1. Mempunyai matlamat dan tujuan bisnes yang jelas.
Bila saya bertanya pada usahawan yang hadiri Kursus di Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), apa matlamat bisnes mereka, rata-rata telah ada Matlamat yang tersendiri.
Matlamat adalah apa yang mahu dicapai di dalam bisnes. Perlu angan-angan yang sedikit kurang logik dahulu. Barulah kita mudah sedikit untuk percaya.
Capai kejayaan kecil dengan lebih banyak, barulah lebih mudah mencapai matlamat besar yang telah ditetapkan.
Tujuan berbisnes perlu sentiasa untuk berada pada tahap yang lebih baik, sama ada menyelesaikan masalah pelanggan, wujudkan nilai yang diperlukan, atau sesuatu yang menghasilkan perubahan positif pada masyarakat.
2. Tukarkan Matlamat kepada tindakan.
Masa inilah cara yang mahu kita bertindak dipetakan dahulu. Pegawai yang bertanggungjawab akan sentiasa memantau aktiviti, penghasilan keuntungan pelaburan dan taktik-taktik yang perlu diubah.
Tujuannya memastikan berlakunya tindakan yang mendekatkan syarikat maju ke hadapan.
Dalam pasukan syarikat saya, ia terdiri dari 3 orang yang fokus akan perkara ini. Kita lantik dan latih.
3. Wujudkan pasukan yang bagus dengan asas yang kuat.
Semasa saya idamkan mahu syarikat dikawal selia oleh sebuah pasukan, ciri-cirinya telah ditetapkan dahulu sebelum mereka diambil bekerja.
Sanggup belajar, kesungguhan yang amat tinggi dan mempunyai alasan kuat mengapa mahu memegang sesuatu jawatan.
Lepas tu uji mereka dengan projek-projek yang spesifik. Ikut peringkat.
4. Kuasai seni memberi tugas.
Kita perlu buat research bagaimana syarikat yang maju membahagikan tugas secara berseni. Saya dapat banyak tip-tip dari blog CEO. Juga bermentor dengan orang kuat ABS.
Apabila kita takut untuk melepaskan sebahagian tanggungjawab kita, agak sukar untuk syarikat terus berkembang.
5. Belajar dari kesilapan.
"Orang yang kurang bijak sahaja, melakukan kesilapan yang sama berulangkali."
Kita sebenarnya bijak. Cuma kaedah yang kita gunakan itu mungkin penyebab kepada kesilapan yang berulang kali.
Berlaku satu kesilapan, cari solusi bagaimana untuk tidak mengulangnya kembali. Paling pantas ikut pengalaman saya, cari mentor dan ambil coaching. Ia permulaan yang bagus!
6. Mempunyai sifat tolak ansur, mudah bertoleransi dan mental yang kuat.
Tiga sifat di atas adalah asas membina personaliti yang berkualiti buat seorang usahawan. Ia membina kemahiran-kemahiran asas yang kita perlukan apabila bisnes semakin berkembang.
Ia juga menjadikan budaya kepada syarikat yang akan diikuti oleh semua individu yang ada kaitan dengannya. Budaya adalah nyawa syarikat yang mahu berkembang.
7. Raikan kejayaan dengan kerap. Walaupun sekadar memberikan tepukan penghargaan.
Setiap minggu, syarikat akan adakan perjumpaan mingguan. Peranan utama saya adalah mencari apa-apa perkara yang boleh dipuji, diberi tepukan atau 'reward' yang telah dijanjikan sebelum ini.
Ia saat yang dinanti-nantikan oleh pasukan.
Puji sumbangan mereka, beri panduan bagaimana mendapat hasil yang lebih baik dan sentiasa berikan signal, kita amat menghargai tindak-tanduk positif mereka dalam syarikat.
.
.
Jika kita sudah ada kebanyakan dari 7 tip di atas, sebenarnya kita telah berada pada arah dan jalan yang betul, dalam bisnes.
Sentiasa percaya, kita dilahirkan untuk berjaya.
Teruskan melangkah.. Teruskan!!
Shahrizal Redwan.
CEO ABS Optomedik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jom Kongsi Pendapat Anda: