Jumaat, 18 Mac 2016

"Pakcik dah tak ke mana dah. Semua orang pakcik kaborkan buat cermin mata dekat sini.. Dekat Rizal.."

Ucapan sebegini terlalu bernilai bagi saya dan Team Rizal Optometris.

Walaupun selepas 3-4 tahun berlalu, Pakcik berkopiah putih, selesa dengan panggilan Pak Mat, masih setia bersama Rizal Optometris. Sehingga cucu yang menetap dekat Putrajaya pun, di sampaikannya amanat, 

"Kalau nak buat cermin mata, buat dekat Rizal (Nama panggilan ringkas untuk Rizal Optometris)."

Saya kenal dengan Pak Mat masa mula-mula bergerak solo berniaga cermin mata di kampung sekitar Kuala Kangsar.
.
.

Saya masih ingat lagi. Masa itu bisnes tak berapa nak ok. (Actually bisnes hampir nak 'bungkus').
Saya perlu buat sesuatu untuk bangun semula.
.
.

Bila saya telefon ibu saya, ibu cakap dengan berseloroh,

"Macam sama lah masa kecik-kecik dulu. Kan Jai nak jual nasik lemak kan?"

Seperti nak menceriakan nada sayu saya. Jai nama timangan saya dalam keluarga (Ijai).

Kecil-kecil dulu saya suka berlakon menjual nasi lemak,

-"Cik Mak! Cik Mak! Sape nak li..? Cik Mak! Cik Mak!"
Ibu saya ni tak pernah berputus harap dengan saya..😅
.
.

Saya tak kata masa itu saya susah, tapi lebih suka anggap ia proses 'training' untuk lebih memahami 'Optometris yang berniaga sendiri'.

Jom lihat Team saya dulu-dulu :

+ Ada masa saya seorang sahaja. Autoreff, segala frame, cermin muka semua saya sumbat dalam kereta. Nak tumpang? Maaf! Pemandu je yang muat.

+ Isteri saya paling banyak menemani saya dihujung minggu. Anak jadi penghibur bila 'booth' saya tidak dikunjungi oleh sesiapa. Time balik rumah, isteri saya suka cerita kenangan best-best dulu. Hai... orang tua kata terubat sikit hati ni ha.. 

+ Bapa mentua saya, berumur 60 an, menolong saya menulis resit. Lain-lain saya lakukan sendiri. Kami berdua sahaja di tepi pondok surau sebuah kampung.

+ Adik Ipar yang masih bersekolah.

+ Abang kandung saya yang nombor 2.

+ Anak angkat mak ayah saya. (Hari ini beliau memegang jawatan ke-3 tertinggi dalam syarikat Rizal Optometris Holdings).

+ Ketua kampung (Bantu saya bila pelanggan datang ramai-ramai, saya tak cukup kakitangan). Sempoi sampai Tok Ketua yang tolong pilihkan frame untuk penduduk kampung.

+ Anak-anak muda kampung yang saya upah duit RM 5, untuk sampaikan iklan fotostat pada orang kampung.

+ Staff saya yang bergaji RM 500-RM 700, sebulan. Tiada seorang pun yang kekal sehingga ke hari ini. Kalau tidak, sudah tentu saya akan balas jasa-jasa mereka.

+ Ibu saya. Beberapa kali saya terdiam. Kerana saya tak pernah cerita apa-apa masalah bisnes saya pada ibu saya. Tapi mata ibu ini terlalu cekap. Saya tak pernah lupa kata-kata ibu saya sehingga saat ini, 

"Ambil ni buat belanja." Itulah modal yang tak ternilai bagi saya (walaupun ia hanya 4 keping not RM 50).

Itulah pembakar semangat saya!
.
.
.
Tujuan buat jualan di kampung pada masa itu memang kerana DUIT. Saya perlukan modal untuk membayar deposit untuk menyewa sebuah kedai di Kuala Kangsar.

Setelah hampir 3 tahun menabung, saya berjaya menyewa sebuah premis di Jalan Dato Maharajalela, Kuala Kangsar.

Seperti penat sudah berlari... tercungap-cungap sambil mengesat peluh di dahi.. Akhirnya saya berjaya sedikit berteduh di bawah pohon yang besar. Sejuk sedikit, dan saya masih perlu untuk terus berlari..

Pada masa itu saya sangat percaya akan sebuah kata-kata yang tidak pernah luntur dari hati saya,

-"Orang boleh rampas segala apa yang kita ada.. Tetapi mereka tidak akan dapat merampas apa yang menjadikan diri kita.. Ketabahan, kesabaran, kepercayaan, fikiran malah pandangan kita. Kerana di seluruh isi di dunia ini, tidak akan ada orang yang sama seperti diri kita sendiri!"
.
.
.
Gambar :
Team Rizal yang terlibat dalam program "Jumpa-jumpa pelanggan RIZAL Optometris di Kampung Jeliang, Manong, Kuala Kangsar, Perak.

Mereka sendiri yang menguruskan program ini dari mula hingga akhir. 

Prinsip saya mudah, 

"Latih staff sehingga mereka bercakap, berjalan, dan berfikir seperti seorang usahawan. Barulah syarikat dipenuhi dengan staff yang bukan bekerja kerana gaji, tetapi kerana ingin memajukan diri sendiri!"


-Shahrizal Bin Redwan.
Rizal Optometris


Selfie time pelanggan beransur sebentar...

Baru nak susun barang, dah ada yang menunggu.

Kedudukan mesin cek mata 'Autoref' masih pada kedudukan yang sama 4 tahun yang lalu.

Pekena Cendol terkenal 'Cendol Lempor', setelah misi selesai. Optometris Muda, CikPuan Hanun belanja semua ahli Team Rizal. - TQ CikPuan Hanun! Nanti boleh belanja lagi ya..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Kongsi Pendapat Anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...