(Serius bunyinya 😬)
Kritikal kerana jika sesebuah bisnes itu mahu lebih stabil dari segi pendapatan (tidak kira syarikat yang kecil atau besar), wajib dikaji caranya untuk dilaksanakan kepada bisnes yang dijalankan.
Dalam training kepada usahawan baru-baru ini, saya akan banyak meluangkan masa untuk berkongsi akan 3 langkah penting ini.
1- Beralih kepada model bisnes baru yang mengutamakan NILAI.
Masa saya didedahkan tentang nilai ini oleh Tuan Hir Effendy Md Tahir, saya tidak berhenti berfikir, "Apa sebenarnya nilai yang dibawa oleh bisnes aku?"
Satu demi satu nilai ditulis berdasarkan pandangan saya sebagai usahawan, pembekal, pelabur, staff, sehinggalah kepada pelanggan.
Rupa-rupanya apabila kita jelas apa nilai yang kita bawa, kita akan tahu mana satu yang patut diutamakan. Paling penting adalah nilai yang membawa kepada pendapatan dan keuntungan yang lebih baik kepada bisnes.
Saya mencadangkan Tuan kaji tentang 'Business Model Canvas' dan 'Value Propositions Canvas'. Ia adalah alat bisnes yang wajib dimahirkan.
2- Guna konsep sepakat dalam membuat keputusan dan bertindak.
Jika ditanya apa yang terbaik pada masa ekonomi gawat, saya akan jawab "Sepakat!"
Empat tahun dahulu dari hasil kajian saya (pembacaan), tahun 2016-2018 adalah masa yang kurang baik untuk bisnes. Pengalaman harungi gawat tahun 2008 banyak mengajar akan konsep 'persediaan awal'.
Fasa dicipta khas untuk tahun 2016 dan langkah pertama adalah mencipta pasukan yang mempunyai sikap, dan memegang asas nilai (core value) yang sama dengan syarikat.
Baru perancangan dapat ditukar kepada tindakan dengan lebih efisen.
.
.
3- Gunakan 'cara membaca' yang baru untuk meningkatkan prestasi bisnes kita di mata pelanggan mahupun pelabur.
Selalunya kita lihat prestasi bisnes kita bagaimana? Katalah jualan bulanan RM 10,000. Banyakkan? Tapi kenapa makin hari makin tenat operasi kedai kita?
Selalu kita kata, "Oh barang naik.", "Oh sewa kedai naik."
Ada tak kita terfikir, kualiti pelanggan kita tidak pernah dikaji untuk di 'up grade'? Fikir pun jarang-jarang.
Berikan definisi yang baru pelanggan yang lebih baik. Senaraikan ciri-cirinya. Fokus aktiviti bisnes kepada mereka.
Bisnes sekarang lebih banyak yang berjayanya, apabila fokus kepada spesifik pelanggan yang mahu masalahnya diselesaikan secara spesifik. Kaji, dan tawarkan.
Pastikan bilangan mereka ini ramai (yang akan membeli) disamping kita terus mencipta keunikan membeli dengan syarikat kita.
.
.
Orang bisnes yang bijak, tahu jika beliau tidak dapat apa yang dimahukannya ketika ekonomi gawat, akan di rancangnya selepas ekonomi pulih.
Apa konsep yang mereka pegang?
"Kuasai pasaran ketika ekonomi gawat, dapat keuntungan (meletup-letup) ketika ekonomi semakin pulih."
Shahrizal Redwan
CEO ABS Optomedik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jom Kongsi Pendapat Anda: