Sabtu, 26 November 2016

Bagaimana nak tahu marketing itu adalah sesuai dengan bisnes kita?

1- Tetapkan dahulu apa hasil yang mahu kita capai dalam satu ruang tempoh masa. 

Contoh Pelanggan bertambah kepada 50 orang dalam masa sebulan. 

Kalau tidak dicapai, maknanya, marketing kita lebih ke arah tidak berkesan.
.
.
2- Spesifikkan aktiviti marketing tersebut. Dari awal sampai habis.

Contoh, nak bagi 1000 flyers akan produk 'kuali' kita. Takkan nak bagi dekat pekerja kilang yang rata-ratanya lelaki? 

Orang kata, "Nampak rajin, tapi tiada hasil."
.
.
3- Perlu tahu kategori untuk 'branding' atau nak dapatkan 'cash' cepat.

'Branding' kesannya adalah untuk jangka masa panjang. Kalau bisnes cermin mata, ia perlukan 2-3 bulan untuk beri kesan pada jualan.

Kalau kategori marketing kita lebih kepada nak dapatkan 'cash' cepat, promosi yang 'wow' perlu dicipta. Ia bersifat jangka masa yang lebih singkat.
.
.
4- Budget marketing perlu tahu untuk tempoh setahun.

Bila tahu nilai besar 'budget-nya', baru kita pecahkan kepada aktiviti dan program yang mahu kita lakukan.

Baru kita boleh kawal kos dengan lebih baik.
.
.
5- "Test. Test. Test." Skala kecil dahulu. 

Baru kita tahu mana aktiviti marketing yang lebih baik. Sesuai dengan pelanggan kita, produk kita dan mungkin psikologi orang setempat.

Memanglah ada yang tidak menjadi, cuba rekodkan. Kita boleh tahu 'corak' yang boleh bawa lebih keuntungan kepada bisnes.

6- Marketing dahulu, kesannya tidak kekal.

Pelanggan kita tidak akan sama cara membeli hari ini dengan 5 tahun akan datang.

Contohnya, bila ada kedai cermin mata yang menawarkan servis 30 minit siap dengan harga yang teramatlah berbaloi, apa lagi marketing kedai kita?

Masih lagi hari-hari promosi 50-70%?

Baca cara membeli pelanggan, buat sedikit reserach dengan bertanya 'feedback' mereka, dan bagaimana hendak kuatkan kelebihan bisnes yang kita ada.

Buat perancangan. Bukan rancang sahaja. Ia adalah perkara yang amat berbeza.
.
.
Bila kita bangunkan bisnes, sebenarnya kita perlu meletakkan arah dimana ia akan berakhir, sebelum memilih arah baru yang lain.

Kerana setiap arah, caranya berbeza mengikut peredaran masa yang melangkaui zaman.

Shahrizal Redwan
CEO ABS Optomedik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Kongsi Pendapat Anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...