Kita dah usaha dah bisnes kita sehabis baik.. Tapi seolah dah tidak boleh nak pergi lagi.
"Bagi last chance. Buat 5 perkara ini dahulu jika berniat untuk tutup operasi."
1- Kira kos bisnes semula, jika rasa buntu, dapatkan kepakaran pihak lain.
Kos bisnes dapat dikurangkan jika kita tahu caranya. Buat keputusan berdasarkan rasional.
Kekalkan yang betul-betul penting untuk bisnes kekal beroperasi. Kalau sekarang ada 5 staff, mungkin tiba masanya kita sahaja yang jaga bersama beberapa orang sahaja.
Bertanyalah dan dapatkan bantuan pihak ke tiga (coaching).
.
.
2- Buka 'channel' baru sumber pendapatan bisnes.
Channel ini maksudnya cara kita mendapatkan 'cash' dari cara yang baru. Contohnya, dulu kita duduk dalam kedai sahaja untuk tunggu pelanggan. Tapi sekarang kita yang bawa produk kita terus dan jual kepada pelanggan.
.
.
3- Jual harga kos produk yang tidak boleh jalan. Dapatkan semula 'cash' yang tersangkut.
Buatlah offer. Ada satu kedai buku yang mahu tutup operasinya, bila mereka buat offer, ramainya orang sampai berhimpit-himpit.
Ada yang kata, "Baru perasan ada kedai buku disini."
Pakar psikologi berkata, "Orang akan ingat sesuatu 'tanda' setelah melihatnya 7 kali ."
.
.
4- Tanya pelanggan apa yang perlu kita perbaiki dan apa yang mereka suka akan bisnes kita.
Ini kena betul-betul buang 'hijab malu' kita. Dengar untuk perbaiki walaupun kita mungkin mendengar yang buruk dan negatif tentang bisnes kita. Perbaiki.
Tanya juga apa yang mereka suka. Fokus marketing dan sales atas 'kekuatan' ini.
.
.
5- Pilih A : Tutup Bisnes,atau B : Teruskan usaha bina semula bisnes.
Dengar kata hati, bukan kata yang bermain di minda.
Kalau kita teruskan, pastikan kita sanggup alami sekali lagi fasa berusaha tahap tertinggi, dengan cabaran yang lebih sukar...
Jika tidak kata hati kita, bermakna kita hanya menyukarkan lagi hidup kita. Tutul sahaja, dan mulakan sesuatu yang baru. Fresh!
Semasa hanya ada 30 hari (modal kos) untuk teruskan membuka kedai cermin mata saya, saya ambil keputusan B.
Walaupun B, tetapi untuk 'survive', keputusan A adalah untuk 3 kedai saya yang lain.
Buat keputusan bukan kerana emosi. Itulah yang saya pelajari 7 tahun yang lalu.
.
.
Hari ini cabaran bisnes kita tidak sama dengan cara bisnes orang dahulu.
Tetapi asasnya tetap sama :
"Buat keputusan dengan pantas. Pelajari bagaimana untuk buat keputusan yang menguntungkan syarikat. Terutama sekali untuk survive."
Shahrizal Redwan
CEO ABS Optomedik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jom Kongsi Pendapat Anda: