Khamis, 13 Oktober 2016

Pertimbangkan 4 perkara ini, barulah lebih 'bergaya' dan 'kukuh' dalam membina bisnes.



Apabila setiap hari menjalankan bisnes, sering tertanya-tanya, apa kita nak buat dulu? Nak bagi kukuh syarikat. Nak bagi ada kemajuan.


Apabila kita melihat secara bulanan sahaja, peluang nak berkembang lebih itu, mungkin bagai bermimpi bulan jatuh ke riba. (Aduh! Metafora sungguh! 😅)


Tapi kalau kita lihat sedikit ke hadapan, setahun, 3 tahun, 5 tahun...


Barulah kita boleh sedar apa yang perlu dibuat sekarang untuk mencapai apa yang kita impikan. Bisnes dan juga kesannya kepada kehidupan peribadi.


Jom kita lihat 4 perkara yang dimaksudkan :


1. Apabila memimpin orang, buat seperti membina keluarga.


Kalau kita sebagai ketua keluarga, perlu ditunjukkan teladan yang baik. Berkali-kali kita tunjukkan sehingga menjadi ikutan semua ahli keluarga kita. 


Contohnya bagaimana kita memanggil setiap ahli keluarga dengan kata-kata yang terhormat, sehingga ia menjadi budaya. 


Begitulah dalam memimpin staff, tunjukkan berkali-kali kita bukan mudah berputus asa, sentiasa mahu belajar dan suka bekerjasama dengan semua orang. 


Apabila staff menjadikannya budaya, suatu kelebihan yang amat menguntungkan pada bisnes kita.

.

.


 

2. Bila kita cuba menetapkan strategi bisnes, boleh jadikan tip dari Gary Hamel (pakar strategis bisnes) ini.


Ini yang beliau kata, "Sesuatu yang dianggap sebagai strategi, sebenarnya perlu memenuhi 2 kriteria ini : 


+ Apa yang kita tawarkan, betul-betul dapat menyelesaikan masalah pelanggan (dengan bilangan yang berbaloi), 


+ Ia sememangnya menjadi tanda aras perbezaan yang ketara jika dibandingkan dengan pesaing.

.

.

3. Dalam bertindak untuk mendapatkan sebarang hasil, perlu pastikan ada budaya ini :


+ Tahu perkara yang mana lebih penting dan kurang penting (buat yang penting dahulu. Lebih sedikit senarai, lebih baik!).


+ Membaca 'pattern' dengan mempunyai data yang berangka, dan respon dari pihak yang mengambil/membantu proses mendapatkan hasil pendapatan syarikat. Ia amat membantu untuk membuat keputusan dimasa hadapan.


+ Perlu cipta secara efektif untuk memantau strategi secara harian, mingguan, bulanan dan setiap 3 bulan. Ia untuk memastikan setiap orang yang terlibat, berada pada tahap yang prestai yang terbaik. 

.

.

4. Dalam mengatur wang syarikat, pastikan ianya 'seimbang'.


Banyak syarikat kecil kurang berpengalaman, akan memberi tumpuan kepada berapa banyak pendapatan syarikat dan keuntungan yang akan diperoleh. 


Aliran tunai (sebenarnya nyawa syarikat) perlu juga diambil kira. Pastikan setiap keputusan bisnes tidak memberi kesan yang parah kepada aliran tunai syarikat.

.

.

Kalau kita dah mengarah kepada 4 perkara ini dalam bisnes, kita sebenarnya sudah bersedia untuk memajukan bisnes ke tahap yang lebih tinggi.


"Kerana bisnes yang maju, berkembang dan mempunyai budaya positif yang cukup kuat, akan dapat melahirkan lebih ramai pekerja yang lebih berbakat."


*Nota ini diambil sebahagiannya dari modul latihan ABS Optomedik.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Kongsi Pendapat Anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...