Tiga tahun di awal bisnes, saya boleh kata cara berbisnes saya agak penat. Seolah yang dikejar-kejar itu, lebih jauh.. dan semakin jauh.
Masuk tahun ke 4 berbisnes, saya nekad perlu berubah. Saya buat 7 perkara di bawah :
1- Target mesti ada dua : Kualiti dan kuantiti.
Kualiti ada banyak kait rapat dengan profit. Bila kita mahu gandakan profit, bilangan yang membeli haruslah banyak.
Contoh, semasa men-design semula cara menjual yang lebih baik, saya akan pastikan pelanggan membeli kerana pilihannya sendiri (target). Tidak dipaksa-paksa.
Kesannya, lebih ramai pelanggan datang membeli (kuantiti). Mereka suka budaya tidak dipaksa-paksa membeli.
.
.
2- Bina pasukan walaupun ia mengambil 100 tahun!
Melampau sikit ayat di atas kan? Tapi itulah yang saya rasa. Susahnya nak dapatkan staff yang boleh diiktiraf sebagai pasukan.
Ada bekas staff saya, berhenti kerana dapat kerja kontrak di kerajaan. Saya pujuk beliau dekat 6 bulan untuk kembali bekerja dengan syarikat.
Kerana beliau memiliki ciri-ciri orang kanan yang amat saya perlukan. Alhamdulillah, beliau telahpun menjadi partner dalam beberapa anak syarikat holdings.
.
.
3- Emosi jangan dicampur-campur dalam menguruskan syarikat.
Bila kita dah beremosi, ingat, kita akan mula buat keputusan untuk ubati rasa yang tidak 'best' itu.
Bertindak berdasarkan logik. Ada kalanya kita dimarahi oleh pelanggan, selepas itu kita mula membalasnya kepada staff.
Sepatutnya sebagai Leader yang bagus kita hanya perlu berkata kepada staff, "Bantu saya, supaya kita dapat elak perkara tadi dari berlaku."
.
.
4- Bisnes kita adalah tentang pelanggan, bukan tentang kita semata-mata.
Saya amat komited tentang ini. Sehingga perkara paling serius yang berlaku dalam syarikat, adalah perkara yang memyebabkan pelanggan tidak lagi suka membeli.
Apabila dalam mesyuarat bersama pegawai, 80% akan dibincang tentang perkara berkaitan pelanggan.
"Pelanggan sebenarnya suka cara kita layan mereka, bercakap cara mereka, dan membeli kerana mereka suka produk kita. Ingat, semuanya tentang pelanggan!"
.
.
5- Tidak mengambil pekerja terlalu cepat, atau berlebihan.
Ambil pekerja apabila sudah tiba tahap untuk bisnes lebih berkembang. Atau dengan bertambahnya pekerja, pendapatan akan bertambah.
Sistem atau teknologi, akan dapat banyak 'menjimatkan' kos pengambilan pekerja.
.
.
6- CEO bukan semata-mata di 'atas'.
Bangga dapat keluarkan kad nama pada orang. CEO syarikat...... Kalau kita diperingkat permulaan, kitalah sebenarnya perlu tahu dengan teliti bagaimana sesuatu aktiviti syarikat itu berlaku.
Bila saya tetapkan sesuatu 'target' jualan di luar kedai, saya tahu ianya logik. Kerana telah berpengalaman selama 5 tahun dalam melakukannya.
.
.
7- 'Slow & Steady' tidak akan bagi kemenangan dalam persaingan.
Kata lain, terlalu berhati-hati dalam membuat keputusan bisnes. Bagi membuang budaya ini, saya akan terus buat apa yang saya rasa boleh majukan syarikat.
Tapi dalam skala kecil dahulu. Kalau rugi pun boleh pejam sebelah mata lagi. Jalan terus!
.
.
Kita perlu susun satu persatu bagi mencipta 'bacaan' yang lebih jelas apa yang akan berlaku pada bisnes kita.
Jika sedang berusaha memulihkannya, usaha tanpa henti, sabar dan percaya atas kemampuan diri sendiri.
Ia akan banyak membantu.
Shahrizal Redwan
CEO ABS Optomedik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jom Kongsi Pendapat Anda: