Jumaat, 14 Oktober 2016

Kesan gadjet kepada mata (penglihatan).



Bila kita lihat anak-anak terlalu taksub degan gadjet mereka, sampai satu masa kita sendiri mulai rasa risau. 


Risau pada perkembangan mereka dimasa akan datang.

.

.

Apa kesan kepada mata pula?


Saya lebih suka membincangkannya dari sudut pengalaman kami sebagai Optometris.  Ada dua keadaan yang selalu dijumpai iaitu :


1. Kanak-kanak yang sedia mempunyai rabun dan bermain gadjet.


Saya masih ingat lagi seorang kanak-kanak yang berumur 7 tahun, bernama Hakim. Baru setahun memakai cermin mata berpower -2.00 DS, telah meningkat kepada -3.50 DS. Ia kategori peningkatan power yang tinggi dalam setahun.


'Siasatan' tidak akan berhenti disitu. Dalam menghasilkan imej yang terang oleh mata kita, disebaliknya terdapat sebuah sistem yang sangat kompleks dalam menjalankan fungsinya. Ia dinamakan 'Sistem Penglihatan'. 


Hakim mempunyai satu keadaan yang boleh mengganggu aktiviti membaca di sekolah pada jarak yang dekat.


Begini. Apabila terlalu banyak masa diperuntukkan menghadap gadjet, mata akan berada pada tahap yang terlalu letih, sehingga matanya mengambil masa sehingga 6-8 saat untuk menjelaskan tulisan buku dan pada papan putih (Sedangkan ahli saintis telah mengkaji, mata manusia mampu menjelaskan imej yang dilihat dalam masa 0.35 saat sahaja).


Keadaan ini tidak bagus semasa sesi pembelajaran.


Bila berterusan, ia boleh membawa kepada potensi peningkatan power rabun yang lebih tinggi.


Paling hampir bagi menerangkannya adalah dari kajian yang dilakukan oleh Dr Francis Young, 'The Developement of Myopia' pada tahun 1971.


Apabila mata monyet sentiasa dirangsang seolah melihat pada jarak dekat (seperti orang yang melihat terlalu lama akan gadjet), terdapat peningkatan saiz bola mata.

 

Dalam kes rabun jauh, lebih panjang saiz bola mata, lagi tinggi power yang diperlukan oleh seseorang itu.


(Dalam program mengawal power rabun jauh, pendekatan secara spesifik akan ditumpukan kepada faktor yang boleh menyebabkannya.)


Beberapa penilaian akan dilakukan dan barulah cadangan akan diberikan. Latihan terapi dan juga cermin mata tempahan khas antara kaedah yang boleh dipilih.


2. Kanak-kanak yang tiada sebarang rabun tetapi bermain gadjet.


Agak sukar melihat kesan kepada kanak-kanak yang tiada power rabun. Kerana apabila mereka mengadu-ibubapa bawa ke kedai cermin mata-keputusannya adalah normal-tidak perlu pakai cermin mata.


Tapi sebenarnya...


Sistem penglihatan mereka telahpun memberi kesan kepada deria melihat. Bukan dengan wujudnya rabun, tetapi perkara lain.


Penilaian khas perlu dilakukan. Jika dibiarkan, tumpuan semasa belajar akan mulai terjejas.


Selama hampir 7 tahun kami fokus kepada kaedah terbaik bagi membantu masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak yang suka akan gadjet ini. Setiap dari mereka adalah unik.


Ya, diakui. Kita tidak boleh menghalang 100% penggunaan teknologi. Tapi bila kita mulai tahu kesannya terhadap masa depan anak-anak kita, pasti kita akan lebih bermotivasi untuk membantu mereka.


Terutama sekali pada deria yang paling berharga buat seorang kanak-kanak,


"Mata yang memberi rasa deria melihat."


Shahrizal Redwan.

Optometrist.

CEO ABS Optomedik.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Kongsi Pendapat Anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...