjadikan ia suatu kenyataan.

Jadi...

Hanya tinggal sekadar lakaran yang tiada lagi impian.
.
.
Crysler ambil cabaran, bagi menghasilkan minivan ini.

Ia sesuatu yang amat luarbiasa dari segi penerimaan orang ramai. 

Berpusu-pusu orang mahu memiliki minivan jenama Crysler ini!

Kesian pada Ford dan GM. Kalaulah mereka itu lebih berani sedikit......
.
.
Kejayaan bisnes tidak dapat lari dari risiko-risiko yang tidak terjangka.

Risiko memanglah ada. Tapi jangan disebabkan terlalu takut buat salah silap, kita tidak mahu lagi melakukan sesuatu yang lebih mencabar.

"Tahap risiko boleh direndahkan, ia bergantung berapa kerap kita berlatih melakukan kesilapan."

Noktah.


-Shahrizal Redwan-

Cash flow tercekik

Kalau kita semakin berperasaan tidak mahu berjumpa dengan supplier yang datang (collect payment), itu tandanya cash flow syarikat sudah berada dalam keadaan tercekik.

Arahkan jentera sales bekerja dalam mode berperang.

Aktiviti terus dilaksana, dengan apa sumber yang ada.


-Shahrizal Redwan-

Sabtu, 2 Julai 2016

Emotional Reaction Chain

Jika hormat pada pelanggan menjadi keutamaan bisnes, pastikan kita mengutamakan rasa hormat profesional kepada semua staff.
Rantaian emosi hormat pada pelanggan akan lebih dirasai.
"Emotional Reaction Chain."

Menempah 'tiket' untuk Bisnes yang berjaya!

Bila dapat 'hidu' apa yang orang perlukan,
mereka cepat-cepat penuhi permintaan , "Saya nak jadi nombor satu!!!!!"

Inilah apa yang dilakukan oleh sebuah syarikat rangkaian makanan dari British, Pret A Manger.

Pada waktu makan tengah hari di New York, semua kedai yang menyediakan makanan masih guna konsep 'makan di atas meja sambil menunggu order'.

Golongan profesional yang sibuk, merasakan konsep ini membuang masa.

Mereka membawa bekal makanan dari rumah atau terus meninggalkan sahaja nikmat makan tengah hari.

Kaitan jimat masa itu sungguh kuat!
.
.
Pret A Manger menyediakan sandwich segar setiap hari. Dengan konsep yang dipermudahkan, hanya beberapa minit diperlukan untuk membeli.

Pelanggan profesional telah lama menanti 'keajaiban' ini berlaku!

Ia kekal relevan hingga ke hari ini.
.
.
Bisnes yang berjaya, sentiasa mahu memandang dari sudut pandangan pelanggan.

Walaupun segmen pelanggan itu sendiri belum wujud lagi secara sah.

Mencari akan masalah 'kumpulan baru' ini amat penting, kerana keuntungannya adalah berlipat kali ganda.


-Shahrizal Redwan-

Budaya Rizal Optometris

Budaya yang baik amat payah untuk dibentuk, tetapi ia cukup indah untuk hidup bersamanya.

Budaya yang buruk pula, amat mudah untuk hidup bersamanya.

Tetapi percayalah, hidup tidak akan menjadi indah seperti yang kita harapkan.

Kategori 'bukan target pembeli', lubuk bisnes yang belum kita terokai.

Tak kira kita berada dalam industri apa, akan tetap ada 3 jenis bukan pembeli. Maknanya mereka ini tiada kaitan dengan bisnes kita (dalam sesuatu industri).
 Berkali dulu saya cakap, "Ah! Mustahil!!", tapi kini ada benarnya juga.

"Contohnya, orang yang tidak mempunyai rabun, juga boleh dijual kepadanya cermin mata seperti orang yang rabun."

Jom kita lihat 3 jenis bukan sebagai target pembeli itu :

++++ Paling hampir.
Ini jenis yang intai-intai bisnes kita. Bila ada yang 'kena' dengan nilai yang mereka cari, terus melompat membeli. Mereka mencari sesuatu yang boleh menyelesaikan masalah yang spesifik atau lebih besar.
Tambah lagi bila kita ada bagi offer.

++++ Sederhana jauh.
Jenis ini pula tak peduli pun apa offer kita. Contohnya peminat sukan tenis, yang akan bermain golf.

++++ Jauh.

Orang dari bukan pelanggan yang 'jauh' ini' tidak tahu pun wujudnya bisnes kita ini di dunia.
.
.
Jadi bagaimana nak jadikan bukan pembeli, kepada pembeli tegar dalam bisnes kita? 

Lihat pada 'pattern' pelanggan sedia ada. Perlu di analisis secara bersistematik.

Setelah dapat resultnya, brainstorminglah kita untuk mencipta 'pattern' yang baru dalam bisnes kita.


Shahrizal Redwan

Temukan jodoh bukanlah sesuatu yang mudah!!

Ada rakan sekerja kita ni dari dulu sampai la sekarang belum berpunya. Alih-alih pandangan, masih ditahap itu juga. Sendiri-sendiri sahaja...

Part paling susah bila kawan kita ni memilih sangat. Aduh! Tang ni suka, tang ni pula tak suka. Cancel sesaje.

'Maybe' jodoh belum sampai. Apa boleh buat..
.
.
Bila dalam fasa startup, kita perlu banyak berkorban. Dan itu bukan satu pilihan. Tak boleh nak pilih-pilih.

Itulah saja caranya nak lebih berjaya. Itu sahaja jugalah 'jodoh' kita.
.
.
Ada yang sanggup bertahun tinggalkan famili..

Ada yang sanggup habiskan apa sahaja yang beliau ada..

Semata-mata ingin sebuah kejayaan yang sangat bermakna.

Elon Musk pernah bercerita,
"Pendapatan saya dari Paypall adalah $180juta. Saya laburkan $100juta pada syarikat SpaceX, $70juta pada syarikat Tesla, dan $10juta pada Syarikat Solar City."

"Akhirnya, saya terpaksa meminjam duit untuk membayar duit rumah sewa."

Lihatlah kejayaan syarikat beliau sekarang.. Fuhh!!
.
.
Tidak perlu banyak pilihan untuk memilih 'jodoh'. Belajar dan bermentor pada orang yang telah mempunyainya.

Insha Allah, jodoh tu pasti datang dengan sendirinya.

'Jodoh' adalah kejayaan yang kita mahukan.

Start berkorban dengan bijak!

Shahrizal Redwan

Pergi kursus yang kita seronok sahaja, bukan penyelesai terbaik untuk bisnes.

Ada 3 perkara penting perlu fikir sebelum masa banyak dihabiskan dengan berkursus.

++++ Tahu apa maknanya angan-angan impian yang besar.

Orang yang sangat mahukan kejayaan, akan bermimpi hari-hari, apa yang mahu dicapainya. Sehingga ke semua pancainderanya 'berdetik' tanpa henti.
Dapatkan cerita orang-orang yang berjaya ini. Dengar dan belajar.

++++ Tahu membina kepercayaan yang tinggi untuk berjaya pada perkara yang mustahil.

Sebenarnya ia ada kaitan berapa konsisten kita mencuba sesuatu untuk berjaya. 

Barulah minda separa sedar mempercayai akan kesungguhan kita, sehingga 'diarahkan' cara berfikir dan tindakan kepada kejayaan yang diimpikan.

Masa ni kalau orang mengkritik, kita buat tak tahu sahaja. Jalan terus!

++++ Ilmu gaya mengurus dan berfikir.

Urus bisnes melalui gaya bossy atau nak secara 'leadership'. Banyak buku-buku yang bagus ditulis khas untuk menjawab persoalan ini.

Paling popular adalah cara berfikir, dinamakan sebagai 'Lateral thinking' atau 'strategic thinking'. Puan guru, Puan Ainon Mohd, memberi kelas tentang pemikiran lateral thinking dengan gaya yang cukup berkesan.

Banyak contoh diberikan untuk kita mula berfikir dengan lebih baik dalam cara urus bisnes kita.

Terima-kasih Puan Guru.
.
.
Ketiga-tiga perkara di atas adalah tentang diri kita. Sebab itu ramai pakar motivasi berkata,
"Tidak akan menjadi sesuatu kejayaan, jika penghalang utamanya adalah diri kita sendiri."

Mula ubah diri dengan memandang dari 'sudut' yang berbeza.


Shahrizal Redwan
Rizal Optometris

Jumaat, 1 Julai 2016

Comfort Zone : 'Pembunuh' kemajuan bisnes.


Saya gelarkan keadaan ini sebagai Virus Comfort Zone (VCZ). Boleh kata apabila telah mencapai satu pencapaian yang selesa, jarang kita nak buat lebih baik seperti dulu-dulu!

'Comfort Zone' ini adalah satu ruang sikap kita terhadap aktiviti yang sama berulang kali, bertujuan mengurangkan risiko dan juga stress.

Untungnya berada dalam keadaan ini, seseorang itu akan mendapat kebahagiaan yang sama, tidak penat, dan banyak kurangnya dari segi stress.

Siapa tidak mahu kan? Dah lama bersusah payah nak sampai ke tahap ni. 

Mengikut Psikologis, Dr. Robert M. Yerkes dan John D. Dordson,

"Seseorang yang mahu keluar dari 'comfort zone' beliau perlu mempunyai tahap level stress 
yang terkawal, dinamakan 'Optimal Anxiety'."

"Jika terlalu stress untuk menghasilkan sesuatu yang produktif, prestasi kita dalam bekerja 
akan terkesan dan boleh membawa kepada sebuah kegagalan."

Jadi kawal stress tu. Perlu ada rasa 'enjoy' dan 'fun' dalam melakukannya.
.
.
Apa kelebihan yang akan kita peroleh, jika dapat keluar dari comfort zone ini?

++++ Kerja kita akan lebih produktif dan efisen.
Bila buat sesuatu tugasan, kita akan sentiasa mencari jalan memudahkan sesuatu kerja. Sehingga boleh berfikir dan bertindak atas perkara baru yang boleh memajukan syarikat.
.
.
++++ Melatih agar sentiasa bersedia apabila cabaran datang secara tiba-tiba.
Oleh kerana cara bekerja seperti syarikat ada masalah (walaupun syarikat sedang maju), apa sahaja cabaran yang datang, akan mudah diatasi. Orang yang selalu 'berlatih' sahaja lebih cekap menyelesaikan sesuatu masalah.
.
.
++++ Tidak akan berpuas hati akan kejayaan yang dicapai.
Selepas mencapai satu kejayaan, kita akan rasa ketagih untuk mencapai satu kejayaan yang lain. Ia telah menjadi budaya dalam diri. Kesannya? 1000 langkah lebih jauh dari pesaing yang lain.
.
.
++++ Lebih mudah untuk buat aktiviti 'brainstorming', dengan idea-idea yang cukup kreatif.
Apabila saya melakukan aktiviti ini bersama pasukan, selalunya akan dimulakan dengan persoalan peluang yang akan beri kesan baik pada syarikat (dan peribadi), dan juga kesannya jika sebarang idea tidak menjadi (pre-mortem). 

Tujuannya supaya semua ahli pasukan dapat berfikir secara 'Optimal Anxiety'. Idea yang keluar akan lebih kreatif dari sebelum ini.
.
.
Seseorang yang sentiasa keluar dari comfort zone, juga seorang Leader yang hebat.

Mereka mempunyai daya pengaruh yang tinggi kepada pasukan bisnesnya.

Sebab itu walau setinggi mana sekalipun ombak yang mendatang, mereka telah cukup bersedia untuk menguasainya.

Bukan lari dari menuju ke satu destinasi kejayaan!


Shahrizal Redwan
Rizal Optometris
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...