Kalau anak kita seolah 'jauh' dan 'sukar diterima' tahap result exam mereka, baca kisah Puteri ini.
.....
"Dia ni malas sikit nak belajar!"
Kata seorang ibu kepada saya ketika ditanya akan tahap pelajaran adik Puteri, baru berusia 8 tahun.
Dah tertunduk wajah dia seolah menerima takdir akan tema 'malas' itu.
Puteri dah mula pakai cermin mata sejak usia 7 tahun lagi.
"Saya pun tidak faham, dulu dia dengan buku, tak boleh berpisah." Kata ibunya lagi.
Pernah kita lihat budak-budak kena marah?
Itulah wajah yang hadir pada Puteri.
Dalam 40 minit juga saya pilih dan jalankan beberapa ujian dari pengalaman berhadapan dengan pelajar yang mempunyai isu dengan result exam.
Saya tanya pada Puteri 5 soalan ini,
"Puteri ada sakit kepala waktu tengah hari?"
- "Ha.. Ha..Hari-hari.."
"Dekat kening ni sakit?" Saya letakkan tangan saya di dahi.
- "A..Aa.. Ada.."
"Masa sakit kepala tu boleh salin apa yang cikgu tulis dekat depan?"
- (Puteri hanya gelengkan kepala)
"Ada tak waktu kelas pagi-pagi tu nampak terang, tapi kelas tengah hari dah tak boleh nampak jelas?"
- "Ya..." Beliau tundukkan wajah seolah beliau malu akan dirinya.
"Puteri nak dapat baca dan tulis macam kawan-kawan tak?"
- (Puteri hanya angguk-angguk.) Kali ini ditekapnya wajah dengan kedua-dua tapak tangannya..
Saya palingkan wajah kepada ibu Puteri.
Sehingga hari ini saya masih ingat ekspresi wajahnya. Jawapan dari soalan yang saya berikan pada Puteri, seolah suatu yang tidak disangka-sangka.
"Puteri... Kenapa tak beritahu mak?" Saya lihat mata ibu puteri cuba menahan air mata yang semakin berkumpul di kelopak matanya.
"Maafkan mak..." Sambil tangan beliau menyentuh belakang tubuh Puteri.
Hidup tidak perlu kita labelkan akan suatu 'nama' yang menjatuhkan harapan seseorang.
Tambahan lagi jika ia adalah anak yang kita lahirkan dan asuh sejak dari kecil lagi.
"Kes seperti Puteri ini, bukanlah kali pertama kami jumpa. Keadaan mata (penglihatan) memang boleh pengaruhi cara belajarnya. Result exam yang rendah, adalah antara kesannya."
Saya mulakan konsultasi kepada Ibu Puteri. Saya luangkan masa lebih kurang 15 minit juga bagi menerangkan hasil ujian yang telah saya lakukan.
Saya juga telah gambarkan secara mudah apa yang berlaku pada sistem matanya (penglihatan) ketika beliau menulis dan membaca.
(Seperti seorang detektif yang membentangkan kes. "Suspek-suspek telah diketahui...")
.
.
Ini adalah sebahagian dari kisah anak dan ibubapa yang baru menyedari, mata ada kaitan dengan cara belajar akan anak-anak mereka.
Cuba pandang wajah anak kita.. Pastikah kita, mereka boleh membaca dan menulis seperti rakan sekelas tanpa mempunyai masalah cara melihat?
Ibu ibu... Dan Ayah ayah..
Mama.. dan Papa..
Bila kita masuk ke dalam pusat cermin mata, mata dicek dan kita tempah sepasang cermin mata buat anak kecil kita...
Kita rasa masalah mata telah berjaya diselesaikan.
Bila anak dapat result exam yang buruk-buruk, kita salahkan pihak lain (sekolah, cikgu, pusat tuisyen). Lebih parah kita salahkan anak-anak permata hati syurga kita sendiri yang tidak mahu berusaha.
Kalau dulu anak kita dengan buku tidak boleh renggang, tapi kini seolah ditolak-tolak ke tepi..
Mungkin kerana matanya sendiri yang tidak boleh lagi memberikan tumpuan ketika membaca..
Bawalah berjumpa dengan Optometris kami yang terlatih. Ada ibubapa yang sanggup datang jauh sehingga lebih dari 100 km ke praktis kami. Saya kagum akan semangat mereka.
Kerana mereka sering berkongsi satu ayat yang buatkan saya ingat sehingga ke saat ini,
"Saya tahu, anak saya bukan begini dahulu. Betullah tekaan saya. Pasti ada sebab."
(Setiap kali datang follow up, ibubapa selalu berkongsi dengan kami akan peningkatan result exam anak-anak mereka. Dah jadi macam ritual pula,😂)
.
.
"Menjayakan sebuah harapan."
Shahrizal Redwan.
CEO ABS Optomedik.
Hotline : 012 4442194
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jom Kongsi Pendapat Anda: