Isnin, 21 November 2016

Bagaimana Syarikat B menang dengan syarikat A?

Nampak 'slow', tapi mengapa mereka boleh menang?

Ada satu syarikat ini saya mengkaji, mereka amat pentingkan sistem dalam memenangi persaingan.  

Saya andaikan begini, katalah ada dua pihak yang nak berperang merebut satu kawasan ini. Kita kata satu pihak A dan satu lagi B.

A memang nampak gah. Infrastruktur dan teknologi beliau memang mendahului. 

B pula nampak biasa. Teknologi sedang-sedang gitu. Nampak ketinggalan sedikit. 

Tetapi bila berperang, B menang. Berjaya kuasai kawasan yang jadi rebutan.

Apa rahsia B?

Mereka ada sistem terlatih untuk menggunakan teknologi yang ada, sebaik mungkin. 

'Slow' dari teknologi, tapi pantas dalam menggunakannya sebaik mungkin. Pantas beradaptasi!

Bayangkan jika mereka diberi peluang teknologi yang lebih baik.
.
.
Kalau kita ada kedai cantik dan canggih sekalipun, tetapi staff tidak terlatih untuk menggunakannya, ia akan menjadi pelaburan yang sia-sia.

Laburkan juga kepada staff untuk menjadi mahir. Bersistem.
.
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Kongsi Pendapat Anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...