Jumaat, 14 Februari 2020

Bagaimana nak jadi pandai dan tak sombong??

Bagaimana nak jadi pandai dan tak sombong dengan apa yang kita pandai?

Jawapannya : KONSISTEN ulangkaji walaupun dah pandai menjawab masalah yang timbul.

Bila kita rasa dah pandai,

+ Tanya pada diri kita, ada tak apa yang kita tak faham lagi? Catat. Jangan biar melayang-layang dekat fikiran kita. Nanti lupa.

+ Kalau confirm dah memang faham, explore sesuatu yang baru berkaitan dengan apa yang kita rasa dah pandai tu. Buat research dari pelbagai media.

+ Pasti ada sesuatu info yang trigger, "Eh, kenapa pula dia cakap macam tu? Eh! Kenapa pula cara dia lain?" Trigger ni penting buatkan fikiran kita bekerja dan mula tanam minat lagi.

+ Bila dah ada soalan, tak apa jika tak boleh jawab. Ada soalan buatkan kita akan sentiasa berfikir nak dapatkan jawapan. Barulah bila research, kita tahu apa yang kita nak cari.

+ Kita sebenarnya banyak yang tidak pandai lagi. Bila kita ada pemikiran begini, kita akan sentiasa merendah diri dengan apa yang kita tahu. Orang yang bijaksana, sebenarnya tiadak akan kata dirinya pandai... tapi selalu memilih dengan pendirian, "Aku pun banyak yang tak tahu lagi.. Jadi aku nak belajar lagi."

+ Mengajar kepada orang lain kemahiran yang kita kuasai, juga akan membuatkan kita lebih meminati apa yang kita ceburi. Sebab? Orang yang datang belajar tu akan bertanya bermacam-macam soalan yang perlu kita jawab. Ia boleh menguji berapa jauh kefahaman kita yang sedia ada itu.

.

Gambar :

Pergi Teluk Intan semalam pun duk fikir.....

Ada satu soalan yang saya susah nak jawab, bagaimana nak tunjukkan pada parents bila anak mereka sebenarnya tiada penglihatan 3D seperti kanak-kanak lain?

Sambil pakai Red Green Filter dan lihat Fusional Training Card.

Mesti ada jalan. Mesti ada alat bantu konsultasi yang boleh saya hasilkan. 

Fikir Rizal! Fikir Rizal!

.


Cek mata anakanda Tasneem



Ambil masa 2 tahun untuk saya lihat satu per satu Visual Skill anak saya kembali ke tahap seperti normal.

Saya pejamkan mata setiap kali result yang saya dapat adalah normal.

“Alhamdulillah.”

Saya tak pasti adakah dengan mata yang dah semakin baik ini memberi asbab kepada kecemerlangan kepada UPSR yang lalu.

Namun, saya dan isteri mendedikasikan juga untuk bantu menjawab soalan-soalan yang sukar.

Strategi menjawab. Bagaimana secara visual mahu menjawab soalan. dan pelbagai lagi tahap motivasi yang tak putus-putus supaya,

NAK CEMERLANG KERANA DIRI SENDIRI YANG MAHU.

Bukan utamanya sebab papa atau mama.

.

Saya boleh bagi tahap 9/10 visual skill yang saya test... berbanding dahulu masa darjah 4 hanya 3/10.

Metod ini telah saya aplikasikan pada semua patient saya apabila mereka mendapatkan pemeriksaan mata. tidak kira umur.. tidak kira apa jua latarbelakang.

Jika tanya saya apa yang berbeza sangat metod ini...

“Cek mata tidak terhenti pada kuasa /power rabun sahaja. Tetapi bagaimana dengan penglihatan yang jelas itu membawa kepada mudahnya brain untuk proses sebagai satu pemahaman yang mudah. Bila pemahaman mudah, ingatan untuk setiap konsep yang dipelajari akan lebih kuat. Barulah imaginasi dan kreativiti muncul untuk menaikkan semangat bagi menjelajah dunia pembelajaran yang berprestasi tinggi.”

Vision = Pemahaman + Ingatan + Imaginasi + Kreativiti.

Sebab itu bila kita jaga eyesight.. dan jaga Vision, lebih tinggi peluang untuk anak dapatkan prestasi akademik yang lebih cemerlang.

Rizal,
Optometrist.

.

Gerak hati yang mengganggu



“Bagaimana awak tahu?” Tanya pasukan resistance pada Fin bila menara kawalan telah dipindahkan pada Mothership kumpulan The Sith.

“GERAK HATI.” Kata Fin.

Itu antara babak dalam filem StarWars, The Rise of Skywalker.

Saya memang peminat Filem ini sejak Han Solo lagi. 

Hehehe.

Dah tengok? Kalau belum, pi tonton cepat-cepat.

.
Cerita tentang gerak hati, kalau kita rasa anak kita sepatutnya boleh perform bagus dalam akademik.... tetapi tidak, dan kita dah :

+ Tempatkan sekolah dan guru terbaik

+ Kelas tambahan yang terbaik 

+ Supplement bagi mencerdaskan otak dan tubuh badan

+ Berikan support motivasi sehingga talk one to one

...... tapi mereka masih struggle!

Gerak hati yang mengatakan ada sesuatu yang MENGGANGGU...

Mungkin adalah betul.

Salah satunya, bila mata bekerja lebih dari yang sepatutnya.

Dalam channel youtube saya, saya tunjukkan rutin pemeriksaan mata yang sepatutnya kepada pelajar.

Terutama pelajar yang mahu mengekalkan kecemerlangan akademik, atau MAHU lebih berpeluang cemerlang dalam akademik.

Link video tersebut disini 

https://youtu.be/Ilri-5YWvcg

Jangan lupa subscribe ya!

.
Rizal 
optometris

Bila ada anak yang pandai akademiknya...





Bila ada anak cara akademiknya bagus

+ Support dengan pujian. Puji disamping usaha, beliau tidak melupakan tanggungjawab sebagai anak, sebagai kakak/abang... dan hamba pada Tuhan.

+ tanya soalan-soalan yang terbuka, bagaimana beliau boleh dapat akademik yang bagus. Biar dia cerita, walaupun mungkin dia dah tahu. Diam lebih banyak, mendengar lebih banyak.

+ Puji usaha anak depan adik-adiknya. Tetapi jangan merendahkan anak kita yang lain, yang mungkin tak berapa perform. Ingat... mood mesti INSPIRASI. Bukan MERENDAH-RENDAHKAN.

+ Bila dah berjaya hari ini, mesti bawa persepsi dia jauh bertahun-tahun ke hadapan. Lebih banyak cabaran. Supaya dia jangan berhenti bila dah sampai tahap cemerlang.

+ Banyakkan cakap ‘BANGGA’. Bukan sebab kerana kita bangga... tetapi kerana dia boleh membanggakan adik beradik sampai mereka juga nak ikut.

.

Cara kita bercakap itu tidaklah sepenting bagaimana emosi ketika kita bercakap.

Mesti ikhlas. Deep inside sehingga dapat dirasai oleh anak kita.

Mereka manusia. Kita juga manusia.

Sebab itu, setiap pengalaman kita bersama anak, adalah sangat unik dan begitu personal.

Jangan sampai kita menyesal... tidak berada betul-betul dalam dunia mereka.

Jadilah hero. Jadilah kawan. Jadilah orang yang paling utama dalam hati mereka.

Setiap masa.

.

Rizal
Optometris

Jatuh cintalah dengan usaha kita

Jatuh cintalah dengan usaha kita.

1. Bukan jatuh cinta dengan hasilnya. Jika tidak berhasil nanti cepat putus cinta dengan usaha tersebut.

2. Jatuh minat akan cabaran sukar. Iaitu pada proses mencari jalan keluar.

3. Kejayaan hasil usaha bukan sahaja dari bakat. Bakat memudahkan untuk kita bermula.

4. Bakat sahaja tak boleh bawa kita ke tempat impian terbesar.

5. Cipta etika bekerja yang tinggi. Ia boleh menandingi 99% orang yang berbakat.

6. Ingat dua perkara utama : Jangan guna JALAN PINTAS dan Jangan BANYAK ALASAN.

.
Rizal
Optometris




Mesej untuk optom generasi baru





Ini khas buat Optom generasi baru.

Jaga generasi muda cemerlang ditempat praktis anda.

.

Saya pun dulu tak pernah tahu ada beza Eyesight dan Vision.

Dan bila saya buat video... saya tulis artikel.. malah menulis buku...

Saya fokus dekat EYESIGHT dan VISION ini.

Dan mula ada Optom yang gunakan konsep ini. 

Good! 

Anda dijalan yang betul.

Jika anda trust dengan konsep ini, teruskan mengkaji.

Tetapi gunakanlah ilmu ini untuk mudahkan konsultasi anda bila bersama patient.

Just,

JANGAN ANGGAP IA MENAIKKAN SALES ATAU NAMA PROFESION ANDA.

Sebab...

Sebelum orang percaya apa sekalipun konsep anda, patient nak lihat sejauh mana empati anda digunakan bila bersama mereka.

Jadi duduk ditempat mereka bila nak gunakan konsep itu di praktis kita.

.
Saya pernah berulang kali kata, dalam kelas private saya,

“Saya bukan ahli akademik. Saya entrepreneur yang nak cari jalan.... bagaimana konsep rawatan Eyesight dan Vision ini dapat dipraktikkan di Malaysia dan Indonesia.”

Dan masih mencari jalan.

.

Some advise :

1. Bila kaji tentang Vision, bacalah kajian-kajian terbaru Neuroscience. Banyak yang kita belajar di Universiti dahulu perlu di upgrade dengan fakta baru tentang brain.

2. Bila nak tahu tentang Vision, start dengan ‘Skeffington’s Circle’. Saya dulu, rasa tak berguna dalam Vision Therapy. Tapi bila dah faham.... Kita dapat tahu rutin rawatan yang berkesan. Insha Allah.

3. Alih semua nama-nama sains pada ayat mudah dulu. Kalau ramai yang bertany soalan lagi bila anda terang guna ayat mudah, maka betullah tu. Tapi kalau mereka senyap dan skeptikal.... cari ayat yang lain.

.
Dahulu,

Percayalah, saya pun tolak jauh-jauh nak dalami tentang klinik Binocular Vision.

Susah.
Banyak nak hafal.
Banyak konsep.
Sampai.... Boring nak salin apa lagi.

Saya dalami pun bukan sebab akademik. 

Tapi sebagai ayah yang nak tengok anak saya yang mempunyai Convergence Insufficiency, dengan Accomodation Insufficiency, dengan masalah Suppression lagi....

Pulih sepenuhnya.

Sebelum anak saya ambil UPSR, semua data tentang Vision dia, dah berada pada tahap sepatutnya.

Kalau tak ada praktis pun, kita boleh monitor Vision mereka.

Jika saya yang tiada apa-apa title boleh bantu anak sendiri... anda juga boleh bantu pelajar-pelajar yang lain.

Malah anak sendiri.

Start dengan satu sekolah. Cek Eyesight dan Vision pelajar-pelajar ini.

Anda akan jumpa, apa yang saya takuti bertahun-tahun mengenangkan apa yang saya tahu... tetapi tidak diketahui oleh pelajar dan ibubapa mereka.

Saya tak kata ia mudah. 

Tapi saya gerenti, kalau anda faham konsep Vision dengan storytelling.....

Orang yang average dalam akademik macam saya... akan 

TERUJA UNTUK EXPLORE LAGI.

Saya dah bagi klu.

Saya bukan nak promote kelas atau apa-apa.

Just terlintas dalam fikiran saya, yang dah lama nak tulis tentang perkara ini.

.

Jangan sehingga kita mula bosan buat benda yang sama bertahun-tahun sebagai Optometrist.

Pilihat kat kita.

Kita dah dewasa. Dah boleh mencari jalan untuk explore lebih.

Dan kita boleh bermula dengan konsep

“VISION” ini.

.
Rizal.
Aircond sejuk, menaip terketar-ketar.
☺️

Kita bukan nak rawat juling saja





Kita bukan nak rawat juling sahaja, tapi keyakinan... motivasi dan bayangan imaginasi kuat, mereka bukan lagi versi yang lama.

.

Semalam sampai rasa nak double vision saya lihat nota-nota untuk kelas esok.

Patient saya, Haikal, 10 tahun ini yang jadi inspirasi untuk konten kelas private saya.

Letup-letupkan jari dan asyik memandang ke bawah bila saya tanya soalan demi soalan.

Dia pendiam.

Dia banyak termenung sedangkan adik-adiknya gembira bermain-main di ruang menunggu.

Sepanjang bercakap, tak suka pandang wajah saya lama-lama.

Masa perjumpaan kali ke-3....

Saya kata dalam hati,

“Ini kenapa saya nak orang tahu... anak-anak ini boleh tinggalkan versi diri mereka yang lama.”

Dekat 20 minit saya duduk menghadap dia sambil buat test-test.

Sambil tu bercakap dengan dia. Masa ni parents duduk di luar. 

Dia kata :

1. Saya dah tak perlu nak kuatkan mata bila nak tengok kat depan.

2. Saya tak nampak dah berbayang-bayang bila baca lama-lama

3. Saya suka baca.

4. Lepas ni nak ajak mak pergi beli buku latihan. Nak buat banyak-banyak.

.

Saya lihat dia.. wajah dia... matanya yang teruja nak beritahu dia berjaya capai goal yang kami bincangkan masa sesi pertama.

Walaupun masa tu dia angguk sahaja, dia sebenarnya lebih faham sekarang.

Faham dia boleh jadi versi anak atau pelajar yang baru..

Jika dia yang mahu.

Saya akan rahsiakan perbualan yang rahsia antara kami. Antaranya pengalaman dia diperlakukan dengan keadaan yang tak sepatutnya.

Saya guide bagaimana nak bina jati diri dari semua keadaan itu.

Sebab, saya anggap anak-anak ini adalah anak-anak saya juga.

Mereka layak diberi keyakinan, bahawa mereka selayak-layaknya berpeluang untuk berjaya juga.

Rizal.
Sedang dodoikan Haseef sambil menaip sebelah tangan. 😅

.

Kejayaan dengan Penglihatan





Wanita berusia 35 tahun pagi ini membawa satu cerita yang wajib saya kongsikan...

KERANA IA BOLEH BERLAKU PADA ANDA DAN ANAK-ANAK YANG MEMAKAI CERMIN MATA

1. Beliau pemakai cermin mata, dan seperti biasa bila rasa kabur... itu tandanya perlu menukar power cermin mata.

2. Kabur yang dirasai mula mengganggu kerja sehingga rasa sangat tak selesa.

3. Dengan pemeriksaan rutin teliti pada Eyesight dan Vision, beliau mempunyai keadaan software mata yang bermasalah, sehingga POWER KOMPUTER menunjukkan POWER YANG TINGGI. (Saya terus tolak jauh-jauh anggaran power komputer ini... kerana tidak lagi relevan)

4. Sedangkan power beliau sangat rendah sahaja. Saya terangkan satu persatu kenapa matanya boleh nampak kabur.

5. “Normal, bila lihat jauh.. mata akan banyak berehat. Tapi mata Puan, bila lihat jauh... masih bekerja. Bila ia dah penat, Puan akan nampak kabur.. masa ni bila test power, berisiko akan diberi power berlebihan seperti cermin mata lama yang Puan pakai ni.” - Kata saya memberi penjelasan.

6. Keadaan ini digelar secara asasnya sebagai Accomodation Problem.

.

Bagi menyampaikan mesej, bahawa mata anak-anak perlu di uji lebih teliti sebelum diberikan power.... saya story tentang kes sama tetapi berlaku pada pelajar lelaki berumur 10 tahun.

Dalam kelas selalu paling terakhir, dalam 3 bulan lepas dirawat masalah Accomodation ini... beliau berjaya dengan usaha mendapat nombor 2 di dalam kelas.

Buat pertama kali dalam hidupnya, pelajar ini percaya dia adalah pelajar yang bagus.

“Kalau Puan dah atasi masalah Accomodation ini... kita doakan kerjaya Puan akan lebih bagus.. dan lebih berjaya.” Kata saya selepas terangkan satu per satu option untuk merawatnya.

Melihat Puan ini bersemangat dengan masa hadapannya, terdetik dalam hati saya,

“Kejayaan dengan Penglihatan.”

Ia adalah perjuangan saya yang tidak akan berhenti.

Gambar :
Sahabat saya, yang faham perjuangan ini, Tuan Muhammad Saleh memberi talk pada pelajar-pelajar di Kolej Vokasional Kuala Kangsar.

Rizal
Optometris

**Copyright of Rizal Optometris 2020

Berdebar nak bagi cermin multifokal kali pertama

Masa klien collect Multifokal buat kali pertama...

(Oh! Lupa nak beritahu. Multifokal ni cermin untuk bantu orang yang ada rabun. dekat ya. Tak ada garisan macam orang dulu-dulu - lihat gambar)

Saya ni cukuplah risau takut-takut terkejut klien saya ni dengan design advance Multifokal ni.

Ya lah, semua orang pun akan rasa kekok kalau kali pertama. 

Macam nak terjun guna payung terjun kali pertama. Mesti kekok dan takut kan?

Bayangkan kalau dah banyak kali terjun. Mesti tahap pro kan?

Saya pun katalah, selalunya orang yang pakai Multifokal ni,

+ Rasa gayat bila berjalan

+ Nampak kabur berbayang pandangan sisi

+ Rasa sukar nak cari zon yang jelas bila nak membaca..

Dan banyak jugalah poin saya cerita. Beliau tak pakai pun lagi.

Rutin saya memang akan cerita semula supaya tak terkejut lah nanti.

Alih-alih... beliau cakap,

“Kenapa saya tak ada rasa semua tu ya.”

Saya ambil rekod. Confirm memang itu rekod dan cermin mata beliau.

“Saya rasa ok je. Kabur-kabur bila tengok kaki tu biasalah.”

.

Multifokal sememangnya perlu pemeriksaan dan pemberian power yang sesuai dengan pekerjaaan.

Tugas yang bagus patut diberi kepada Tuan Muhammad Syamil Abdullah Make, Optometris handsome di praktis saya. 😆

.
Gambar : dari google.




Rizal 
Optometris

Sebelah mata ‘lari’ bila fokus sesuatu lama-lama





“Sampai ke Hospital paling mahal saya dah bawa. Semua kata dah tak boleh buat apa-apa.” 

Kata ibu Akmal merujuk kepada abang Akmal yang bila dia fokus sesuatu lama-lama, SEBELAH MATA AKAN LARI.

Akmal juga ada keadaan yang sama, tetapi masih ditahap yang awal.

Maka keluarlah nota saya... keluarlah cerita teknik rawatan yang saya guna pada patient saya yang lain seperti Ikhmal, Haikal, Zafran, Intan Sofea... dan beberapa nama lagi.

Bagi saya, 

Saya tak nampak kenapa saya perlu gunakan servis Vision Therapy yang saya ada, sebagai satu perbezaan besar dalam marketing.

Ia satu amanah.

Ia satu keperluan pada zaman ini, bagi menjaga mata anak-anak kita yang makin terdedah kepada risio juling kerana keadaan software mata yang fragile dan lemah.

“Tapi kenapa ada orang kata terapi tu dah tak boleh buat bila dah besar?” tanya bapa Akmal pula yang makin ke depan gerak tubuhnya.

Saya jawab dengan tenang,

“Pada masa itu belum ada bukti kajian tentang brain kita yang cukup hebat dengan ciri NEUROPLASTICITY. Atau orang itu masih menggunakan informasi yang lama.”

.

Oh! Saya ada tulis ebook tentang Neuroplasticity ini. Kalau minat nak beli, komen dibawah san saya akan bagi linknya. 

Gambar : Nota-nota yang saya tulis/lukis untuk patient.

Saya betul-betul nak mereka faham, jika mereka betul-betul mahu tahu cara rawatan yang saya gunakan.

.

Rizal
Optometris

Blok & Vision Therapy





Saya ada seorang patient kanak-kanak 8 tahun, payah nak ingat susunan gambar blok.

1. Saya tunjuk gambar blok yang saya susun, paling simple. Kemudian saya tak tunjuk dah gambar tu dan minta dia susun balik. Nak test bagaimana brain bekerja dengan ingatan.

2. Dia teragak-agak. Bila dah susun, rasa yakin... lepas tu, “Kejap.” Dia susun semula. Saya beri lagi masa untuk dia fikir betul atau tak susunan tadi. Dia ubah lagi. Dia ubah dan ubah hingga dah tak rasa yakin. Menyerah.

3. Hari ini saya kena ubah sikit taktik untuk dia dapat mahirkan memory ini. Dengan letakkan garisan dan namakan ruang garisan sebagai A, B dan C.

4. Dia cuba. Lagi mudah. Lagi senang. Bila saya guna kertas yang kosong balik, dia dah boleh bayangkan bagaimana susunan blok itu sehingga level ke-3.

.
Kenapa blok ini penting dalam Vision Therapy?

1. Orang yang ada masalah dengan software mata, brain asyik fokus mengawal mata pada kebanyakan masa... dan bukan untuk berikn tumpuan dan memahami apa yang dilihat/dipelajari. Sebab itu ada PELAJAR BIJAK, TAPI AKADEMIK KE LAUT.

2. Bila seseorang itu telah dirawat matanya (Visual Function), masih ada pada bahagian brain yang perlu kita latih semula, iaitu pada VISUAL PROCESSING -nya. Supaya brain faham, dia tak perlu lagi nak kawal mata susah-susah. Atau malas nak buat apa-apa bila dah tak susah. 

3. Brain juga perlu dilatih setelah sekian lama asyik mengawal mata yang bermasalah. Dengan melihat tahap seseorang organize dan mengingati kedudukan susunan blok, kita latih sehingga brain tahu untuk beri sepenuh tumpuan. Dengan tumpuan akan meningkatkan ingatan.

4. Sebagai Optometrist, seni menggunakan amaun power lens, prism, dan beberapa filter memudahkan lagi capaian Visual Memory ini. 

.

Patient cilik saya ni dapat semangat baru bila ada garisan-garisan halus ini.

Sebab itu tidak kira siapa yang buat Vision Therapy pada anak kita, beliau mesti alert dengan status patient... dan dengn cepat kreatif mengubah therapy mengikut tahap seseorang itu.

Sebab mata terlalu unik untuk disamakan prosedur terapinya pada semua orang.

Rizal,
Masih teringat band boy,
NEW KIDS ON THE BLOCK

😆😁😆

.

.

Team Rizal Optometris cek mata MB Perak



Saya berharap sayalah di sisi MB perak tu. 

Namun saya ada tugas lebih besar di praktis.

“Bila saya tengok cermin, mata saya masih lari.”

Kata patient saya ini yang datang untuk sesi ke-4.

Tapi dalam kebanyakan masa dah tak lari seperti dulu.

“Ada perkara yang femes kita boleh buat. Tapi kita kena pilih jalan yang tak femes, kalau itu lebih membawa kebaikan kepada sebuah dunia yang cukup istimewa... dunia anak-anak kita.”

Rizal,
Optometrist.

.

Mata sebelah ‘merajuk’ sampai tak boleh tengok tempat sujud masa solat.

Mata sebelah ‘merajuk’ sampai tak boleh tengok tempat sujud masa solat.

Setahun dahulu saya dah beri cadangan agar mata perlu dilatih untuk kawal balik mata kiri yang selalu,

DRIFT OUT bila membaca.

.

Macam pasangan yang merajuk bila ada konflik. 

So, nak pujuk kena guna latihan pada eye-brain, iaitu Vision Therapy.

Pelajar ini bercuti sebulan, nak fokus habiskan 10 sesi dahulu setelah tanda yang saya cerita setahun lepas telah mula wujud dengan ketara.


Saya jelaskan hampir 30 minit tentang rutin Vision Therapy untuk beliau.

+ Kaedah Neuroplasticity

+ Kaedah Biofeedback Therapy

+ Kaedah Visual Feedback Therapy

Saya tak adalah guna nama-nama sains itu. 

Tapi saya berikan contoh/konsep dan gambar berkaitan untuk pelajar Universiti ini faham,

KENAPA VISION THERAPY ITU PERLU KONSISTEN 

hadir untuk setiap sesi untuk dapatkan hasil yang terbaik.

Beliau ada Near Vision Disorder.

.

Pelajar berumur 23 tahun ini, dah mula rasa mata sebelah susah nak kawal.

Kemudian :

+ Rasa kening kiri makin ketara sakit.

+ Lebih suka baca sekejap-sekejap

+ Rasa kurang minat nak dapat pointer lebih dari sekarang.

+ Masa solat tak nak tengok tempat sujud. Pejamkan mata, atau fokus lihat objek lebih jauh.

Bila saya amati aduan, 

SEMUA INI TANDA VISION STRESS pada peringkat awal.


Rizal 
Optometris

*Copyright of Rizal Optometris 2020

Khamis, 26 Januari 2017

Bila umur dah masuk 40an..

Orang-orang hampir 40an, anda terpilih memiliki rabun ini.
......

Bila kita dan mula tiba ke usia 40 an, ada satu tanda yang akan berlaku ada mata kita : Rabun Dekat.

Lihat smartphone pada jarak dekat seperti dulu-dulu, dah tidak boleh lagi. Terpaksa skrin phone tu dijauh-jauhkan sehingga dah tidak cukup panjangnya tangan kita.

Ini tip bila kita hadapi keadaan seperti ini :

1. Kurangkan masa melihat skrin phone itu. Dulu 2-3 jam sekali hadap, kali ini cuba 'limit-kan' 30-40 minit. Kemudian rehat sebentar (10-15 minit).

2. Besarkan saiz tulisan phone supaya kita dapat dekatkan sedikit jarak phone tersebut.

3. Dapatkan kualiti skrin phone yang lebih baik, bercirikan HD. Juga 'ram' yang lebih baik, agar 'smooth' paparan skrin. Mata akan rasa lebih relax.

4. Elak terlalu cerah phone yang dilihat (Brightness). Ia boleh memenatkan lagi mata.

5. Dapatkan bantuan cermin mata. Pastikan mata dilakukan 'refraction' untuk mendapat power rabun dekat yang seimbang dan selesa. Power yang selesa amat membantu mata untuk bekerja lebih dalam keadaan yang terkawal.

6. Pilih design cermin mata yang sesuai dengan cara kita lakukan sesuatu aktiviti. Contohnya, design cermin untuk membaca novel tidak sama dengan design memberi ucapan sambil membaca 'text'. Dapatkan nasihat dari konsultan yang terlatih.
......

Sejak kebelakangan ini, kami menemui lebih banyak klien di awal umur 30an sudah memiliki ciri yang sama akan keadaan 'rabun dekat' ini.

Cepat-cepat lakukan ujian prestasi akan cara mata kita bekerja. Kerana jika kita masih muda (anak-anak kita juga), mereka boleh hadapi seolah-olah memiliki simptom rabun dekat (Ia digelar 'Vergence Dysfunction').

Ini hotline kami, 012-4442194. Call. Mesej. Dapatkan Appoinment.

Shahrizal Redwan.
Optometris

Siapkan anak kita 'berperang' untuk Exam tahun ini.

Siapkan anak kita 'berperang' untuk Exam tahun ini.

Sekolah yang terbaik sudah. Cikgu yang berpengalaman dan tuisyen power-power pun sudah. Tapi mata anak kita yang letih seharian hadap buku perlu juga dibantu.

Sekarang kita masih di awal tahun. Kami amat syorkan jika anak-anak kita yang ada ambil exam pada hari ini, ambil ujian cek mata yang khas.

Dari ujian ini kita dapat apakah kualiti cara kerja mata anak-anak kita ketika belajar seharian. Bukan cek mata yang sekadar cek power dan baca huruf-huruf di depan tu.

(Tahap Convergence, Accomodation dan Fusion. Ia sistem yang penting untuk anak guna mata dengan selesa ketika belajar).

Jika telah mula terganggu, cadangan dan ikhtiar pada penglihatan akan disyorkan.

Kemahiran penglihatan melakukan aktiviti ini akan direkod dan dibandingkan dengan tahap normal seseorang :

+ Berapa pantas beri jelas apa yang dilihat di papan ptih dan ketika menyalin nota.

+ Berapa kuat kedua-dua mata bekerja membaca dari huruf ke huruf.

+ Berapa lama mata dapat bertahan dengan cara belajar yang bertubi-tubi siang dan malam.
.
.
Nama seperti Puteri, Araventhan, Nurul Ain, dan Ammar adalah contoh cerita kejayaan seorang pelajar kategori 'B' berubah kepada kategori 'A'. Penglihatan mereka telah diberi bantuan yang memberi kesan yang lebih baik kepada daya tumpuan mereka semasa belajar.

Berikan bantuan pada anak-anak kita yang telah mula 'berperang' untuk mendapat result yang cemerlang dalam exam tahun ini.

Bila mata dalam keadaan berprestasi tinggi, usaha belajar dapat dipanjangkan tempohnya. Barulah peluang kejayaan dapat dicipta.

Terus hubungi kami di Hotline 012-4442194. Atau pm kami.

Anak kita bukan malas, tapi....

Kalau anak kita seolah 'jauh' dan 'sukar diterima'  tahap result exam mereka, baca kisah Puteri ini.
.....

"Dia ni malas sikit nak belajar!"

Kata seorang ibu kepada saya ketika ditanya akan tahap pelajaran adik Puteri, baru berusia 8 tahun.

Dah tertunduk wajah dia seolah menerima takdir akan tema 'malas' itu. 

Puteri dah mula pakai cermin mata sejak usia 7 tahun lagi. 

"Saya pun tidak faham, dulu dia dengan buku, tak boleh berpisah." Kata ibunya lagi.

Pernah kita lihat budak-budak kena marah?

Itulah wajah yang hadir pada Puteri.

Dalam 40 minit juga saya pilih dan  jalankan beberapa ujian dari pengalaman berhadapan dengan pelajar yang mempunyai isu dengan result exam.

Saya tanya pada Puteri 5 soalan ini,

"Puteri ada sakit kepala waktu tengah hari?"

- "Ha.. Ha..Hari-hari.."

"Dekat kening ni sakit?" Saya letakkan tangan saya di dahi.

- "A..Aa.. Ada.."

"Masa sakit kepala tu boleh salin apa yang cikgu tulis dekat depan?"

- (Puteri hanya gelengkan kepala)

"Ada tak waktu kelas pagi-pagi tu nampak terang, tapi kelas tengah hari dah tak boleh nampak jelas?"

- "Ya..." Beliau tundukkan wajah seolah beliau malu akan dirinya.

"Puteri nak dapat baca dan tulis macam kawan-kawan tak?"

- (Puteri hanya angguk-angguk.) Kali ini ditekapnya wajah dengan kedua-dua tapak tangannya..

Saya palingkan wajah kepada ibu Puteri.

Sehingga hari ini saya masih ingat ekspresi wajahnya. Jawapan dari soalan yang saya berikan pada Puteri, seolah suatu yang tidak disangka-sangka.

"Puteri... Kenapa tak beritahu mak?" Saya lihat mata ibu puteri cuba menahan air mata yang semakin berkumpul di kelopak matanya.

"Maafkan mak..." Sambil tangan beliau menyentuh belakang tubuh Puteri.

Hidup tidak perlu kita labelkan akan suatu 'nama' yang menjatuhkan harapan seseorang.

Tambahan lagi jika ia adalah anak yang kita lahirkan dan asuh sejak dari kecil lagi.

"Kes seperti Puteri ini, bukanlah kali pertama kami jumpa. Keadaan mata (penglihatan) memang boleh pengaruhi cara belajarnya. Result exam yang rendah, adalah antara kesannya."

Saya mulakan konsultasi kepada Ibu Puteri. Saya luangkan masa lebih kurang 15 minit juga bagi menerangkan hasil ujian yang telah saya lakukan. 

Saya juga telah gambarkan secara mudah apa yang berlaku pada sistem matanya (penglihatan) ketika beliau menulis dan membaca.

(Seperti seorang detektif yang  membentangkan kes. "Suspek-suspek telah diketahui...")
.
.
Ini adalah sebahagian dari kisah anak dan ibubapa yang baru menyedari, mata ada kaitan dengan cara belajar akan anak-anak mereka.

Cuba pandang wajah anak kita.. Pastikah kita, mereka boleh membaca dan menulis seperti rakan sekelas tanpa mempunyai masalah cara melihat?

Ibu ibu... Dan Ayah ayah..

Mama.. dan Papa..

Bila kita masuk ke dalam pusat cermin mata, mata dicek dan kita tempah sepasang cermin mata buat anak kecil kita...

Kita rasa masalah mata telah berjaya  diselesaikan.

Bila anak dapat result exam yang buruk-buruk, kita salahkan pihak lain (sekolah, cikgu, pusat tuisyen). Lebih parah kita salahkan anak-anak permata hati syurga kita sendiri yang tidak mahu berusaha.

Kalau dulu anak kita dengan buku tidak boleh renggang, tapi kini seolah ditolak-tolak ke tepi..

Mungkin kerana matanya sendiri yang tidak boleh lagi memberikan tumpuan ketika membaca..

Bawalah berjumpa dengan Optometris kami yang terlatih.  Ada ibubapa yang sanggup datang jauh sehingga lebih dari 100 km ke praktis kami. Saya kagum akan semangat mereka.

Kerana mereka sering berkongsi satu ayat yang buatkan saya ingat sehingga ke saat ini,

"Saya tahu, anak saya bukan begini dahulu. Betullah tekaan saya. Pasti ada sebab."

(Setiap kali datang follow up, ibubapa selalu berkongsi dengan kami akan peningkatan result exam anak-anak mereka. Dah jadi macam ritual pula,😂)
.
.
"Menjayakan sebuah harapan."

Shahrizal Redwan.
CEO ABS Optomedik.
Hotline : 012 4442194

Blue Light : Radiasi komputer/smartphone?


10 soalan ini amat membantu kita memahami akan Blue Light ini :

#1 Kanta Blue Coat ini apa?

Produk cermin mata yang amat sesuai untuk orang yang banyak hadap skrin komputer atau smartphone. 
.
.
#2 Blue Light ini pula apa?

Blue Light sememangnya wujud pada cahaya dari skrin digital yang kita lihat dan pada cahaya matahari. 

Apabila saintis mengkaji, cahaya matahari (sumber semulajadi) sebenarnya memiliki gabungan warna yang banyak iaitu merah, jingga, kuning, hijau, dan biru (blue light). 

Gabungan inilah yang mencipta cahaya yang cerah. 

Cahaya cerah yang ada pada smartphone (juga memiliki gabungan cahaya ini), kadar blue light-nya adalah lebih kuat.
.
.
#3 Mengapa Blue Light lebih bahaya dari siri warna lain?

Blue Light memiliki satu sifat yang cukup istimewa, ia mempunyai tenaga yang lebih kuat dari siri warna yang lain. Kesannya, ia boleh masuk ke dalam mata kita dengan mudah.
.
.
#4 Kenapa mata tidak boleh tapis cahaya ini?

Kerana secara semulajadinya, kita hanya menyerap ia sedikit dari cahaya matahari. Menyebabkan mata kita tidak didesignkan untuk halang blue light dari diserap oleh mata. Mata kita lebih didesign-kan untuk halang cahaya UV dari matahari.
.
.
#5 Kesan paling bahaya kalau banyak terdedah pada Blue Light ini?

Boleh merosakkan sel-sel dalam mata kita yang sensitif pada cahaya. Boleh meningkatkan risiko untuk mendapat satu keadaan yang digelar 'Macula Digenaration'. Ia satu kerosakan yang tiada cara untuk merawatnya.

#6 Kesan Blue Light kepada cara kerja/belajar?

Salah satu sifat Blue Light ini adalah ia bertemu dan berlaga dengan molekul diudara dengan lebih kuat. Cahaya dari skrin lebih banyak 'bergerak' berbanding dari bacaan buku yang kita lihat. Mata terpaksa bekerja lebih kuat akan keadaan yang wujud ini (ketika melihat skrin). Mata akan lebih cepat terasa penat dan mengganggu daya tumpuan kita akan kerja atau cara belajar kita.
.
.
#7 Adakah Blue Light ini ada kesan baik?

Ada. Ia membantu tubuh kita untuk kenal dan 'hafal' kitaran bila waktu bangun dan bila pula waktu untuk tidur. Berlebihan diserap akan cahaya ini, akan ganggu kitaran tersebut.
.
.
#8 Antara Cahaya UV dan Blue Light, mana lebih bahaya?

Semestinya Blue Light. Kerana ia melibatkan kerosakan kepada sel-sel saraf untuk kita lihat. Bila rosak, ia tiada ubat. Kalau kesan UV, contohnya wujudnya katarak, ia masih boleh dirawat melalui pembedahan gantikan kanta di dalam mata.
.
.
#9 Di mana bukti yang kita boleh lihat, blue light ini wujud?

Dogak ke langit diwaktu yang cerah. Apa warna langit? Biru kan? Kerana Blue Light ini bersifat mempunyai tenaga yang tinggi bila bergerak diudara, ia akan lebih mudah tersebar di langit. Sebab itulah langit kita berwarna biru.
.
.
#10 Blue Light ini dari mana datangnya?

Selagi mana kita nampak adanya cahaya, Blue Light ini akan sentiasa ada. Cahaya matahari, lampu di rumah, smartphone malah TV yang kita lihat setiap hari itu. Amaun dan jumlah dedahan itu mungkin berbeza. Sejak penggunaan teknologi LED untuk paparan skrin digital, Blue Light lebih banyak dipancarkan dengan lebih kuat.

'Blue Light ada di mana-mana.'
.
.
Masa kita kecil-kecil dahulu, kita hanya kenal TV sahaja untuk menonton cerita yang kita suka. Itupun ada had masanya.

Anak-anak kita pada hari ini amat berbeza setelah teknologi digital semakin mudah diperoleh pada harga yang lebih mampu.

Memanglah ada baik dan buruk. Ada juga yang kata ia adalah gaya hidup yang terkini. Gunakan segala kuasa yang kita ada untuk menjaga mata anak kita (mata kita juga). Berjumpa dengan Optometris anda. Dapatkan khidmat nasihat akan kanta yang dapat membantu kualiti penglihatan kita dengan lebih baik.

Jika Tuan Tuan ada pertanyaan, boleh pm atau komen di post ini.

#tanyaOptomedik : 012 444 21 94

Shahrizal Redwan. 
OptometristGuy

Bantu individu seperti Muaz


“Sampai satu hari saya tidak boleh buat apa-apa.” Kata seorang lelaki 20 an, Muaz. Belajar di sebuah Universiti di KL.

Bila saya kenang-kenang semula masa belajar di Universiti dahulu, seolah sama yang beliau hadapi seperti saya dahulu.

Bukan sakit kepala yang biasa masa kita demam-demam tu. Tapi lebih kepada banyak berpunca dari mata kita. 

“Bila pejam mata rasa ok sikit. Tu sebab bila jadi, saya akan tidur terus.”
.
.
Bila saya selidiki dengan lebih dalam, ini apa yang beliau hadapi semasa belajar di Universiti.

+ Selalu tutup sebelah mata, bila mahu teruskan buat kerja-kerja di komputer.

+ Tidak boleh ’stay up’ seperti rakan-rakan yang lain. Tidur awal.

+ Dalam kuliah kerap sangat tertidur.

+ Ambil masa untuk bagi jelas ‘slide’ di dalam kuliah. (Tetapi beliau telah cek mata. Tiada rabun).
.
.
.
Berlaku ‘dysfunction’ pada sebahagian sistem penglihatan beliau. 

Satu program rawatan telah didesign khas untuk beliau sebagai ikhtiar mengurangkan kesan yang dihadapi.

Jika kita kenal sesiapa yang mungkin mengalami seperti Muaz, berikan nombor telefon ini, atau mohon pm kami.

Kerana Muaz telah berjaya mengurangkan sebahagian besar apa yang beliau hadapi. Paling penting, peningkatan kepada resul exam semester beliau.

Bantu mereka seperti Muaz. Sebarkan info ini.

Hotline : 012-4442194

#tanyaOptomedik


Shahrizal Redwan
ABS Optomedik
Optomedik.com

Rabu, 4 Januari 2017

Bagaimana orang yang berjaya, hadapi sesuatu cabaran.


Orang kata.. banyak orang kata.. dan berkali-kali kata :

"Orang berjaya akan menempuh cabaran dan kesulitan dengan tabah."

Ini terlalu umum.

Sedangkan orang yang berjaya, sebenarnya :

1. Telah dapat menjangka risiko dan cabaran yang akan beliau tempuhi. Sebelum membuat langkahan pertama lagi. 

2. Sebelum sesuatu cabaran datang, beliau telah sediakan jalan-jalan yang boleh kurangkan kesannya. Jalan A, B, C.......dan seterusnya. Urus risiko.

3. Perancangan berdasarkan hasil. Bila buat ini, ada hasil yang baik, ada juga hasil yang buatkan kita rasa tidak berbaloi diusahakan. Rancangan berdasarkan hasil yang paling baik. Walaupun sedikit masa diperlukan.

4. Mulakan dengan kenal kekuatan diri dan organisasi syarikat. Konsep mereka, 'kuat dari dalam, barulah kuat hasil luaran.' Lihat cara mereka training organisasi. Macam agen Mission Impossible!

5. Ada sistem urus cabaran. Jangan terkejut juga, mereka juga ada sistem untuk urus kejayaan yang bakal diperoleh. Contoh, kejayaan kali ke 35, baru layak beli kereta idaman tanpa keluarkan duit satu sen dari gaji!

6. Tahu masa yang tepat bila mahu tukar 'jalan'. Ikut jalan sedia ada sekarang, tetapi tetap mengintai (mengkaji) jalan yang lebih baik bagi mencapai matlamat. Setiap detik nafas, ia dirancang, dieksperimen dan ada konklusinya.

7. Tahu buat perkara baru lebih 'murah' dari 'baiki' bila telah betul-betul membaca tanda-tandanya. Mereka tahu bezakan dari yang 'buat kerja sekerat jalan'. 

8. Pengalaman didahulukan sebagai 'modal membuat keputusan' yang lebih baik dimasa hadapan. Mereka mengambil tempoh yang agak lama di fasa ini. Orang luar selalu berkata, "Beliau berbakat sejak dari lahir." Sedangkan mereka berlatih dengan jerih melalui pengalaman. Duit adalah perkara kedua.

9. Sangat memahami, duit umpama 'magnet'. Buat perkara untuk menjadi tarikan kepada 'magnet' tersebut. Banyak berkait rapat dengan kredibiliti dan Leadership yang bersifat 'wisdom'.
.
.
Bila kita mahu berjaya dalam apa jua yang kita lakukan, bersikaplah seperti orang yang berjaya.

Mainkan watak.

Ada kajian, apabila seseorang lelaki memiliki rambut yang kemas seperti orang kaya yang berjaya, gandaan peluang untuk berjaya adalah jauh lebih tinggi.

Bukankah kita tahu, kita ini dilahirkan untuk berjaya?

Berapa kuat kita percaya akannya, penentu sikap kita pada hari ini.

"Percaya dahulu. Ubah sikap. Ubah budaya."

Ahad, 25 Disember 2016

Klien akan berbelanja lebih jika kita mendengar dengan baik.



Ini adalah 8 tip yang boleh kita lakukan :

1. Jika klien mengadu akan produk yang dibeli, pastikan kita menulis aduan beliau dihadapannya. Secara Live!
.

2. Walaupun kita telah faham maksud percakapan klien, ulang semula aduan beliau. Ia memberi kepastian adakah kita faham mengikut kehendak klien.
.

3. Diam sehinggalah klien berhenti bercakap. Tip? Selepas klien diam 3-5 saat baru kita bersuara semula.
.

4. Riak wajah perlu selari dengan 'mood' klien. Bila beliau bersedih, wajah kita perlu seperti ambil berat. Bila klien gembira riak wajah kita juga perlu gembira!
.

5. Elak terlalu banyak pergerakan dibuat semasa mendengar. Jika gatal kepala, dan klien sedang bercakap, tahan!
.

6. Suara kita perlu hampir seperti nada klien. Jika klien pendiam, pastikan kita ikut 'rentak' mereka.
.

7. 'Sraight to the point' bila bercakap. Klien dah kata nak beli yang harga sekitar RM 2000. Kita pula mulakan persembahan jualan dengan yang harga RM 200! Ini kategori tidak mendengar apa yang klien mahu.
.

8. Jika kita tersilap memahami klien (tindakan lain dari kehendak beliau), mohon maaf dengan bersungguh-sungguh.Tundukkan sedikit badan mengarah ke hadapan.
.
.
Apabia kitabuat tip di atas, kita posisikan diri sebagai orang yang disukai klien.

Bila klien dah suka, mereka tidak kisah untuk berbelanja lebih.

Tidak mahukah kita mempunyai klien sebegitu?
.
.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...