Sabtu, 26 November 2016

'Strategic Planning' : Faktor utama bezanya organisasi bisnes yang berjaya dengan yang gagal.

Letihkan kalau asyik fikir tentang 'plan' bisnes. Tambahan bila buat sahaja seolah tak menjadi. Apa yang tidak kena?

Salah satunya kerana kita tidak ubah plan ikut keadaan semasa. 

Kalau hari ini kita plan, dunia sebenarnya tidak akan berhenti berpusing. Sentiasa bergerak.

Jadi plan kita kena perlu juga sentiasa 'bergerak' sama pada masa sekarang ke arah masa hadapan yang berubah-ubah.

Ini antara konsep yang perlu kita faham bagi memiliki strategic planning yang bagus :

1- Perlu anggap Strategic planning adalah suatu alat kompas yang membantu kita membuat keputusan. Wajib.

Bukan sebagai untuk rasa hebat, "Aku dah ada plan." Tapi lepas 6 bulan baru nak selak dokumen, "Apa yang aku plan dulu ya?"

Parah. Parah.

Ada satu masa, saya dan pasukan perlu buat keputusan untuk memilih dengan ketat program yang akan syarikat jadi sebagai antara penajanya.

'Strategic Planning' dilihat, dan kami mudah tahu sasaran program yang lebih banyak ada pertalian dengan sasaran pelanggan syarikat. 

Aktiviti bisnes, perlu ada hasil pendapatan lebih baik pada syarikat.
.
.
 
2- Cari apa kekurangan 'Strategic Planning' kita, dan cari solusi dari masa ke masa.

Saya letak sebagai isu. Bila KPI ditetapkan bahawa syarikat perlu ada sebuah cawangan baru, isu-isu untuk realisasikannya akan disenaraikan.

Bila diusahakan, makin banyak pula isunya. Tapi dengan selesaikan satu persatu, dengan mencari kaedah atasi, semakin mudah  strategic plan kita itu.

Cawangan di Taiping dibuka dengan kos yang amat minimum. 
.
.
3- Laksanakan sebagai Strategi Bisnes untuk 'investor' dapatkan hasil, bukan dapatkan hasil tindakan staff secara individu.

Ini agak 'tricky' sikit. Katalah ada investor (profesional) yang beri duit modal, kita wajib letakkan dalam mindset, syarikat dalam 3-5 tahun pasti boleh bawa hasil ke atas pelaburan yang telah dibuat.

Tanya, "Kalau akulah investornya, dalam strategic plan apa aku perlu ada?"

Kalau kita fokus kepada menjaga bagaimana hasil tindakan individu (cemerlang atau tidak) dalam organisasi sahaja, kita akan banyak buang masa.

Kerana strategic plan berkaitan dengan tindakan secara organisasi, bukan individu.

(Bina sistem).
.
.
4- Anggap strategic plan adalah benda 'bernyawa'. Jika tidak 'siram' dan letak 'baja', ia akan mati.

Berapa kali kita perlu jaga tanaman yang kita usahakan? Setiap hari-kan?

Bayangkan kalau sebulan kita ingat-ingat lupa nak jaga. Tanaman pasti rosak dan tidak layak untuk dituai.

Begitulah yang akan berlaku pada strategic plan kita. Bila kita tak 'up to date' dengan menilainya setiap masa yang berkala, kreativiti sukar untuk hadir. Kita juga akan lambat menghidu risiko yang bakal hadir.

Sehingga bila berlaku sesuatu luar jangka, kita mula jatuh terduduk.

Terperangkap dalam keadaan 'berjalan dalam kegelapan'. 

Kerapkan melihat strategic plan kita, adakan projek-projek kecil bagi mencapai matlamat yang besar.

Cipta, Buang, Perbaiki dan Ubah setelah penilaian daripada organisasi yang telah dibuat.
.
.
Strategic Plan bukan untuk syarikat besar-besar sahaja. 

Walaupun jualan kedai cermin mata saya hanya RM 4,000 sebulan (banyak yang tidak lepas kos 😂), keyakinan dan percaya pada bisnes terletak kepada strategic plan yang ada. 

Bukan kepada pendapatan yang terhasil pada masa itu.

Bila kita berusaha, pastikan usaha itu mempunyai arah yang jelas dengan jalan-jalannya yang telah dikenalpasti. Semasa dalam proses tersebut, sentiasa bertanya, "Ada tak cara yang lebih baik untuk mencapainya?"

Ada strategic plan, kita akan lebih cepat sampai ke destinasi yang kita tuju. Investor pasti melihat dengan tersenyum.

Busines Coaching 'One to One' kedai cermin mata, pm CikPuan Afiqah Idris untuk 'lock' tarikh.

Shahrizal Redwan
CEO ABS Optomedik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Kongsi Pendapat Anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...