Selepas habis belajar 4 tahun kursus Optometri, kuasai 3 skill ini. Baru kita akan rasa setiap pemakai cermin mata itu sebenarnya unik.
Bila ia telah wujud pada diri, barulah kita akan lebih mudah digelar 'pakar' dalam bidang yang mencabar ini.
Jom kita lihat :
1. Kuasai Skill bercerita.
Percayalah, siapa yang tidak suka mendengar cerita. Guna versi baru atau fresh bagaimana mata kita berfungsi.
Kaitkan dengan kehidupan pelanggan. Masuk sedikit elemen watak hero, watak jahat dan kelakar yang 'fun'. Siapa kata Optometris asyik persembahkan kes gaya saintis sahaja kan?
Cerita lebih mudah difahami apabila disusun plot-plotnya dengan baik. (Cerita tentang penglihatanlah! 😅)
.
.
2. Skill membiarkan pemakai cermin mata yang banyak bercerita.
Ini satu skill yang penting. Lagi banyak mereka cerita apa yang dirasai dengan power lama, penatnya mata mereka atau rasa tidak kena dengan cara melihat, lagi mudahlah untuk kita tahu kemungkinan puncanya dan rawatan yang sesuai.
Tipnya, banyakkan soalan-soalan dari yang jenis terbuka.
.
.
3. Skill bercakap dari hati atas ilmu yang dipelajari.
Perlu set awal-awal, kita akan guna ayat yang jujur, tidak menyakiti hati mana-mana pihak dan tahu makna bercakap jujur secara berseni.
Tipnya, lihat dari sudut pandangan mereka. "Kalau aku ditempat mereka, apa yang mereka sukai dengar, dimasa yang sama mesej dapat disampaikan?"
.
.
Pakar dari sudut pandang masyarakat, bukanlah berapa sains kita boleh menerangkan akan sesuatu.
Tetapi bagaimana kita mengaitkannya dengan mudah dengan kehidupan mereka.
Kerana penglihatan, adalah anugerah sains yang diberikan kepada profesion Optometri.
Shahrizal Redwan
ABS Optomedik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jom Kongsi Pendapat Anda: