Khamis, 10 November 2016

Jangan cakap 4 perkara ini dihadapan pelanggan, jika mahu bisnes yang berjaya!


Pelanggan masuk, sambil menunggu isteri memilih barangan di kedai kita, si suami pun berbicaralah dengan kita.... 

Tapi kita buat silap dengan guna topik yang kita rasa pelanggan akan 'rasa dekat' dengan kita, tapi kesan sebaliknya yang berlaku.

Rugi.. Rugi... Kali itu sahajalah beliau datang. Nama kedai atau nama kita pun beliau malas nak ingat.

Jadi elak guna 4 topik ini untuk rasa nampak 'cool' pada bisnes kita itu :

1- Kebolehan bisnes yang kita ada.

Meninggi diri ada hadnya. Simpan untuk motivasi pada staff dan untuk diri sendiri. 

Pelanggan datang membeli bukan untuk rasa bangga akan kebolehan berbisnes kita, tapi tentang bagaimana pelanggan itu boleh rasa bangga dengan pengalaman membeli dan menggunakan produk kita. Fokus disitu. 
.

2- Cerita ekonomi yang suram atau cerita-cerita yang tidak bagus tentang industri bisnes kita.

Adakah tujuan kita mengeluh dapat menghasilkan jualan yang lebih banyak dan berkualiti daripada pelanggan? Semestinya tidak. 

Sepatutnya kita sendiri mendengar keluhan dari pelanggan dengan sepenuh perhatian. Atasinya dengan produk/servis kita. Bukan kita yang menagih simpati!
 
.

3- Susah payah kita bangun dalam bisnes.

Saya pernah membeli pakaian disebuah butik yang agak terkenal. Pemiliknya bercerita tentang kedainya dahulu tidak mempunyai banyak pilihan seperti sekarang. 

Mulalah satu persatu beliau bercerita apa yang beliau buat pada bisnesnya. Pelanggan (sayalah tu 😅) mulai hilang tumpuan untuk membeli. "Ok. Saya tengok-tengok dahulu.."

.

4- Berikan hujah mengapa kita tidak jual apa yang pelanggan mahukan.

Jangan terkejut ada usahawan akan berhujah tentang perkara ini. Senang cerita, usahawan itu pergi salahkan produk itu yang tidak baguslah.. tidak berkualiti.. mahal..

Tapi sebenarnya kita yang tidak mampu sediakan. Apa yang betulnya? Mohon maaf kata kita tidak menjualnya, dan bertanya adakah mereka mahu mencuba jenama yang lain? (salah satu contoh yang boleh dibuat dalam skrip menjual)
.
.
Kesimpulannya, kita perlu bersungguh-sungguh menetapkan  bagaimana cara kita berfikir ketika menjual pada pelanggan (perkataan popularnya : Mindset!)

Tetapkan yang kita akan mendengar sepenuh perhatian, bertanya soalan bagi mendapatkan maklumat lebih tepat, dalam membantu dan memahami sepanjang mereka disisi kita.

Satu kerugian jika kita lepaskan peluang untuk membina kepercayaan dan kredibiliti bisnes kita dengan psikologi menjual yang lebih baik.

Bisnes sekarang, lebih kepada kepada menjaga hubungan dengan pelanggan, disamping mempunyai customer service dan 'value' yang baik.

"Menang secara psikologi, barulah pelanggan rasa pengalaman yang tersemat dihati!" 😉

Shahrizal Redwan
CEO ABS Optomedik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Kongsi Pendapat Anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...