Jumaat, 25 November 2016

Cuba 'scan' staff kita, mereka ditahap mana dari 6 skill (kemahiran) ini.


Bila mendesign cara latihan kepada diri sendiri dan staff, perlu tahu apakah tangga kualiti yang boleh kita klasifikasikan. 

Barulah kita boleh merancang latihan yang spesifik untuk mereka.
.
.
Terdapat 6 tahap kualiti kemahiran yang ada seseorang.

1- Kemahiran yang sedikit.

Tidak banyak kemajuan yang ditunjukkan. Mereka tidak mempunyai arah tuju yang jelas. Susah untuk menonjol dalam kerja yang cuba dilakukannya.
.
.
2- Kemahiran yang membolehkan mereka mampu melaksanakan kerja dengan baik.

Bahasa mudahnya adalah, tenaga pekerja yang mahir. Tahap ini selalunya ramai individu yang terperangkap (ia digelar 'comfort zone')

Mereka rasakan setelah berada ditahap ini, hidup mereka telah cukup berjaya.
.
.
3- Kemahiran untuk menghasilkan orang lain yang mahir seperti mereka.

Masa inilah mereka mula meletakkan nilai yang berharga untuk kemajuan syarikat. 

Berkebolehan memberi latihan kepada orang lain, dalam bidang kepakaran yang mereka miliki.
.
.
4- Kemahiran yang meletakkan diri mereka pada tahap yang lebih tinggi dari kerja itu sendiri.

Nak pergi dari tahap 3 ke 4 adalah yang paling sukar sekali. 

Bagilah gaji sebnyak mana pun, susah untuk mencapai tahap yang ke 4 ini. 

Ia berkait dengan kemahuan atas diri sendiri untuk lebih maju dan berjaya. 

Paling penting secara profesional. Mereka jenis yang mengejar hasil, bukan bayaran 'kerja lebih masa' ataupun bonus.
.
.
5- Kemahiran untuk mengajak orang lain berada pada tahap yang lebih baik.

Masa inilah seorang bakal Leader yang hebat akan lahir. 

Mereka ini bukan lagi menambah nilai pada syarikat, tetapi mula menggandakan nilai yang ada untuk syarikat. Mulai mempunyai pengikut dari kalangan pekerja yang lain.
.
.
6- Kemahiran yang membolehkan mereka untuk mengawal dan melakukan semua tugas dengan baik. 

Jumpa tahap ini pada seseorang, ia sesuatu yang sangat jarang ditemui. 

Jika kita berpeluang untuk memberi tunjuk ajar kepada mereka ini, jagalah dengan sepenuh kasih sayang dan hormat. 

Mereka ini mempunyai kemahiran dan kebolehan yang boleh digunakan dalam apa jua bisnes mahupun industri. 
.
.
Dalam banyak kelebihan yang dimiliki oleh pekerja, pilihlah sikap melebihi dari kepandaian akademiknya. 

Pengalaman saya melatih pekerja untuk sampai ke tahap 4 banyak dipengaruhi oleh sikap untuk mahu berjaya atau tidak. Sikap "Saya percaya, saya boleh buat!".

Sebab itu 'pasukan bisnes' banyak berada di tahap 4. Manakala 'pasukan pekerja' akan berada sehingga tahap 3 sahaja.

"Seni melatih pekerja menjadi pasukan bisnes."

Shahrizal Redwan
CEO ABS Optomedik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Kongsi Pendapat Anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...