Ahad, 20 November 2016

12 tip mencipta pasukan bisnes idaman.

Kalau mahu pasukan bisnes idaman yang bawa kebaikan kepada bisnes, saya amat syorkan tip dibawah : 

+ Jika kita telah berusia, ambil yang lebih muda sedikit. Mereka lebih dekat dengan teknologi dan sumber informasi dizaman ilmiah hujung jari ini.

+ Kaji dahulu apa maksud 'people skill'. Bila dapat buat, hasil yang baik dapat diperoleh dari pasukan kita. Mereka terdorong, tidak perlu dipaksa.

+ Ambil tahu setiap apa impian peribadi mereka. Selarikan dengan tangga jawatan yang bakal diperoleh, bila memenuhi syarat-syarat yang kita tetapkan.

+ Berikan projek yang boleh melatih skill mereka dengan lebih baik. 

+ Dalam interview, tanya perkara yang sensitif tentang majikan lama yang pernah mereka bekerja. Jika mereka tidak mahu cerita, ini kualiti pasukan yang kita mahu.

+ Pemikir strategis dan pelaksana yang bagus, dapat dilihat setelah 6 bulan mereka bekerja. Strategis banyak bagi idea yang praktikal, pelaksana pula, cekap bertindak bila menerima arahan.

+ Mentoring untuk mereka sedar akan kemampuan yang mereka miliki. Coaching untuk membina skill yang spesifik.

+ Kita wajib mulakan tiga budaya ini : 1. Idea semuanya bagus selagi mana belum dilaksana, 2. Hormat menghormati satu perkara asas.
3. Tiada sendiri-sendiri, semua bekerja dalam pasukan. Barulah akan diikuti anak buah.

+ Taktik-taktik syarikat akan dikongsi bersama pasukan. Strategi pula disimpan untuk kita dan beberapa orang berkepentingan sahaja. Supaya fokus itu dapat diwujudkan.

+ Gunakan kuasa untuk tamatkan tugas staff yang tidak memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Tambahan lagi ketika masih di fasa 'start up'. Ingat pada hasil akhir. Emosi jangan dicampur ketika buat keputusan. 

+ Berikan motivasi (belajar bercakap mempengaruhi) dan berikan 'reward' setelah mereka berjaya mencapai sesuatu yang luarbiasa. Ingat, yang luarbiasa sahaja.

+ Buang mindset "Jangan harap nak dapat lebih." Gantikan dengan "Apa cara supaya aku boleh bayar lebih?"
.
.
Bila kita mula mengadu staff sekarang susah mahu cari yang berkualiti, mungkin kita perlu menjadi majikan yang berkualiti terlebih dahulu.

Kerana individu yang bagus, selalunya 'bersembunyi'. Mereka mencari organisasi yang seiring dengan peribadi, budaya dan nilai yang sama seperti mereka.

Biasanya, mereka sendiri yang akan datang dan berkata,

"Saya mahu bekerja disini."
.
.

Shahrizal Redwan
ABS Optomedik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Kongsi Pendapat Anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...