Berapa kerap kita berangan-angan atau berkata ayat ini, "Alangkah bagusnya kalau jualan banyak ini?"
Itulah soalan yang sama saya tanya dalam 5 tahun dahulu. Sampai satu masa saya kata, "Ada tak cara yang boleh dicapai? Apa langkah pertama?"
Langkah pertama? Langkah Pertama?
Dalam siri coaching personal saya kepada usahawan baru melalui ABS Optomedik, langkah pertama inilah yang amat saya tekankan.
Bagaimana membina model bisnes yang membawa duit masuk yang berkualiti, bisnes plan yang praktikal dan mudah, strategi dan taktik, bina pasukan, dan banyak lagi.
Pengalaman saya bila berjumpa usahawan muda ini, mereka akan banyak memperkatakan 3 perkara ini :
1. Produk kena hebat,
2. Lokasi kena strategik,
3. Kedai mesti cantik.
Saya pula gantikannya dengan :
1. Kenali pelanggan yang spesifik, akan beli produk kita pada 'profit' yang lebih berkualiti.
2. Kurangkan persaingan dengan mempunyai USP.
3. Pre-Mortem dan exit plan-nya.
Itu yang utama. Ikut pada industri juga.
Saya pernah berkongsi dengan seorang jurugambar yang mahu menjual khidmat fotografinya di media sosial. Beliau 'screen shot' contoh iklan yang telah dihasilkannya.
"Tuan guna teknik 'Hardselling'." Balas saya.
Saya berkongsi dengan beliau teknik yang lebih baik, iaitu teknik 'softselling'.
Selang beberapa minggu beliau mesej saya,
"Terima kasih Tuan atas tip. Sekarang lebih banyak orang like dan respon iklan saya."
Ini adalah contoh, seorang fotografer yang mencari arah dan langkah pertamanya didalam bisnes.
Dalam ABS Optomedik, kedai cermin mata yang menyertainya, akan didedahkan bagaimana mereka dapat mencipta kejayaan dalam bisnes, dengan langkah pertama.
Ia amat berbalik kepada menjadi dan melatih diri sendiri supaya menjadi Usahawan yang sentiasa memandang kehadapan. Memiliki 'Growth Mindset', sentiasa memperbaiki skill yang ada, dan tahu merancang masa hadapan dengan strategik.
Inilah yang berlaku kepada usahawan yang hampir menutup kedai cermin matanya di Bertam, Pulau Pinang, Tuan Zahul.
Tuan Zahul saya telah kenali bertahun-tahun dahulu.
Semasa saya tawarkan untuk sertai ABS Optomedik, beliau terus bersetuju kerana apa yang saya kongsikan berkenaan USP ABS Optomedik, adalah perkara yang telah lama beliau cari. Ia adalah berkenaan 'Langkah Pertama'!
Beliau mahu menjadi CEO yang lebih baik.
Setelah hampir 4 bulan beliau berulang belajar akan ilmu bisnes dari jenis 'tacit knowledge' di Kuala Kangsar, beliau telah mula memiliki 'Growth Mindset' yang amat diperlukan pada zaman ekonomi yang mencabar ini.
Jualan syarikat beliau meningkat kepada sekali ganda.
Mula ada gaji sendiri, tahu merancang lebih baik, dan nampak lebih banyak peluang, dan bersedia apa jua jenis cabaran yang datang.
Tip mudahnya, kenang apa yang pelanggan cerita apa bagusnya tentang bisnes kita, mula dari situ.
Inovasikan bagaimana untuk ia lebih berkesan pada lebih ramai pelanggan kita.
Pastikan kaitan pengalaman pelanggan yang akan diberikan oleh staff yang bermotivasi. Jangan diputuskan akan ikatannya. Ia cara sekarang. Cara korporat.
Jadikannya 'personal', susun semua strategi berdasarkan mata pelanggan, bukan kita.
Lebarkan pula strategi tadi dengan mengambil kira informasi yang diperoleh, memahami mereka, bercirikan empati dengan tindakan yang bersesuaian.
Bunyi macam mudahkan?
Kalau ada mentor, gerak kerja kita akan jauh lebih mudah. Sertakan dengan 'alat' bisnes yang membantu untuk kita merancang dan menyusun gerak kerja bisnes kita.
Ingat, fokus pada langkah pertama!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jom Kongsi Pendapat Anda: