Seorang pelajar menyimpan sebahagian dari wang belanja sekolahnya, dikumpul sedikit demi sedikit, untuk membeli kanta dengan power yang baru. RM 80 sepasang.
Beliau beli senyap-senyap tanpa pengetahuan ibubapanya sendiri. Bila ditanya, "Selalunya ayah akan suruh kurangkan power masa tempah."
Fahaman ini perlu dibuang jauh-jauh.
.
.
Ada fahaman bahawa dengan memberi power baru (naik dari yang lama) boleh :
1. Merosakkan mata. (Ia adalah mitos)
Cermin mata digunakan untuk membetulkan semula laluan cahaya yang masuk ke dalam mata.
Jika power baru yang diberikan, ia banyak membantu sistem 'mekanikal' di dalam bola mata berfungsi dengan lebih baik.
Power yang lebih rendah tidak akan banyak membantu (malah ia boleh menyebabkan juling).
.
.
2. Menambah lagi power rabun dengan cepat. (Ia adalah mitos).
Banyak sebenarnya punca boleh berlakunya peningkatan power rabun. Paling banyak ditemui adalah rabun dari jenis 'Functional Myopia'.
Ia ada kaitan dengan penggunaan otot mata yang berlebihan caranya bekerja (seperti menghadap tab, smartphone, Ipad pada satu tempoh masa yang lama dan kerap).
Otot mata inilah yang membentuk sistem fokus, sistem menggunakan dua mata sebagai satu unit, dan sistem gabungan imej dari mata kanan dan kiri menjadi satu imej yang penuh dengan informasi (yang diperlukan oleh otak).
Jika power rendah diberi, sistem ini tidak dapat bekerja dengan cekap, meningkatkan lagi peluang untuk bertambahnya power. Lebih serius, sistem ini perlu diperbaiki semula dengan cara yang lebih spesifik (bukan sekadar bertukar cermin mata biasa sahaja).
.
.
3. Power boleh turun dan dikawal agar tidak naik lagi. (Mitos)
Belum lagi saya menjumpai kanak-kanak yang rabun, dapat mencapai perkara diatas dengan tidak memakai power terbaru. Ia boleh mengundang kepada sesuatu yang lebih serius : Amblyopia. Mata yang sihat, tetapi tidak dapat melihat imej yang jelas dengan power rabun yang terbaru. Dikenali juga dengan nama 'mata malas'.
.
.
Anak adalah permata kita, agama dan negara untuk masa hadapan. Peliharalah penglihatan mereka dengan power cermin mata yang terkini.
Dapatkan juga ujian prestasi bagaimana mata mereka bekerja ketika membaca, menulis dan ketika belajar.
"Perubahan pemahaman tentang rabun, mengubah masa hadapan yang lebih cemerlang."
Kita bantu mereka.
Shahrizal Redwan.
Optometris.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jom Kongsi Pendapat Anda: