'Usahawan Optometri : 80 jam praktikal untuk bergelar 'Specialist' dan usahawan berbakat.'
Isu kedai cermin mata dengan kedai Optometri tiada perbezaan menjadi isu yang 'senyap'. Ada yang akui. Ada yang rasa tidak penting.
Ada yang cakap, "Oh! Nama syarikat saya dah ada 'Optometri'. Mestilah orang tahu saya pakar. Belajar 4 tahun tau nak dapat 'title ni.."
Tiada salah beranggapan begitu. 'Specialist' dari sudut pandang usahawan, bukanlah bermakna kita jadi super pandai dalam bidang ini. Tapi seni-nya itu.
Mungkin seni ini yang kita perlu ada sebelum orang mulai memanggil kita 'specialist' dalam penglihatan, dan usahawan yang disegani.
1- Seni mewujudkan budaya positif kepada staff.
Perlu bermula dengan kita sendiri dahulu. Layanan baik dengan layanan secara empati nampak seperti sama. Tapi ia membawa perbezaan kesan yang jauh berbeza.
Empati sebenarnya hanya dapat dikuasai apabila kita atau staff dapat menggunakan emosi positif dalam tutur kata dan tindakan. Disampaikan dengan penggunaan ayat yang tersusun, jelas dan nada suara yang sesuai.
Bagi Optometris, khidmat nasihat dengan empati, adalah senjata yang menjadikan kita pakar pada pandangan masyarakat.
2- Seni 'memudahkan' sesuatu yang sukar dan kompleks.
Cuba terangkan masalah 'Convergence Insufficiency' yang dihadapi oleh cucu kepada seorang Nenek. Bagaimana mahu fahamkan secara mudah kepada neneknya?
Teknik 'storytelling' yang mempunyai plot-plot yang tersusun dapat membantu menerangkannya.
Banyak pakar mengatakan, jika seseorang itu dapat menerangkan sesuatu dengan mudah, dan dari pelbagai sudut pemahaman, beliau sebenarnya adalah pakar yang diiktiraf oleh masyarakat. Teknik metafora antara yang agak berkesan.
3- Menguasai teknik mewujudkan marketing secara 'mulut ke mulut'.
Bidang profesional kesihatan, marketing jenis ini meningkatkan kepercayaan masyarakat ke atas kita.
Kredibiliti adalah perkataan yang tepat untuk menggambarkannya. Lebih banyak kita tunjukkan ada 'nilai' atas servis kita, lebih tinggi tahap kredibiliti yang akan kita miliki.
4- Kuasai seni menjual dengan baik.
Saya biasanya akan memberi tip kepada Optometris yang mahu menguasai cara menjual yang baik. Pertamanya, kuasai teknik 'softselling'. Teknik yang tidak nampak sangat kita mahu menjual.
Keduanya, gunakan pihak ketiga (seperti testimoni) menguatkan penerangan kita ketika menjual.
Ketiganya pula, gunakan teknik storytelling. Ada watak 'Villians' dan watak 'Hero'.
Menjual juga melibatkan kemahiran fleksibiliti kita bila berhadapan dengan pelanggan yang berlainan keperluannya.
5- Seni membina syarikat terletak kepada asas membina pasukan bisnes.
Orang yang bekerja dengan kita digelar staff. Tapi sebenarnya, walaupun mereka bekerja dengan kita, sebenarnya akan wujud dua jenis kumpulan pekerja : Tim staff dan Tim Bisnes.
Tim bisnes adalah orang yang sukar dicari kerana merekalah yang akan banyak membantu membangunkan syarikat. Tim staff pula adalah pelaksana yang membantu melancarkan operasi kedai atau syarikat kita.
Latihan kepada mereka dan cara kita coach, membantu melahirkan suasana yang harmoni pada setiap pekerja dibawah syarikat kita. Termasuk juga seni 'menggugurkan' staff dari jawatannya.
6- Cara menjawab soalan.
Jawapan yang nampak matang dan puas kepada orang yang bertanya.
Biasa dua teknik akan digunakan: teknik bertanya soalan terbuka dan teknik memberi jawapan dengan 3 fakta yang kukuh.
7- Tahu buat pre-mortem dan 'exit plan' bisnes.
Pre-mortem adalah suatu keadaan yang kita jangka jika apa yang dirancang tidak menjadi.
Contohnya selama 3 bulan jumlah jualan tidak mencapai sasaran. Jalan-jalan dan sumber untuk menghadapinya telah dirancang dari awal.
8- Tahu urus kewangan. Budget sebelum berbisnes, selepas berbisnes dan dimasa hadapan.
Paling penting kita tahu urus duit syarikat. Bezakan dengan duit peribadi. Sebab itu pentingnya kita tetapkan gaji sendiri.
9- Tahu 'tools' bisnes yang sesuai untuk memudahkan kita membuat keputusan bisnes.
Perlu ambil tahu bagaimana membuat model bisnes dengan strategi dari 'Business Model Canvas'. Ia sangat berguna dalam membuat keputusan yang betul terhadap kelompok pelanggan yang kita sasarkan.
Terdapat banyak tools yang lain boleh digunakan, seperti 'Scorecard' untuk staff, Value Propositions Canvas, dan lain-lain lagi.
10- Tahu bagaimana memiliki Growth Mindset, dan belajar cara menguasainya sebagai satu kelebihan.
Sebagai contoh, apabila datang cabaran bisnes, orang yang mempunyai Growth Mindset akan anggap ia hanyalah satu langkah (atau proses) dalam berjaya.
Akan dibuat penambahbaikan akan strategi dan taktik-taktik bisnes. Tiada cepat mengalah. Sentiasa!
11- Tahu secara asas membangunkan arahan yang perlu diikuti staff, secara bertulis (SOP).
Ia bagi melancarkan operasi dan aktiviti yang berlaku dalam syarikat. Kerja sebenarnya lebih seronok dan staff sudah tahu bagaimana untuk menyelesaikan sesuatu isu.
SOP adalah tempat rujukan untuk semua staff yang terlibat.
12- Tahu mencipta strategi bisnes dan taktik-taktik yang sentiasa sesuai dengan keadaan semasa.
Sesuatu strategi yang dibuat biasanya tidak akan berubah. Perubahan biasanya dilakukan pada taktik. Taktik adalah cara bagi mencapai strategi (matlamat/impian/visi) syarikat.
Ramai usahawan terperangkap dengan taktik yang banyak, akan hasilkan kejayaan bisnes. Malangnya, kebanyakan taktik yang digunakan, kurang membawa hasil yang bermakna pada syarikat.
.
Kita sebenarnya mempunyai pilihan dalam menentukan apa yang akan kita kecapi di masa akan datang.
Sebagai usahawan Optometri, memiliki praktis dan bisnes yang berjaya, adalah saat manis yang telah lama kita nantikan.
"Biar kita yang mengawal keadaan, agar kita berjaya mencapai segala impian!"
Shahrizal Redwan.
Optometry Business Trainer.
ABS Optomedik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jom Kongsi Pendapat Anda: