Khamis, 3 November 2016

Learning Disability : Kaitannya dengan mata (penglihatan).

Dalam dunia belajar anak-anak, akan ada yang rasa tersisih dalam mengejar kejayaan akademik. Tidak pandai. Makin merosot.


"Belajar adalah satu proses yang kompleks. Antara faktor yang mempengaruhinya adalah berapa kualiti dan mudah penglihatan yang baik itu dihasilkan. Ia bukan sekadar penglihatan yang jelas, atau struktur mata yang sihat."


Pelajar yang mempunyai personaliti yang pendiam, tidak memiliki prestasi akademik yang baik, dan rendah diri, kebarangkalian besarnya memiliki masalah penglihatan.


Apa maksud masalah penglihatan yang mengganggu pembelajaran?


Anak kita ada yang dilahirkan bijak. Tapi sering rasa kecewa kerana tidak mampu bersaing dengan rakan sekelas. Sehingga akhirnya, mereka menerima dan percaya, mereka tidaklah sebijak mana berbanding dengan yang lain. Keyakinan sebagai seorang pelajar semakin rapuh.


Saya teringat kisah seorang pelajar perempuan, darjah dua. Dari sejarah dan aduan anaknya, ujian yang lebih spesifik diperlukan.


Apa yang saya temui ialah, cara kedua-dua matanya untuk beri jelas apa yang dilihatnya (jarak dekat) adalah tidak sama.


Mata kiri tidak sebaik cara fokusnya dengan yang kanan. Ia menyebabkan beliau mengulang-ulang kali ayat yang dibacanya. 


Perlu beberapa kali memejamkan mata secara kuat, seolah cuba sedaya upaya untuk fokus dengan lebih baik.


Disebabkan sistem fokus berkait dengan koordinasi kedua mata (dua mata digerakkan serentak dan seiring pada objek yang dilihat), maka cara membacanya menjadi tidak begitu lancar.


Apabila adik ini terlalu 'tumpu' untuk membetulkan cara matanya melihat, daya pemahaman akan mulai terjejas.


Ibunya berkata, "Mungkin harapan saya terlalu tinggi untuk anak saya dalam belajar. Saya tahu dia tak mampu nak belajar macam orang lain."


Banyak ibubapa yang saya temui, tahu rasa 'ada sesuatu yang tidak kena'. 


Tapi jarang tercetus kemungkinan penyebabnya adalah mata, atau secara spesifiknya penglihatan anak itu sendiri.

 

Anak ini telah menjalani beberapa siri rawatan terapi, dengan cermin mata yang dapat merangsang sistem fokusnya, agar berfungsi dengan lebih baik.


Selepas 6 bulan, perkara pertama yang ditunjukkan oleh ibubapanya adalah 'result exam' yang terbaru.


Jika dahulu tiada 'A', kini berjaya mendapat '5A'!


"Saya tidak sangka hanya kerana mata (penglihatan)!"


Jadi.. Selepas ini kalau ada rasa yang 'tidak kena dengan anak kita', setkan temujanji, dan jalani ujian khas ini.


"Bila kita bantu anak-anak dari awal  cara pembelajarannya, potensi dan motivasi untuk mereka berjaya akan sentiasa ditahap yang paling tinggi."


Shahrizal Redwan.

Optometris.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Kongsi Pendapat Anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...