Sabtu, 19 November 2016

Konsep bisnes "Slow & Steady" tidak akan menjamin bisnes yang kukuh.


Saya boleh katakan ianya adalah ciri seseorang yang lebih suka cara selamat. "Ok. Tengok dulu." 

Bila ada peluang keemasan untuk majukan syarikat, diulang lagi "Ok. Tengok dulu." Berat.. Berat..

Bila orang bijak pandai kaji, orang bisnes yang berjaya ini mempunyai satu sikap yang konsisten : "Ambil risiko yang orang lain tidak berani buat."

Maksudnya bukanlah orang bisnes ini ada risiko sahaja dia pergi buat. Ada risiko lagi pergi buat. Bukan begitu.

Mereka pakar strategi untuk mengawal kesan risiko tersebut. Kalau kita yang tiada otak strategi ini, pergi buat, alamatnya jatuh tersungkurlah dan sukar untuk bangun semula.. Minta dijauhkan dari berlaku.

Richard Branson pernah berkata, "Setiap risiko itu berbaloi diambil, selama mana ianya untuk tujuan kebaikan, dan menyumbangkan kepada kehidupan yang lebih baik."

Lihat. Tujuan yang baik. Itu pengakhirannya.

Kita lihat pula kata-kata dari Tuan Hir Effendy, CEO ABS Holdings, semasa saya menghadiri kursus kepimpinan CEO beliau, "Usahawan mempunyai pengaruh yang amat besar dalam mengubah sesuatu budaya masyarakat."

Jika usahawan mempunyai integriti yang kuat, masyarakat akan lebih baik dari segi sosial mahupun ekonominya. Integriti memberi contoh teladan yang baik. Ia termasuk juga inovasi yang usahawan berikan kepada masyarakat.

Teringat saya kepada seorang usahawan yang berkira-kira mahu menyertai ABS Optomedik.

Beliau mengambil risiko dengan menyertai bersama impian yang amat besar. Saya terangkan konsep pelesenan ini kepada beliau,

"Melatih diri sendiri menjadi usahawan yang mampu untuk berjaya atas kaki sendiri."

Itu konsep yang saya terangkan. 

ABS Optomedik boleh dianggap sebagai sekolah bisnes untuk usahawan optometri dan usahawan kedai cermin mata. Kejayaan bisnes sendiri, bergantung kepada usaha dan risiko-risiko yang diambil dalam bisnes.

Terjun dalam dunia bisnes bukanlah sesuatu yang indah semata-mata. Tetapi ada yang telah berjaya melepasi fasa cabaran yang cukup hebat, sehingga berjaya dan dianggap 'Steady'.

Tapi perlulah kita ingat, syarikat yang tidak mengikut cara baru, persekitaran baru akan berakhir dalam dunia mereka sendiri.

Sebenarnya syarikat seperti ini telahpun kalah dari awal lagi, apabila pesaing telah mula mengorak langkah ke arah yang lebih baik.

Tuan Norizan, Pengarah Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) berkata, "Usahawan perlu berubah mengikut zaman persedaran semasa." 

Beliau bercerita bagaimana syarikat telefon Blackberry yang ketinggalan dalam memenuhi kehendak pelanggannya. Tuan Norizan sendiri, beralih dari Blackberry kepada Iphone.

Kesimpulannya, jika kita tidak mula mengambil risiko (yang telah disusunkan strategi urus risiko dan exit plan-nya), kita akan mula ketinggalan.

Jika kita masih bangga dan duduk pada tahap yang sama didalam bisnes, ia adalah suatu risiko yang telah kita 'tempah' sendiri.

Sebab itu dalam 'Coaching' saya kepada usahawan muda, adalah mengubah pemikiran mereka kepada ciri-ciri sebagai usahawan yang berkreativiti, inovasi dan berani mengambil risiko (terkawal) apabila ia dapat memajukan syarikat.

Banyak alat bantu bisnes yang dapat kita gunakan bagi mengelak kita di fasa "Slow & Steady" didalam bisnes.

Cuma kadang-kadang tertanya juga, adakah kita tahu?

Shahrizal Redwan
CEO ABS Optomedik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Kongsi Pendapat Anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...