Ahad, 1 Mei 2016

Kenapa selalu mengantuk bila membaca???

Soalan menarik! - Rugi tak baca. ðŸ˜†

1- Bila buat kerja dekat, asyik rasa mengantuk dan mata rasa sakit. Adakah sebab power rabun dah tak cukup? 

2- Apa puncanya?

-Soalan dari Puan EA.
.
.
Jawapan soalan 1 ;
Mengantuk suatu tindakan fungsi tubuh untuk merehatkan sebahagian tubuh kita.

Otot mata juga tidak terkecuali.

Sesetengah kes, ia bukan disebabkan oleh power yang kurang.
.
.

Jawapan soalan 2 ;
Ok, saya terangkan dulu bagaimana cara mata kita melihat.

Katalah kita baru bangun dari tidur. Celik sahaja mata, kita nak tengok jam di dinding. Inilah yang akan berlaku :

1- Bola mata akan diselarikan dengan tepat pada jam itu.

2- Tindakan sistem fokus (adjustment ketebalan kanta dalam mata, 'kanta kristalin', mengikut jarak jam tersebut) - Nombor pada jam akan nampak jelas.

3- Imej dari mata kanan dan kiri 'digabungkan' menjadi satu imej 3D, suatu tindakan dari pusat kawalan otak.

4- Imej terhasil dengan terang, penuh berinformasi, warna, keterangan, jarak kedudukannya, dan kita tahu, "Oh! Sudah pukul 6!"
.
.
Bila kita mula melihat pada jarak yang lebih dekat, 4 step ini akan berganda-ganda perlu bekerja.

Tidak semua orang dapat berdaya tahan bagi sentiasa menjalankan step-step ini.

Sehinggalah imej yang dihasilkan, menjadi kurang berkualiti (contohnya jika membaca), seperti tulisan menjadi kabur, bergerak-gerak, berbayang, berganda dan kita kerap 'memaksa' mata untuk melihat.

Proses ini menyebabkan otak 'menjadi letih' untuk asyik mengawal berkali-kali 4 step ini dan mula menunjukkan ciri-ciri TIADA TUMPUAN untuk memahami apa yang dibaca.

Inilah yang akan mengaktifkan 'MODE MENGANTUK', kerana otak rasa amat terbeban. Mata mula terasa 'sakit' seperti senak dikeliling bola mata, pedih, berair dan sakit di bahagian kening.

Ia tindakan automatik.

Terdapat cara bagaimana untuk mengurangkan bebanan yang dialami oleh sistem penglihatan ini.😊

-Shahrizal Redwan, Optometris.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Kongsi Pendapat Anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...