Jumaat, 11 Mac 2016

9 perkara yang dijanjikan oleh CERMIN MATA yang banyak lubang-lubang : PINHOLE GLASSESS.


1- Tidak perlukan preskripsi.

     Benar. 
Kerana ia tidak pernah diiktiraf sebagai alat bantuan perubatan (medical aid) dan sebab      itu ia tidak perlukan preskripsi.

2- Tidak perlu untuk cek mata.

     Benar. 
Hanya lubang-lubang kecil dibuat, dan boleh dipakai oleh sesiapa pun. Tidak seperti spek berpower, ia hanya dibuat khas untuk anda. Special!

3- Menghalang peningkatan power rabun jauh dan rabun silau.

     Tidak benar. 
Cermin mata yang paling canggih dengan kajian sebenar pun hanya dapat mengawal power sehingga 30% sahaja. Contohnya produk Myopilux, dari Essilor Malaysia.

4- Meningkatkan Kejelasan dan resolusi imej.
     Tidak Benar: 
Lepas pakai Spek Pinhole, mata tidak akan nampak lebih jelas. Ia tidak akan berlaku kerana spek Pinhole tidak meninggalkan kesan selepas ia ditanggalkan.

5- Menghilangkan rasa mata yang penat.

    Tidak Benar. 
Mata yang penat hanya boleh dihilangkan dengan memejamkan mata.

6- Menjaga mata agar tidak rosak.

    Tidak benar. 
Bagaimana nak halang dari kerosakan mata, contohnya akibat dari selaput/katarak yang disebabkan oleh UV matahari dengan hanya memakai spek PINHOLE sekejap sahaja? Spek ini pun tiada lapisan penghalang UV sepertimana yang ada pada sunglass dan cermin mata.

7- Penglihatan akan menjadi lebih jelas pada semua jarak.

     Tidak benar. 
Selepas spek Pinhole ditanggalkan, penglihatan tidak akan nampak lebih jelas pada semua jarak.

8- Meningkatkan ‘brightness’ sesuatu objek.

      Tidak Benar. 
Ia tidak meningkatkan brightness objek, ia hanya memberi kesan seperti keluar dari tempat yang gelap ke tempat yang cerah. 

9- Bila pakai tidak akan bergantung kepada cermin mata lagi.

      Sangat tidak benar. 
Spek Pinhole ini tidak meninggalkan sebarang kesan kepada rabun yang telah ada. Ada seorang pelanggan saya menggunakannya untuk membaca (beliau mempunyai rabun dekat), terkesan dengan penglihatan yang rasa penat sehingga sakit kepala.
.
.
.

Perkara di atas adalah apa yang betul-betul dijanjikan oleh pembekal mahupun penjual 'Pinhole Glassess' ini. (saya rujuk dalam satu website terkenal yang menjualnya atas talian/online)

Saya rasa terkilan bila ramai pelanggan saya yang berumur 40 an ke atas, duduk dikampung, dimanipulasi pemikiran mereka, dengan kata-kata 'closed sale' yang tidak bertanggungjawab seperti dibawah :
"Jika makcik pakai cermin mata ini ketika membaca, lama-lama rabun dekat boleh hilang."

Berbulan makcik ini pakai untuk membaca. Beliau mengalami sakit kepala yang agak serius sehingga dibawa oleh anaknya ke praktis saya. 

Rupanya beliau membaca hanya menggunakan 'Pinhole Glasses' dan bukan dengan cermin mata membacanya.

Harapan beliau, rabun dekatnya akan hilang.

Malangnya, ia tidak berlaku seperti yang diharapkan.


-Shahrizal Redwan, Optometrist.
Rizal Optometris Kuala Kangsar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Kongsi Pendapat Anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...