Saya masih ingat pesan orang tua saya,
"Bila dikurniakan anak kepada kita, rezeki mereka itu telah tertulis. Tugas kita hanya perlu usaha cari."
Setiap kali dapat baby baru, itulah pesanan yang diberi. Saya akan pegang nasihat ini supaya saya pula yang boleh guna untuk anak-anak saya (bila tiba masa saya timang cucu pula 😅).
Kanapa kita perlu peluk mereka?
+ Kadang-kadang kita tidak adil dengan mereka.
Masa tiga tahun fasa survival dalam bisnes, saya banyak kali pulang lewat malam (potong cermin mata tempahan orang kampung). Bersalah juga rasa. Tapi saya tetap peluk mereka walaupun telah lelap matanya.
Bila mereka terjaga, "Papa dah balik?" Senyum 'mamai' itu sangat berharga.😊
.
.
+ Supaya mereka tahu kita lebih sayang akan mereka berbanding bisnes.
Ada satu ketika, saya terkasar sedikit bahasa pada anak-anak. Ganggu masa dikedai. Mereka nampak diam sahaja.
Tapi bila saya tarik tangan mereka, peluk, mulalah mereka menangis... Terus saya minta maaf. Lepas di ajaknya berlari dalam kedai cermin mata tu.. 😂
.
.
+ Supaya kita tidak jangkitkan emosi tekanan bisnes pada mereka.
Tindakan memeluk anak, menyebabkan hormon gembira dirangsang ke seluruh tubuh.
Bila anak 'happy', kita pula yang akan terjangkit. Nikmati masa ini!
.
.
Anak sentiasa memerhati apa perasaan dan tindakan ibubapanya yang berbisnes.
Kalau kita mahu anak kita mewarisi bisnes kita, tunjukkan pada mereka akan seronoknya kita berbisnes.
Hanya akan berhasil, bila bisnes kita itu sememangnya seronok untuk dilakukan. Jadi.. Ciptalah bisnes yang berjaya!
Tanya anak saya, "Kenapa papa dah besar pun nak masuk sekolah ABS?"
(Anak saya selalu dengar saya sebut tentang ABS Optomedik. Kebetulan lagi dia sendiri sekolah di tadika ABS)
Hai lah anak!😅
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jom Kongsi Pendapat Anda: