1- Cari apa yang paling bernilai dalam bisnes kita. Fokus disitu.
Sebenarnya kita patut lebih memahami bisnes yang kita cerburi.
Oleh itu cuba cari apa yang paling pelanggan suka datang membeli dengan kita. Sebab apa? Itulah sebenarnya yang bernilai. Kita jaga dan buat penambahbaikan.
Contoh kedai makan kita orang suka kerana satu menu ini, iaitu 'tomyam api'. Bagi kita dikenali akan menu itu. Marketing, sales dan customer service ke arah perkenalkan lebih lagi menu kita.
.
.
2- Kenali lebih dalam akan pelanggan kita untuk mencipta lebih profit.
Kadang-kadang pelanggan datang ke kedai, tapi kita tidak ambil pun maklumat beliau. Sekurang-kurangnya nama dan nombor telefon sudah memadai.
Bila kita tahu pelanggan suka 'Tomyam api' kita, buat 'survey' berapa kali beliau datang ke kedai kita. Kalau sebulan sekali, buatkan satu program promosi supaya beliau dapat datang 2 kali sebulan.
Kita juga boleh bertanya pada pelanggan apa tambahan menu yang mereka suka.
Barulah lagi banyak profit dapat kita hasilkan.
.
.
3- Buatkan 'cerita baru' untuk pelanggan.
Menjual yang mempengaruhi, perlu ada cerita. Ceritakan bagaimana menu Tomyam api itu boleh wujud.
Ceritalah susah payah kita ke Thailand belajar ke, atau kita belajar dengan sesiapa ke. Pastikan ia cerita yang asli.
'Cerita baru' juga bermaksud cara menjual yang ditambah baik dengan adanya testimoni. Gambar dan video adalah alat cerita yang bagus.
.
.
4- Buatkan model harga yang lebih baik untuk kita dibayar lebih.
Model ini boleh datang dalam pelbagai cara dan kaedah. Ia boleh jadi produk yang sama, contohnya membeli 2 produk, dapatkan yang ke-3 dengan 50% potongan harga.
Atau kita sertai dengan tambahan produk/servis yang lain.
Contohnya, apabila pelanggan telah membeli cermin mata, servis supaya mata dapat dilatih agar kurang penat menggunakan komputer juga ditawarkan. Ia dinamakan 'Visual Theraphy'.
Orang bisnes kata 'Channel' duit, bina satu persatu ikut kesesuaian pelanggan.
.
.
5- Tiga perkara yang perlu diselarikan : Organisasi, informasi dan insentif.
Organisasi perlu efisen dan praktikal akan jawatan yang diwujudkan. Ia untuk mencapai strategi syarikat, bukan untuk semata-mata lagak nampak korporat.
Informasi perlu disampaikan kepada organisasi dengan baik. Buat pertemuan berkala. Jika maklumat itu penting, pastikan ianya bertulis.
Bagi memotivasikan organisasi kita, dalam menjalankan tugas dari informasi yang kita sampaikan, berikan insentif. Ia amat membantu kesan akhir yang kita mahukan. Berkualiti.
.
.
Tip hanya sekadar tip bila kita tidak mula bertindak.
Teringat kata-kata mentor saya yang memiliki beratus-ratus syarikat,
"Buat sahaja Tuan..!"
Shahrizal Redwan
CEO ABS Optomedik
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jom Kongsi Pendapat Anda: