7 tip :
1. Jual lagi banyak produk yang kita ada.
Ubah 'keadaan' biasa, kalau selalu jual dekat kedai sahaja, apa kata kita keluar dari kedai lebih kerap. Jual ditempat pelanggan kita yang ramai.
.
.
2. Habiskan produk yang tidak jalan. (Buat offer, dapatkan semula 'cash')
Bila produk banyak tak jalan, ia digelar 'death money'. Buat aktiviti bisnes untuk bagi 'clear'. Dekat sini cash flow selalu tercekik.
.
.
3. Produk jual laju, untung sikit : Fokus untuk menampung kos bisnes kita.
Contohnya utiliti, gaji, maketing dan yang berkaitan.
.
.
4. Produk jual perlahan, untung banyak : Fokus untuk buka channel baru duit.
Buat 'pakatan' bersama pihak yang dapat membantu kita menjual produk jenis ini. Buat kerjasama, pastikan menang-menang dua pihak.
.
.
5. Kalau dah ada pelanggan tetap, jaga mereka, kerana kos mereka lebih rendah berbanding mencari pelanggan baru.
Jaga dengan mengarahkan apa yang pelanggan kita mahu. Apa yang mereka lebih suka kalau kita buat. Dah sediakan, beritahu. Peratus mereka lebih cepat membeli adalah lebih tinggi, dari pelanggan baru.
.
.
6. Kita perlu tahu kelemahan dan kelebihan industri kita.
Tanya kepada lebih banyak prospek yang mendapatkan produk dan servis, dalam industri yang kita ceburi ini. Kita akan nampak 'big picture' dan tahu dimana hendak bermula.
Contoh, marketing dan sales kita fokus kepada untuk 'survive' dan branding (sebagai langkah kuasai market share). Jika kita berjaya konsisten buat sehinggalah ekonomi pulih.... masa itulah kita berkata, "Berbaloi aku ikat perut."
Walaupun orang lain kata, apa yang kita buat tak akan buat untung (mereka lupa, branding sesuatu yang bukan semudah beli gula-gula, bayar 20 sen terus dapat 3 biji!)
.
.
7. Bina pasukan sales. Semua organisasi fokus kepada sales.
Bukan masa untuk rehat-rehat. Setiap staff fokus kepada aktiviti mendapatkan sales. Kerani pun boleh bagi flyers juga.
.
.
Ekonomi bagaimana pun, kita perlu harungi sebagai usahawan.
Tidak semua akan berjaya lalui. Tetapi jika kita percaya, dan usaha kita ditingkatkan kepada tahap yang belum pernah kita capai, lebih berpeluang untuk kita 'survive'.
Perkara utama, kita ubah taktik bisnes bila keadaan memerlukan.
Shahrizal Redwan
CEO ABS Optomedik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jom Kongsi Pendapat Anda: