Rabu, 16 November 2016

Kalau hati dah rasa nak mencari 'mentor', elak buat 7 perkara ini ya...😊

Masa saya mula bermentor, banyak juga rasa bersalah bila dikenang balik. Hehehe. 

Tapi 'slow-slow' kita akui. Dan perbaiki satu demi satu.

Ini beberapa perkara yang perlu dielak :

1- Elak berkata-kata hanya kerana apa yang kita percaya ia adalah bagus. Patutnya set pada mindset, apa pandangan mentor akan kepercayaan kita didalam bisnes.

2- Elak bertanya "Ajar saya nak naikkan sale." kepada "Bagaimana saya boleh mencipta jalan ke arah sale yang baik."

3- Tidak menjawab soalan mentor dengan sepenuh hati. Mentor tahu seni membaca mindset kita dengan soalan. Barulah beliau boleh berikan tip. 

4- Elak anggap kita akan dapat jawapan secara terus dari mentor. Bukan begitu caranya. Mentor akan mengarah kita untuk peroleh jawapan sendiri.

5- Elak cerita tentang masalah kewangan kita. Niat kita bermentor bukan untuk itu sahaja. Ia untuk cari tip dan ilmu-ilmu yang praktikal supaya masalah kewangan kita ke arah solusi yang lebih baik.

6- Nak buktikan kita lebih bijak. Ini bukan pertandingan siapa yang lebih bijak. Ia mengenai 'kerjasama' untuk bangunkan arah kerja yang lebih baik.

7- Nak 'korek' rahsia bisnes beliau. "Beritahulah apa yang Tuan buat sampai dapat sale begitu?" Tak perlu tanya, jadi 'pelajar' yang baik. Angguk dan puji mentor. Akan diceritanya apa yang beliau buat. 😊
.
.
Nak cepat baiki bisnes kita, bermentorlah.

Buang malu. Kita mungkin sanggup habiskan beribu ringgit dengan iklan cetak, tapi kita tidak sanggup untuk membayar 'masa' bersama mentor.

Sedangkan kita amat perlukan arah, panduan dan idea bagaimana untuk melangkah semula (dengan lebih baik), didalam bisnes.

Shahrizal Redwan
ABS Optomedik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Kongsi Pendapat Anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...