Setelah beberapa tahun melawat sekolah sekitar Kuala Kangsar dan Ipoh, pelajar suka bertanya soalan semasa program 'screening Rizal Optometris'.
Saya kumpulkan 10 soalan yang paling kerap ditanya oleh pelajar sekolah menengah.
1- Optometris ni apa kerjanya?
- Cek mata. Lebih tepat lagi Optometris boleh tahu adakah adik boleh guna dua-dua mata dengan baik. Kita ada 2 mata kan? Tapi kenapa nampak satu sahaja walaupun ada 2 mata? Itu contoh salah satu sistem kompleks yang terdapat pada penglihatan kita.
- Optometris boleh cek sihat atau tak semua sistem yang terdapat pada penglihatan adik.
2- Berapa gaji Optometris?
- Atas dari RM 2,000.
3- Macam mana nak jadi Optometris?
- Adik kena belajar di Universiti dan ambil bidang Optometris.
4- Senang tak belajar Optometris.
- Senang pada yang belajar bersungguh-sungguh. Apa-apa bidang pun, kalau kita berusaha betul-betul, ia akan jadi mudah.
5- Berapa lama nak belajar Optometris ni?
- Minimum 4 tahun.
6- Kenapa abang nak jadi Optometris?
- Supaya boleh berniaga. Buka bisnes.
7- Boleh kerja dekat Hospital?
- Boleh.
8- Optometris boleh bedah-bedah tak?
- Tidak boleh.
9- Boleh jadi kaya tak kalau jadi Optometris.
- Boleh. Ada yang telah pun bergelar jutawan. Tapi tak semua.
10- Tadi abang kata boleh buat bisnes. Bisnes apa ya?
Kita boleh buka kedai kita sendiri menjual cermin mata, kanta sentuh dan servis-servis Optometri.
.
.
.
Gambar : Screening di sekolah-sekolah sekitar Ipoh dan Kuala Kangsar.
.
.
.
Gambar : Screening di sekolah-sekolah sekitar Ipoh dan Kuala Kangsar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jom Kongsi Pendapat Anda: