Sejak kebelakangan ini saya cuba-cuba jugalah cara orang Jepun ini urus syarikat. Ternyata ada beberapa kelebihan yang diperoleh.
Bukan senang nak ubah cara kita yang telah biasa dengan cara barat. Tapi mungkin sedikit sebanyak bila kita tahu sedikit 'style' orang Jepun, ia dapat memberi idea untuk urus syarikat kita dengan lebih baik.
Tambahan dengan ekonomi kita yang semakin mencabar.
.
.
1- Guna konsep harmoni yang digelar 'Consencus' untuk buat keputusan.
Bila tiba nak buat sesebuah keputusan, ia akan dibincangkan pada keseluruhan organisasi syarikat. Bukan sekadar terletak kepada pihak atasan pengurusan seperti barat.
Sehinggalah ada persetujuan semua pihak, barulah keputusan akan dibuat. Dalam perbincangan tersebut, ia dimulakan dengan mengkaji soalan-soalan yang perlu ada.
Bukan fokus dahulu menjawab semua soalan seperti barat.
.
.
2- Buat keputusan dengan merujuk kepada soalan yang telah dipilih dan dikaji.
Dalam perbincangan membuat keputusan, ia dimulakan dengan mengkaji soalan-soalan apa yang perlu ada, adakah ia soalan yang betul, dan mengapa ia soalan yang betul, dan barulah dicari akan jawapannya.
Bukan fokus dahulu menjawab semua soalan seperti barat.
.
.
3- Serahkan soalan (yang betul) untuk dijawab oleh 'orang yang betul'.
Mereka akan mula mencari siapa yang paling pakar dan sesuai untuk menjawab soalan terpilih ini.
Biasanya yang berjawatan tinggi. Namun begitu, jawapan mereka itu buakanlah suatu jawapan yang memberi kejutan, kerana kebanyakan orang dalam organisasi telah pun tahu jangkaan jawapannya.
Barat? Mesyuarat demi mesyuarat..
4- Ambil masa yang lama dalam buat keputusan, tetapi tidak perlu untuk ambil masa mempengaruh individu dalam organisasi, untuk bertindak (dengan penuh semangat) dalam mendapatkan hasil.
Barat memang cepat buat keputusan. Tetapi mereka perlu masuk ke fasa yang dikenali sebagai 'fasa menjual idea' hasil dari keputusan yang telah dibuat.
Perlu yakinkan pegawai, staff sehinggalah kepada kerani. Ia fasa yang lebih lama dari fasa membuat keputusan oleh syarikat Jepun.
.
.
5- Bertindak mendapatkan hasil lebih pantas dari proses membuat keputusan.
Orang barat faham sangat bila bekerjasama dengan syarikat Jepun ini.
Kebiasaannya, untuk tandatangan perjanjian sahaja mengambil masa 3 tahun! Tetapi bila dah tandatangan, minggu depan dah nak mula! Mahu terlompat orang barat ni :)
.
.
6- Ambil kira semua cara alternatif yang ada.
Inilah yang kita katakan berusaha sedaya upaya untuk faham sebenar-benarnya sesebuah masalah itu. Barulah difikirkan bagaimana untuk mencipta hasil akhir yang terbaik.
Ia melibatkan tindakan yang spesifik dengan sikap yang betul, oleh orang yang betul. Orang Jepun amat memahami akan budaya ini.
.
.
7- Mereka fokus kepada keputusan yang membawa kesan yang besar kepada organisasi. Bukan kepada kesan yang kecil.
Fokus akan 'big picture'.
Bagi orang Jepun, masa adalah segala-galanya. Mereka sedar, dengan terlalu fokus pada 'small picture' seperti orang barat, ia akan mengambil masa yang amat lama untuk membina semula negara mereka selepas kesan dari perang dunia. Ia diteruskan dalam membina ekonomi yang lebih kuat.
Contoh, bila syarikat Jepun buat keputusan untuk 'Joint Venture', semua individu dalam organisasi tidak mempertikaikan keputusan yang telah dibuat.
Kerana seluruh organisasi telah tahu dari awal, mengapa ia perlu dilakukan : Sekali lagi konsep Consencus digunakan.
.
.
Dalam ekonomi yang mencabar, lihat kepada 'big picture' apa peluang yang masih boleh kita capai. Apa pula cara 'pertahanan' yang kita boleh buat untuk terus berada pada fasa 'survival' didalam bisnes.
Kerana setiap keputusan kita itu, akan mempengaruhi setiap punca rezeki, dalam keseluruhan organisasi kita.
Shahrizal Redwan
CEO ABS Optomedik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jom Kongsi Pendapat Anda: