Ahad, 24 Januari 2016

“Dulu ok sekarang hanya 20 minit boleh baca buku..”



Walaupun tiada kajian yang di lakukan, tapi di kawasan Kuala Kangsar dan Ipoh, peningkatan berganda akan suatu masalah penglihatan yang semakin SERIUS : Pelajar mengadu seperti MASALAH PENGLIHATAN ORANG TUA!

Apa maksudnya?

Orang yang telah berumur akan punyai kemahiran membaca yang sukar pada jarak yang dekat. Kerana otot mata yang telah lemah akibat dari peningkatan usia. Ia adalah proses semulajadi yang normal dan boleh diatasi dengan pembetulan refraksi (cermin mata, kanta sentuh).

Tetapi individu muda yang dah ambil pembetulan refraksi, masalah ini tidak akan selesai atau pulih seperti biasa. Ia melibatkan KEMAHIRAN, yang bermaksud bagaimana otot mata :
+ Dikawal, 
+ Bekerja, 
+ Rehat,
+ Berdaya tahan.

Dan,

Bagaimana OTAK proses dan seterusnya hasilkan 
+ Penglihatan yang berdaya tahan 
+ Imej yang berkualiti.
+ Kemahiran penglihatan yang lebih tinggi (Visual spatial, Visual Analysis, Visual Motor dan Visual Auditory)

Tak fahamlah! Secara mudahnya masalah apa ni?

“Apa-apa yang mata cuba lihat lama-lama jarak yang dekat, seseorang itu tidak akan ada tumpuan yang baik! Boleh lihat sekejap sahaja. Banyak ‘rasai’ keadaan yang tidak selesa.”

Kita ambil contoh jika beliau seorang PELAJAR. Dahulunya pintar, pandai dan rajin, telah berubah jadi pelajar yang tidak lagi pintar, tidak lagi pandai dan nampak seperti pemalas.

“Dia dah berubah!” Kata ibubapa yang pernah berjumpa dengan saya.

Kalau cek mata secara biasa-biasa sahaja (macam nak tempah cermin mata), masalah ini TIDAK AKAN DAPAT DIKENALPASTI!

Pemeriksaannya lebih spesifik dengan teknik khusus khas untuk individu yang punyai masalah ini.

Apa kesan kalau tak di rawat?

“Mahu berjaya perlukan tumpuan yang baik dan dapat dilakukan dengan konsisten. Bila berlaku ‘gangguan’ masalah ini, pintu-pintu kejayaan akan semakin tertutup. Kejayaan memang banyak bergantung kepada berapa kualiti maklumat yang diterima oleh manusia melalui pancainderanya, paling penting ialah penglihatan kita.”

Kita masih lagi ambil contoh jika seseorang itu adalah pelajar…

Pelajar tak tahu nak mengadu dekat mak ayah dan guru (tentang masalah tumpuan masa membaca)..

Mereka pun tak tahu nak mula dari mana..
+ Mereka sakit di kawasan dahi.
+ Sakit kepala, pening
+ Tak boleh salin nota dalam kelas lama-lama.
+ Tak boleh buat kerja sekolah lama-lama dekat rumah.
+ Cukup tidur pun masih rasa mengantuk.
+ Selalu rasa nak termuntah.
+ Ada masa tulisan buku jadi kabur, ada masa yang jauh pun kabur.
+ Tidak sedar otak proses maklumat dengan gaya yang sangat perlahan.

Kalau tidak dirawat pelajar tiada lagi motivasi nak belajar bersungguh-sungguh, kalau dari darjah satu dah ada masalah ini, mungkin anak kita di kategorikan sebagai PELAJAR YANG TIDAK PINTAR!

Sebenarnya mereka adalah BIJAK!

Ada juga yang telah dikenalpasti seperti ada Dyslexia, ADHD (Attention Deficit Hyperactive Disorder), ADD (Attention Deficit Disorder) dan Migrain.

Ada beberapa kes, sebenarnya.. Mereka hanya punyai masalah penglihatan. 

Apa perubahan yang akan berlaku kalau ambil rawatan dengan segera?

“Baru satu bulan anak saya dapatkan rawatan, tapi dia dah jadi orang lain. Dulu tak pernah dia baca buku cerita (atas kehendak sendiri). Sekarang 3-4 buah buku seminggu! Saya nampak ada peningkatan akademik dalam Exam tahunan baru-baru ini.”  

Kata Cikgu Johari. Anaknya berumur 9 tahun.

Selepas 3 tahun baru Cikgu Johari tahu punca sebenar kenapa Aisyah tiada tumpuan dalam pembelajarannya. 

Bukan punyai ‘Dyslexia’ (kecelaruan pembelajaran) seperti.

Ini kisah benar, ada saya masukkan video temuramah dengan Cikgu Johari dalam Facebook Rizal Optometris.
.
.
“Sakit kepala saya ni dah dua minggu, terpaksalah MC 2 minggu ni. Dah pergi bermacam klinik, tapi sakit lagi.”

Encik Khalid, 33 tahun dan bekerja sebagai engineer membina terowong di negeri Pahang. Dah dua kali beliau bertukar spek kerana ingat powernya telah naik.

Keadaan Encik Khalid sama seperti adik Aisyah, tetapi mata kiri beliau kadang-kadang nampak mengarah keluar.

“Patutlah time saya nak tengok ‘plan’ projek, kena kuat-kuatkan pejam mata baru boleh nampak selesa sikit. Tambah lagi bila dah rasa letih.” balas Encik Khalid

Beliau ambil rawatan, otot matanya lebih kuat 'memegang' bola matanya, agar tidak 'lari' keluar lagi.

Apa cara rawatannya?

Bergantung kepada penilaian cara mata melihat, rawatan akan diberikan berdasarkan kepada 2 perkara :

+ Komponen mata yang digunakan dalam menghasikan penglihatan.
+ Pusat kawalan penglihatan (otak) yang mengawal bagaimana penglihatan itu di 'proses'.

Semua cara ini akan di awasi oleh Optometris berpengalaman.

Apa nama saintifik keadaan ini dan cara mudah nak dapatkan maklumat lanjut dalam 'Google' ?

Convergence Insufficiency.

.
.
Wujudkan 'persekitaran' yang selesa untuk anak-anak kita belajar..

Beri peluang pada diri kita untuk lebih berjaya dalam kerjaya..

Mulakan dengan penilaian cara mata anak dan kita sendiri (pemeriksaan mata intensif).

Apabila penglihatan semakin selesa dan berdaya tahan, kita akan lebih fokus dan lebih mudah kecapi sebarang kejayaan.

"Kerana Kejayaan bermula dengan Penglihatan yang baik."
.
.
Shahrizal Redwan, Optometris.
Kuala Kangsar, Perak.
Temujanji : Whatsapp 019-4477963

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Kongsi Pendapat Anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...