Memahami tip bisnes ada 3 jenis tahap :
1. Faham tanpa perlu berfikir.
Selalu berada pada tahap ini akan mula berkata, "Aku dah buat dah semua. Apa yang tidak kena lagi?"
.
.
2. Faham dan berfikir.
Tahap ini dah mulai pandai tukarkan tip kepada tindakan yang lebih sesuai dengan bisnesnya. Tetapi ia setakat itu sahaja.
Apabia tiba sesuatu cabaran, beliau tidak dapat menggunakan asas tip itu untuk menukar taktik yang lebih sesuai.
.
.
3. Faham, berfikir dan ubah pemahaman ikut kesesuaian keadaan semasa.
Ini tahap orang strategis. Kerap digabungkan tip-tip bisnes dalam satu taktik atau strategi.
Apabila kesan mulai berkurangan atau hasil yang dijangka tidak diperoleh, mudah sekali ditukar supaya ia kembali membawa kelebihan.
Tahap ini amat memahami akan konsep sesebuah tip yang diperoleh. (Selalunya lebih mudah apabila ada coaching atau panduan dari mentor).
.
.
Kita ditahap mana?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jom Kongsi Pendapat Anda: