Rabu, 4 Januari 2017

Bagaimana orang yang berjaya, hadapi sesuatu cabaran.


Orang kata.. banyak orang kata.. dan berkali-kali kata :

"Orang berjaya akan menempuh cabaran dan kesulitan dengan tabah."

Ini terlalu umum.

Sedangkan orang yang berjaya, sebenarnya :

1. Telah dapat menjangka risiko dan cabaran yang akan beliau tempuhi. Sebelum membuat langkahan pertama lagi. 

2. Sebelum sesuatu cabaran datang, beliau telah sediakan jalan-jalan yang boleh kurangkan kesannya. Jalan A, B, C.......dan seterusnya. Urus risiko.

3. Perancangan berdasarkan hasil. Bila buat ini, ada hasil yang baik, ada juga hasil yang buatkan kita rasa tidak berbaloi diusahakan. Rancangan berdasarkan hasil yang paling baik. Walaupun sedikit masa diperlukan.

4. Mulakan dengan kenal kekuatan diri dan organisasi syarikat. Konsep mereka, 'kuat dari dalam, barulah kuat hasil luaran.' Lihat cara mereka training organisasi. Macam agen Mission Impossible!

5. Ada sistem urus cabaran. Jangan terkejut juga, mereka juga ada sistem untuk urus kejayaan yang bakal diperoleh. Contoh, kejayaan kali ke 35, baru layak beli kereta idaman tanpa keluarkan duit satu sen dari gaji!

6. Tahu masa yang tepat bila mahu tukar 'jalan'. Ikut jalan sedia ada sekarang, tetapi tetap mengintai (mengkaji) jalan yang lebih baik bagi mencapai matlamat. Setiap detik nafas, ia dirancang, dieksperimen dan ada konklusinya.

7. Tahu buat perkara baru lebih 'murah' dari 'baiki' bila telah betul-betul membaca tanda-tandanya. Mereka tahu bezakan dari yang 'buat kerja sekerat jalan'. 

8. Pengalaman didahulukan sebagai 'modal membuat keputusan' yang lebih baik dimasa hadapan. Mereka mengambil tempoh yang agak lama di fasa ini. Orang luar selalu berkata, "Beliau berbakat sejak dari lahir." Sedangkan mereka berlatih dengan jerih melalui pengalaman. Duit adalah perkara kedua.

9. Sangat memahami, duit umpama 'magnet'. Buat perkara untuk menjadi tarikan kepada 'magnet' tersebut. Banyak berkait rapat dengan kredibiliti dan Leadership yang bersifat 'wisdom'.
.
.
Bila kita mahu berjaya dalam apa jua yang kita lakukan, bersikaplah seperti orang yang berjaya.

Mainkan watak.

Ada kajian, apabila seseorang lelaki memiliki rambut yang kemas seperti orang kaya yang berjaya, gandaan peluang untuk berjaya adalah jauh lebih tinggi.

Bukankah kita tahu, kita ini dilahirkan untuk berjaya?

Berapa kuat kita percaya akannya, penentu sikap kita pada hari ini.

"Percaya dahulu. Ubah sikap. Ubah budaya."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Kongsi Pendapat Anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...