Sesiapa yang mahu berbisnes (atau telah berbisnes) dalam cermin mata, mungkin perlu tahu lebih lanjut akan 3 perkara ini.
Ia akan dapat banyak membantu untuk menyusun strategi bisnes agar dapat berdaya tahan dan menghasilkan keuntungan yang lebih baik.
1. 30 tahun yang lepas, orang membeli cermin mata lebih mahal dari hari ini.
Pembekal syarikat saya terdiri dari lima orang lama yang telah membekalkan bingkai di kedai cermin mata. 20-30 tahun dah berbisnes.
Salah seorang dari mereka, saya panggil Neo, suka bercerita, "Kalau hari ini orang beli cermin mata harga RM 500, dulu harganya RM 1500."
Keuntungan dahulu, lebih banyak dari apa yang kita peroleh dari hari ini.
.
.
.
2. Buka kedai zaman 30 tahun yang lepas, kena gayanya, hari ini telah bergelar jutawan.
Ini juga di akui oleh Neo. "Dulu kalau you buka time tu, sudah kaya dah!"
Saya banyak bertanya pada senior-senior pembekal ini, seolah perakam yang boleh bercerita semula apa yang menyebabkan bisnes pada zaman itu meletup-letup.
Salah satu yang saya nampak, "elemen teruja kepada pelanggan yang membeli." Dulu kalau orang melayu buka kedai, berkampung-kampung akan tersebar. Ia tidak berlaku pada hari ini. Lebih mencabar.
Tetapi, ia tidak mustahil diwujudkan semula. Tahun 2014, apabila elemen ini diwujudkan semula, ia membawa kesan kepada 'profit yang lebih baik.
Ia menjadi modul di dalam kumpulan bisnes ABS Optomedik yang menjalankan bisnes ini.
.
.
.
3. Pelanggan dahulu membeli kerana produk. Hari ini lebih kepada mengapa logik perlu membelinya.
Zaman informasi bila didedahkan kepada pengguna, semuanya telah berubah.
Dahulu kami masih menggunakan cara lama dalam menjual. Tetapi setelah sedar akan hal ini, cara menjual semuanya dicipta semula untuk mencetuskan kepada pelanggan : mengapa secara logiknya, mereka perlu membeli.
Neo kata, "Dulu siapa banyak produk dia menang. Hari ini siapa pandai jual dia menang!"
.
.
Sejarah sesuatu yang kita boleh pelajari untuk menyusun strategi didalam bisnes.
Cuma kadang-kadang kita susah untuk mengaitkan antara bisnes dahulu dan sekarang. Buat kajian tanpa henti, kadang-kadang jawapannya ada di mata kita sendiri.
Seperti Neo, 6 bulan sekali pasti berada dihadapan mata saya... 😊
Shahrizal Redwan
CEO ABS Optomedik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jom Kongsi Pendapat Anda: