Sabtu, 22 Oktober 2016

Kenapa antara idola saya adalah seorang Doktor dari Pakistan, yang kini warganegara Malaysia?

Masa saya mula pindah kedai Optometri saya ke lokasi yang lebih baik (sebelah Maybank), mata saya tak boleh terlepas dari memandang sebuah klinik ini.

Setiap hari Klinik beliau penuh. Kalau malam, sehinggalah jam 11 orang baru reda.

Tapi mereka tidak pernah mengeluh menunggu. Saya sembang dengan seorang Pakcik yang jauh datang dari Sungai Siput (jarak lebih kurang 20km antara rumah dan klinik).

"Saya serasi dengan Doktor ini. Memanglah ubatnya mahal sedikit, tapi berbaloi."

(Berbaloi atas layanannya).

Bila kita pergi dekat kaunter ubat, terpampang arahan-arahan bertulis pada staffnya (ini SOP). Ada satu budaya 'tagline' yang saya tidak boleh lupa. 

Semua staff perempuannya (semua bangsa) dipanggil, 

"Moy!!" 

Singkatan dari Amoy (rasanya perkataan bahasa Cina untuk gadis). 

Bila masuk jumpa Doktor Pakistan ini, sekali dia berdiri, rasa redup bilik rawatan tu. Besar badannya.😅

Tapi bila lihat wajahnya, senyuman  beliau tidak pernah lekang. 

 
Bahasa melayunya memang fasih teratur. Dan paling saya suka, beliau banyak menggunakan soalan-soalan terbuka sehingga pesakit bercerita dari awal sehingga habis, sakitnya itu. 

Ini namanya ubat psikologi!!

Barulah diterangkan dengan gaya sang pencerita, pilihan rawatan, dan ubatan berkualiti yang kita mahukan.

Memberi pilihan itu yang membuatkan orang rasa dihormati. 

Klinik beliau ini 24 jam. Ada sekali tu saya rasa tak sedap badan sehingga bumi ini berputar sangat laju.. Memandu ke klinik dah seperti nak peluk stereng kereta.. 😭

Oh tidak....

Pukul 3 pagi saya masuk ke klinik, Doktor ini dengan muka penat, baru bangun tidur, tersenyum dan masih maintain eye contact-nya.

Kalau psikologinya, kita sebagai manusia tahu signal senyuman dari orang yang amat berdedikasi atas tugasnya.

Secucuk jarum singgah ditubuh pada jam 3 pagi. Lega!!

Beliau tahu saya adalah Optometris dan isteri saya seorang Speech Therapist. 

Banyak bagi galakan untuk buka satu centre speech dan visual. Senang beliau nak refer. 

Beliau nampak lebih jelas apa yang saya buat pada pesakit beliau yang mengadu sakit kepala. Rawatan dan latihan terapi yang diberikan.

Kerana anak beliau mempunyai satu keadaan yang dipanggil Convergence Insufficiency. Berjam-jam saya bagi penjelasan pada beliau. Ya lah, bercakap dengan Doktor kan??😅

Siap kena buat demo lagi. 😆

Beliau juga berkongsi, ada mengambil anak angkat yang mempunyai masalah lambat bercakap. Hah! Isteri sayalah yang berkongsi pula.

Bagi saya, secara keseluruhannya, Doktor ini menggunakan seni membina hubungan, dan mencipta keadaan sebagai sebuah keluarga.

Banyak saya belajar dari beliau secara tidak langsung.

Inilah asas budaya dan nilai yang saya cuba terapkan pada syarikat yang kami bina, bersama dengan orang yang akan menjaganya.

Seperti kata-kata coach, sifu dan CEO ABS Holdings, Tuan Hir Effendy Md Tahir

"Sesuatu yang kekal pada sesebuah syarikat, adalah budaya, dan nilai-nilai baik yang dibawanya."

Shahrizal Redwan
CEO ABS Optomedik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Kongsi Pendapat Anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...