Khamis, 24 Mac 2016

RABUN : Adakah penyakit?

Kalau kita sakit kepala, makan ubatlah jawabnya. Sepapan pun mahu! 😆

Hari ini pula rasa macam demam (memang demam dah pun.. 😆), jadi kita tak dapat nak pergi kerja esok. Nak buat kerja apa pun tak boleh, nak tengok wall FB pun tak ada mood.

Whatsapp? Tak lalu nak tengok group yang tengah discuss masak apa hari ni.. Hehehe..

Hanya menggigil bawah selimut sambil menahan sakit kepala sahaja yang ada 'mood'.

Situasi ini memberitahu kita, penyakit menyebabkan fungsi tubuh kita terjejas dan ia mungkin bersifat sementara. 

Tetapi kalau kita ada ;

+ Rabun Jauh
+ Rabun Dekat
+ Rabun Silau
+ Keadaan yang memerlukan memakai cermin mata untuk meningkatkan skill penglihatan (membaca, menyalin nota, komputer).

Adakah ianya suatu penyakit?

Pendapat saya ianya bukanlah suatu penyakit. Ianya lebih 'molek' digelar seperti dibawah.

VERSI SIMPLE DIMPLE :

"Mata tak pandai nak bias (bengkokkan) cahaya pada saraf mata."

VERSI TAHAP BIOLOGI TNGKATAN 5 😆 :

"Kekurangan skill untuk membiaskan cahaya yang masuk ke dalam mata, agar ia menjadi satu titik cahaya (terfokus) pada saraf yang boleh memprosesnya. Antara skill utama adalah skill Convergence, skill Accomodation dan skill Fusion. Berapa jauh jarak saraf dibelakang juga diambil kira."
.
.
Sebab itu di praktis saya ada jurang yang besar antara,

Orang yang rabun yang dibetulkan rabunnya sahaja.

Dengan...

Orang yang rabun, dibetulkan rabunnya dan ditingkatkan skill melihat beliau. 
.
.
Apabila skill ditingkatkan sekali, kawalan ke atas cahaya yang masuk ke mata (dibiaskan) menjadi hampir cukup sempurna.

Barulah skill otak untuk menyatukan imej dari dua-dua mata, menjadi amat mudah (Fusion). 

Kesannya pula amat ketara..

Imej yang kita nampak menjadi cukup detail seperti menonton TV berdefinisi tinggi (contrast sensitivity yang baik) dan dapat memberikan tumpuan pada sesuatu aktiviti (belajar, kerja).

Hari ini banyak alat bantu dicipta agar mata kita cekap membiaskan cahaya imej yang masuk ke dalam mata kita. Cermin mata, kanta sentuh dan malah melalui pembedahan LASIK.

Saya bagi contoh satu teknologi dari Essilor yang menggunakan teknologi W.A.V.E. dalam kanta cermin mata. 

Ia mengambil kira bagaimana bukaan mata hitam (Pupil), bekerja dalam keadaan cahaya yang terang dan gelap. Ini mengurangkan 'serotan' imej kerana ia membetulkan gelombang cahaya sebelum masuk ke mata.
.
.
Kata bukan penyakit, tapi kenapa digelar alatbantu perubatan (medical aid)?

Sebenarnya ada kisah yang melibatkan syarikat-syarikat besar di negara yang juga besar-besar. 😅

FDA sendiri telah mengiktiraf ianya sebagai 'medical aid'. Ramai dah yang berdebat tentang perkara ini.

Bagi saya ianya memang patut di iktiraf sebagai cabang alat perubatan, kerana jika tersilap langkah memberikan power rabun, ia akan merosakkan sistem penglihatan yang lain.

Jika telah 'rosak' skill ini, ada kes ia memerlukan masa bertahun-tahun untuk kembali pada keadaan normal.

-Shahrizal Redwan, Optometris.
Rizal Optometris Kuala Kangsar.kita sakit kepala, makan ubatlah jawabnya. Sepapan pun mahu! 😆

Rizal Optometris Kuala Kangsar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Kongsi Pendapat Anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...