Convergence Insufficiency sangat suka pada orang yang suka buat kerja dekat.. lama-lama, sekejap-sekejap atau kadang-kadang buat kerja dekat pun boleh ada problem ni. Sakit kepala MENGHANTUI hidup bertahun-tahun.
Bukan suatu penyakit, ia kecelaruan kemahiran yang boleh di atasi dengan teknik rawatan yang di design khas mengikut tahap convergence insufficiency nya itu.
.
.
Daripada pengalaman selama 10 tahun kendalikan kes convergence insufficiency ini, apa yang saya dapat simpulkan adalah :
+ Masalah ini PENGARUHI AKTIVITI seseorang untuk laksanakan sesuatu kerja dengan baik. Selalunya ia memusnahkan motivasi tersebut. Bila mata tidak dapat bertahan buat kerja dekat, sistem tubuh akan memaksa kita berhenti melakukannya.
+ PEMALAS adalah apa yang orang lain akan gelarkan individu yang punyai Convergence Insufficiency ini.
+ Setiap tempoh fasa pemulihan seseorang itu, ia berbeza-beza mengikut tahap kemahiran mata/penglihatannya. Ada yang 3 bulan sudah berjaya atasi, ada juga yang sudah 3 tahun masih lagi dalam rawatan.
+ Orang yang punyai convergence insufficiency, adalah seorang yang bijak, rajin dan kreatif. Sebelum rawatan diberikan, mereka telah bertahun-tahun lakukan aktiviti dalam keadaan 'stress' atau terbeban. Selepas dirawat, mereka akan lebih pantas belajar, lebih banyak berfikir dengan 'smart' dan lebih memahami apa yang dibacanya. Sebab kemahiran otak memproses maklumat dari penglihatan, menjadi sangat mudah.
+ Rawatannya adalah berkaitan 'training'. Latihan demi latihan, sehingga pancaindera mata yang menghasilkan penglihatan akan bekerjasama dengan sangat efisien dengan arahan yang diberikan oleh pusat kawalan tubuh (otak).
+ Convergence Insufficiency boleh diibaratkan sebagai PEMUSNAH KEJAYAAN secara SENYAP! Setiap kes yang saya jumpa, rata-ratanya telah gagal dalam satu-satunya peluang untuk mereka peroleh kehidupan yang lebih baik. Ada yang terpaksa tukar kursus kedoktoran, ada yang langsung tak suka kerja yang pakai komputer, dan ada juga yang telah dilabelkan sebagai PELAJAR BODOH dan LEMBAB. Keadaan Convergence Insufficency akan mengarahkan mereka kepada keadaan tersebut.
+ Sahabat baik mereka yang alami kecelaruan ini adalah SAKIT KENING, SAKIT KEPALA, SUSAH BERI TUMPUAN. Pada tahap yang lebih serius, IMBANGAN BADAN TERJEJAS dan KERAP MUNTAH akan warnai sepanjang kehidupan mereka.
+ 'Scan' otak (MRI) tidak boleh mengesan masalah Convergence Insufficiency. Ia melibatkan kepada masalah KEMAHIRAN, bukan cacat fizikal. Saya nyatakan kerana rata-rata yang alami masalah ini, telah lakukan MRI (kerana sakit kepala yang serius), dan tiada apa-apa kecacatan pada fizikal otaknya. Last-last, perkataan "Awak ada MIGRAIN!" sinonim selepas itu.
“Saya beri perumpamaan, kalau kita tahu seseorang itu tidak pandai memandu kereta, mereka perlulah berlatih cara nak memandu kan? Inilah yang saya maksudkan KEMAHIRAN.”
+ KUAT TIDUR. Bukanlah mereka ni betul-betul suka tertidur. Tidur atau terlelap adalah satu anugerah dari pencipta kita. Bila dikaji-kaji, sebenarnya tidur adalah satu alat komunikasi antara otak dan mata. Otak salah satu fungsinya adalah untuk melindungi fizikal tubuh dan sistem 'pengurusannya'. Bila seseorang itu punyai masalah Convergence Insufficiency, SISTEM PENGLIHATANnya dalam keadaan sangat terbeban. Otak akan aktifkan FASA TIDUR supaya mata yang hasilkan penglihatan boleh berehat.
"Sebab itu orang yang ada Convergence Insufficiency, lebih kerap tertidur atau terlelap, walaupun mereka telah tidur secukupnya di malam hari. KUAT TIDUR adalah label yang selalu kita berikan."
+ Purata 3 daripada 10 kes punyai MASALAH SEBELAH MATA YANG TIDAK BERFUNGSI (bila buat aktiviti tertentu). Selepas fasa sakit kepala pada satu tempoh masa (bertahun-tahun), otak telah tahu bagaimana cara nak kurangkan sakit kepala ini.
"Otak akan ‘putuskan’ sementara hubungan saraf pada sebelah mata. Umpama tekan satu suis, apa-apa maklumat imej dari satu mata tidak akan diterima oleh otak. Hanya imej dari sebelah mata sahaja akan diproses. Ia mungkin pada waktu tertentu sahaja. Kemahiran ini dipelajari oleh otak bertahun-tahun, untuk satu tujuan : menghalang sakit kepala yang berterusan. Ia dinamakan SUPPRESSION. Boleh menjadi punca JULING sekejap-sekejap dan akhirnya menjadi kekal."
.
.
.
Convergence bermakna kedua-dua mata mengarah ke dalam atau perkataan lainnya MENUMPU.
Insufficiency bermaksud TIDAK CUKUP.
Kesimpulannya, Convergence Insufficiency adalah :
“Satu kecelaruan yang berlaku kepada DERIA, pekaitan antara saraf dan otot (Neuromaskular) yang tidak cekap semasa penglihatan dihasilkan dengan penggunaan kedua-dua mata. Ia dikategorikan kekurangan kemahiran untuk mata mengarah pada satu sama lain atau kekalkan kemahiran menumpu.”
.
.
Shahrizal Redwan, Optometris.
Rizal Optometris Kuala Kangsar.
Assalamualaikum tuan.
BalasPadamMacam mana kaedah rawatan yang dibuat ya.
Terima kasih.
Waalaikummussalam CikPuan Aziyan..
BalasPadamRawatan diberikan melalui 2 kaedah :
1- Secara Pasif : Cermin mata yang ditempah khas.
2- Secara Aktif : Latihan 'Visual Theraphy'.. Kita latih cara mata digunakan dan cara ia dikawal, supaya bertindak dengan lebih baik.😊
Terima kasih kerana bertanya ya CikPuan.😊