Masa kecil dulu, time Superman keluarkan laser dari mata dia, habis dinding kapal tu dia 'welding'. Cerita Superman lama dululah. 😅
Tapi perasan tak, laser dari dua-dua mata fokus pada satu titik sahaja?
Bila kita melihat sesuatu guna 2 mata, mata kanan dan kiri akan bergerak menghampiri hidung. Sehinggalah 'mereka' bersama-sama melihat pada satu titik, pada satu satu masa.
Proses inilah yang Optometris panggil sebagai Convergence.
Bila pantas dan tepat gerakan kedua mata ini, barulah otak dapat anggar jarak sesuatu yang kita lihat.
Bila bawa kereta, barulah tahu berapa jarak selamat kereta yang berada di hadapan.
Ujian paling mudah untuk kita 'test' pada anak kita yang berumur seawal 3 tahun, adalah dengan membaling bola ke arahnya. (Bagi anak kita tangkap).
Kalau tangkap terlalu awal, atau terlalu lambat, kebarangkalian besarnya, anak kita mungkin mempunyai masalah dengan skill Convergence.
Optometris boleh buat penilaian akan keadaan ini. Ia boleh jadi Convergence yang terlalu kuat (Convergence Excess) atau tidak mencukupi (Convergence Insufficiency).
Program rawatan meliputi khidmat nasihat, cermin mata tempahan khas, dan program terapi berkala.
Pakar juga mengkaji dan telah terbukti, keadaan masalah skill penglihatan Convergence ini, antara penyebab power rabun jauh (jenis Functional Myopia) semakin meningkat dari semasa ke semasa.
Kebiasaan yang saya jumpa di praktis saya, masalah convergence ini telah sampai ke tahap anak tersebut digelar pemalas, ADHD, Dyslexia, dan pemalas di dalam kelas.
Mereka hilang tumpuan untuk melihat sesuatu, terutamanya pada jarak yang lebih dekat.
Adakah kita pasti anak kita tiada masalah ini?
Shahrizal Redwan
Rizal Optometris
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jom Kongsi Pendapat Anda: