Penyelamat utama bisnes ketika pesaing berperang harga : 'Unique Perceived Benefit' (UPB)!
Semasa jualan bisnes saya tidak dapat menampung perbelanjaan 'survival' bisnes itu sendiri, mulalah saya mencari 'arah' seperti gaya orang yang langsung tiada 'exit plan' dalam bisnes.
Pada masa yang sama, perang harga sudahpun terletus!!
"Dah tahu bila hari dah nampak mendung nak hujan, tapi tunggu hujan turun dahulu baru nak angkat kain di ampaian!"
Dalam mereka-bentuk semula model bisnes kedai cermin mata kami, pendekatan kepada konsep 'Unique Perceived Benefit' atau UPB, diutamakan.
Apa UPB ini?
Salah satu konsep marketing yang dapat membuatkan bisnes kita itu nampak ada nilai yang sangat tinggi dimata pelanggan. Sehingga kita 'dianugerahkan' memiliki bisnes yang berbeza dan unik berbanding dari pesaing. Siapa tidak mahu kan? 😊
Bagaimana tip nak buat UPB ini dalam bisnes kita?
Saya masih ingat lagi, pasukan kami (empat orang) tidak boleh keluar dari bilik diskusi selagi tiada UPB yang boleh 'dimasukkan' dalam produk dan servis. Idea! Idea!
Ini tip yang kami buat :
1- Kami kenalpasti dahulu apa yang membuatkan pelanggan datang membeli berkali-kali. Kajian dibuat. Senarai ikut keutamaan.
2- Produk paling membawa 'profit' dikenalpasti atau dicipta untuk lebih profit.
3- Kenalpasti pula ciri-ciri pelanggan yang bagaimana akan membeli produk yang lebih 'profit' itu (secara berkali-kali dan ramai bilangannya).
4- Aktiviti harian yang membawa kepada masalah kepada pelanggan (telah dipilih), selarikan bagaimana produk kita (lebih profit itu) dan skrip menjual dicipta.
Kandungan skrip, 80% adalah bercerita tentang kebaikan produk.
5- Alat bantu menjual juga dikenalpasti dan direka cipta agar kesan menjual adalah lebih baik.
6- Modul latihan diwujudkan dengan diketuai oeh seorang pegawai.
.
.
Lebih mudah untuk faham, saya bagi contoh :
+ Pelanggan :
Pelajar mempunyai keadaan dikenali 'Convergence Insufficiency'.
+ Produk :
Cermin Mata temapahan khas dan Terapi khas menggunakan sains Optometri, supaya pelajar dapat membaca buku dengan lebih lama (kurang penat dengan tumpuan yang lebih baik).
+ Skrip :
Perlu masukkan poin, "Sebagai satu bantuan atau ikhtiar kita, supaya mereka juga berpeluang untuk berjaya didalam akademik." (Gambar-gambar pelanggan yang telah dapatkan terapi dan berjaya atasi masalah ini, perlu ditunjuk).
.
.
Ini adalah salah satu contoh yang saya katakan dalam banyak artikel bisnes saya sebelum ini : MENJUAL DENGAN BERSENI.
Ada sistem, barulah lebih mudah untuk disampai-sampaikan kepada staff.
Barulah berpeluang untuk bisnes lebih berkembang!
Shahrizal Redwan
CEO ABS Optomedik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jom Kongsi Pendapat Anda: