Normal bila kita tanya sebahagian usahawan ada atau tidak Business Plan, jawapannya tidak ada atau, "Dulu adalah. Masa nak buat loan."
Business Plan adalah rujukan untuk mencapai apa-apa yang kita mahu berlaku didalam bisnes.
Ini tipnya :
1- Mulakan dengan Busines Plan yang paling mudah dan praktikal : Business Model Canvas.
Ia dianggap Business Plan yang praktikal kerana segala-gala perkara asas yang perlu berlaku atau ada, akan ditulis pada sehelai kertas. Secara bersistematik.
Mudahkan kita sebagai usahawan untuk melihat kembali, dan juga kepada pihak lain yang kita mahu beliau buat penilaian akan business plan kita.
.
.
2- Buat 2 jenis Business Plan.
Pertama yang logik boleh dicapai dengan sumber yang kita ada dan boleh cari. (Mudah dicapai dengan sedikit usaha).
Business Plan kedua pula khas untuk sasaran yang lebih tinggi. Tujuannya bagi merangsang kreativiti kita didalam berbisnes. (Rasa takut nak buat pun ada 😅).
.
.
3- Rujuk banyak kali. Perbaiki Business Plan dari masa ke masa.
Paling kurang kita rujuk dua kali sebulan. Adakah aktiviti yang telah kita buat dan akan buat mengarah seperti yang kita mahu berlaku didalam business plan? Jika ya, ia mendekatkan kita dengan matlamat.
Jika tidak, perlu bertindak segera untuk fokus kembali dengan aktiviti bisnes yang akan datang. Dapatkan coaching jika perlu.
.
.
4- Pecahkan Business Plan kepada projek-projek kecil yang ada pegawai yang menjaganya.
Masa saya mahu mencapai satu matlamat yang lebih besar dalam bisnes, seolah susah nak percaya syarikat boleh jadikan ia satu realiti.
Tetapi bila dipecahkan kepada projek kecil, ia nampak lebih logik, lebih kurang beban untuk minda menerimanya. Barulah tindakan dengan yakin dan percaya itu wujud.
Projek kecil disusun ikut turutan. Semakin banyak berlaku kejayaan kepada projek kecil ini, semakin yakin, matlamat besar itu sebenarnya boleh dicapai (Lebih seronok juga 😆).
Jika ada pegawai yang boleh kita lantik menjaganya, lebih banyak projek kecil ini dapat dilaksanakan dan dipantau akan perkembangannya.
5- Buat 'storyline' pelanggan kita, untuk lebih tahu menjual dengan lebih banyak dan lebih untung.
Kita perlu kenali pelanggan kita. Kenderaan yang mereka guna, bekerja dimana, berkeluarga atau tidak, umur, hari-hari yang mereka sibuk, bila mereka cuti dan banyak perkara lain lagi.
Ia penting supaya apa yang kita tetapkan dalam business plan kita, masih dalam 'ruang pandang' pelanggan yang kita sasarkan.
Bisnes mesti buat untung.
.
.
Walaupun bisnes kita kecil, adanya Business Plan dari awal, memberi peluang untuk kita membaca potensi bisnes kita sendiri.
Lebih banyak peluang akan kita nampak berbanding masalah, dan kita sendiri sebenarnya boleh mencipta lebih banyak peluang-peluang baru. Itulah sebenarnya 'sikap' yang perlu dimiliki oleh usahawan.
Kerapkan lihat dan buat penambahbaikan business plan kita.
"Kerana matlamat, menjadi mudah apabila kita sentiasa mempunyai 'kompas' yang menunjukkan arah."
Shahrizal Redwan
CEO ABS Optomedik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jom Kongsi Pendapat Anda: