Rabu, 16 November 2016

Tip bagaimana melatih diri kita memiliki Growth Mindset



1- Kenali suara Fixed Mindset kita. 

Senaraikan apa yang kita tahu kelebihan yang kita ada dalam bisnes. Semua. Bakat, kemahiran, pengalaman, kecerdikan... Pada satu kertas A4.

2- Senarai impian kita, Ia suara Growth Mindset kita.

Dalam kertas yang lain, tulis pula impian yang kita mahu berlaku pada bisnes kita. Dapat pasang lagu motivasi, lagi beremosi kita menulis. Termasuk kesan pada diri, keluarga dan staff kita.

3- 'Match' suara Fixed dan Growth mindset. (Fasa tahap dimana hendak ke tahap mana)

Sekarang perlu bandingkan antara 'apa yang kita ada' dengan 'impian bisnes' kita. Fikir pula apa yang kurang. Apa yang perlu kita ada supaya ianya 'match'. 

Contoh kalau kita nak staff berkemahiran yang ramai, 'people skill' kita wajib diasah.

4- Baru kita susun atur ikut kepentingan. Apa yang perlu buat dahulu, apa yang perlu dibuat kemudian.

5- Bertindak cara orang Growth Mindset. 

Kita tahu kita tidak pandai menjual produk mahal. Jadi kita masuk kelas menjual. Belajar bermentor. Cuba berkali-kali sehingga kita tahu seni menjual produk mahal dengan banyak. 

Inilah tindakan Growth Mindset.

6- Teruskan dengan konsisten.

Caranya bila suara Fixed Mindset berkata sesuatu, lawan dengan kata-kata Growth Mindset.

Contoh, "Aku bukan pemuzik." Ganti dengan, "Aku akan cari jalan supaya aku boleh jadi pemuzik."

Setelah habis kelas muziknya, beliau berjaya menjadi pemuzik yang mahir.
.
.
Memiliki budaya Growth Mindset didalam hidup kita, membawa kepada banyak kebaikan.

Dari pengalaman saya, bila kita mulakan, sebahagian besar keseluruhan organisasi kita juga akan memilikinya.

Ia budaya. Nilai yang amat berkesan untuk memiliki bisnes yang berjaya.

Semestinyalah, secara luarbiasa!

Shahrizal Redwan
CEO ABS Optomedik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Kongsi Pendapat Anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...