10 soalan ini amat membantu kita memahami akan Blue Light ini :
#1 Kanta Blue Coat ini apa?
Produk cermin mata yang amat sesuai untuk orang yang banyak hadap skrin komputer atau smartphone.
.
.
#2 Blue Light ini pula apa?
Blue Light sememangnya wujud pada cahaya dari skrin digital yang kita lihat dan pada cahaya matahari.
Apabila saintis mengkaji, cahaya matahari (sumber semulajadi) sebenarnya memiliki gabungan warna yang banyak iaitu merah, jingga, kuning, hijau, dan biru (blue light).
Gabungan inilah yang mencipta cahaya yang cerah.
Cahaya cerah yang ada pada smartphone (juga memiliki gabungan cahaya ini), kadar blue light-nya adalah lebih kuat.
.
.
#3 Mengapa Blue Light lebih bahaya dari siri warna lain?
Blue Light memiliki satu sifat yang cukup istimewa, ia mempunyai tenaga yang lebih kuat dari siri warna yang lain. Kesannya, ia boleh masuk ke dalam mata kita dengan mudah.
.
.
#4 Kenapa mata tidak boleh tapis cahaya ini?
Kerana secara semulajadinya, kita hanya menyerap ia sedikit dari cahaya matahari. Menyebabkan mata kita tidak didesignkan untuk halang blue light dari diserap oleh mata. Mata kita lebih didesign-kan untuk halang cahaya UV dari matahari.
.
.
#5 Kesan paling bahaya kalau banyak terdedah pada Blue Light ini?
Boleh merosakkan sel-sel dalam mata kita yang sensitif pada cahaya. Boleh meningkatkan risiko untuk mendapat satu keadaan yang digelar 'Macula Digenaration'. Ia satu kerosakan yang tiada cara untuk merawatnya.
#6 Kesan Blue Light kepada cara kerja/belajar?
Salah satu sifat Blue Light ini adalah ia bertemu dan berlaga dengan molekul diudara dengan lebih kuat. Cahaya dari skrin lebih banyak 'bergerak' berbanding dari bacaan buku yang kita lihat. Mata terpaksa bekerja lebih kuat akan keadaan yang wujud ini (ketika melihat skrin). Mata akan lebih cepat terasa penat dan mengganggu daya tumpuan kita akan kerja atau cara belajar kita.
.
.
#7 Adakah Blue Light ini ada kesan baik?
Ada. Ia membantu tubuh kita untuk kenal dan 'hafal' kitaran bila waktu bangun dan bila pula waktu untuk tidur. Berlebihan diserap akan cahaya ini, akan ganggu kitaran tersebut.
.
.
#8 Antara Cahaya UV dan Blue Light, mana lebih bahaya?
Semestinya Blue Light. Kerana ia melibatkan kerosakan kepada sel-sel saraf untuk kita lihat. Bila rosak, ia tiada ubat. Kalau kesan UV, contohnya wujudnya katarak, ia masih boleh dirawat melalui pembedahan gantikan kanta di dalam mata.
.
.
#9 Di mana bukti yang kita boleh lihat, blue light ini wujud?
Dogak ke langit diwaktu yang cerah. Apa warna langit? Biru kan? Kerana Blue Light ini bersifat mempunyai tenaga yang tinggi bila bergerak diudara, ia akan lebih mudah tersebar di langit. Sebab itulah langit kita berwarna biru.
.
.
#10 Blue Light ini dari mana datangnya?
Selagi mana kita nampak adanya cahaya, Blue Light ini akan sentiasa ada. Cahaya matahari, lampu di rumah, smartphone malah TV yang kita lihat setiap hari itu. Amaun dan jumlah dedahan itu mungkin berbeza. Sejak penggunaan teknologi LED untuk paparan skrin digital, Blue Light lebih banyak dipancarkan dengan lebih kuat.
'Blue Light ada di mana-mana.'
.
.
Masa kita kecil-kecil dahulu, kita hanya kenal TV sahaja untuk menonton cerita yang kita suka. Itupun ada had masanya.
Anak-anak kita pada hari ini amat berbeza setelah teknologi digital semakin mudah diperoleh pada harga yang lebih mampu.
Memanglah ada baik dan buruk. Ada juga yang kata ia adalah gaya hidup yang terkini. Gunakan segala kuasa yang kita ada untuk menjaga mata anak kita (mata kita juga). Berjumpa dengan Optometris anda. Dapatkan khidmat nasihat akan kanta yang dapat membantu kualiti penglihatan kita dengan lebih baik.
Jika Tuan Tuan ada pertanyaan, boleh pm atau komen di post ini.
#tanyaOptomedik : 012 444 21 94.
Shahrizal Redwan.
OptometristGuy
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jom Kongsi Pendapat Anda: