Rabu, 9 November 2016

Ini tip bagaimana nak imbangkan gaya hidup peribadi dengan bisnes.

Lagi besar matlamat kita didalam bisnes, lagi rasa sempitlah masa yang ada satu hari itu. 24 jam rasa tidak cukup-cukup. Tekanan! Tekanan!


Sehingga ada orang bijak bisnes berkata.


"Kalau kita bawa sesuatu kerja, pulang ke rumah, bermakna kita bukanlah seorang yang pandai mengurus masa."


Sudah.. Di copnya kita pula yang tidak pandai. Apa kata kita mula buat tip dibawah, supaya masih ada masa kita untuk kita 'enjoy' kehidupan kita sendiri.


1- Tetapkan terus apa sebenarnya maksud 'enjoy' dalam hidup kita. Ada orang nak tidur satu hari tanpa diganggu, ada pula 2 minggu sekali pergi bercuti dan ada pula, janji dapat menonton wayang sebulan sekali. Jadi.. Tetapkan ikut definisi sendiri.


2- Berhenti cakap, "Aku sibuk!"


Bayangkan bila orang hampiri kita, kita kata ayat di atas. Sedihnya lagi, anak kecil kita yang mahukan perhatian, juga kita kata, "Papa sibuk!". Buang jauh-jauh ya.

 

3- Bila kita jauh dari tempat kerja, pastikan kita betul-betul 'jauh'.


Tumpukan pada orang disekeliling selepas kita pulang kerja. Sahabat, anak-anak mahupun pasangan hidup kita. Tinggalkan masalah bisnes!


4- Orang bisnes kalau dapat idea, tulis dahulu cepat-cepat, elak di fikir lebih mendalam.


Bila kita fikir lebih mendalam, fokus kita akan lebih kepada kerja. Sedangkan pada masa itu kita sedang meluangkan masa bersama keluarga. Bersikaplah adil pada mereka ya. Bukan fizikal sahaja, tapi minda sekali.


5- Ada masa sendiri.


Begini, ia masa yang paling kita suka untuk buat sesuatu, secara berseorangan. Baca Novel JK Rowling ke.... 😊

.

.

Mengapa penting sangat untuk imbangkan masa bisnes dengan masa peribadi?


Supaya kita tahu makna untuk terus hidup bahagia sebagai seorang manusia yang normal.


Lagi satu... Barulah lebih keluar idea-idea bisnes yang lebih kreatif dan bertenaga!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Kongsi Pendapat Anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...