Jumaat, 30 September 2016

Bila tahu pihak lain berbisnes lebih baik, belajar dan aplikasi pad bisnes sendiri.

Bila tayar dah dicipta, buat apa mahu cipta roda yang berbentuk baru? 

Cukup dengan jadikannya lebih baik. Ia adalah perumpamaan untuk menjadikan bisnes kita lebih baik.

Lihat apa yang ada pada pesaing, dan lihat juga pada yang bukan pesaing. Industri lain mungkin.

Contoh 1
---------
Saya pernah bertanya akan sistem komisen yang pihak ABS gunakan. Saya belajar dan terus ikut dan aplikasi pada syarikat.

Ia sistem yang lebih baik. Tim menjadi satu unit dalam menjual dan lebih fokus semasa training dibuat.
.
.
Contoh 2.
----------
Semasa pergi ke Melaka tahun lepas (family day syarikat), ada satu ruang masa semua tim pergi ke kedai cermin mata dan test cara layanan mereka. 

Apa yang mereka suka dan tidak suka cara customer service mereka.

Perkara yang baik diaplikasi, yang kurang baik dijadikan batu ukur untuk tidak mengulangi pengalaman itu pada pelanggan syarikat.

Contoh 3.
---------
Saya menerima coaching bisnes dari Puan Irnee Ismail (Pakar Kewangan ABS), Puan Armiati Mohd Ismail (Pakar Persyarikatan ABS) dan Tuan Hir Effendy Md Tahir (CEO ABS).

Saya suka cara mereka beri coaching. Lebih banyak saya yang bercerita dari mereka.

Di akhirnya mereka tunjukkan arah hanya dengan bertanya-tanya soalan (ini yang saya kagum).

Saya terus gunakan teknik mereka untuk beri coach pad pelapis leader syarikat. 

Termasuklah cara menjual yang banyak menggunakan soalan. Proses menjual lebih mudah dengan kualiti jualan yang lebih baik.
.
.
Banyak perkara yang boleh kita belajar dari keadaan sekeliling jika kita mahu memajukan bisnes yang kita ceburi

"Seseorang itu hanya akan lihat apa-apa yang mahu dilihatnya sahaja. Tetapkan kita mahu belajar sesuatu dari semua keadaan yang berlaku."

"Terutamanya yang melibatkan cara bisnes yang lebih baik."

Shahrizal Redwan
ABS Optomedik.

Jumaat, 9 September 2016

6 tip ke arah jualan bisnes yang lebih baik.

Faktor kuasa membeli dalam keadaan ekonomi yang mencabar, adalah sesuatu yang perlu dilalui oleh semua usahawan. Ada yang sehingga berfikir untuk tutup bisnes, tetapi ada juga yang salesnya makin hebat! Apa tipnya?

Saya kongsikan di sini :

1- Cara marketing mengarah kepada matlamat jualan yang kita mahu capai.

Kita perlu ada kaedah untuk membaca 'pattern' jualan. Kalau kita perlu berjumpa dengan 200 orang, untuk hasilkan 50 orang yang membeli, perlulah cari marketing yang berkesan supaya dapat berjumpa dengan 200 orang tersebut.

2- Kenalpasti pelanggan kita yang terbaik.

Ia boleh jadi pekerjaan, tempat tinggal, status berkeluarga atau tidak, dan ciri-ciri yang telah kita kenalpasti. Designkan promosi dan marketing mengarah kepada mereka. Pelanggan terbaik, kebiasaannya membawa kepada jualan yang berkualiti dan menguntungkan. Fokus pada mereka.

3- Banyakkan berkomunikasi dengan pelanggan.

Bila bisnes dah baik sedikit, kita mula menjauhkan diri dari pelanggan. Ia tindakan yang agak merugikan. Howard Schultz, pemilik kedai kopi Starbucks, sentiasa melawat kedai cawangannya dan bercakap dengan pelanggan yang datang. Ia membantu untuk memahami apa yang pelanggan mahu. Barulah mudah untuk merancang strategi bisnes yang berkesan.

4- Elak 'pejamkan mata', apa yang pesaing sedang buat.

Kita bukan mahu meniru. Tetapi untuk tahu di mana tahap bisnes kita. Dari marketing, sales, customer service mahupun 'reward' kepada staff. Jika tahu kita sudah jauh ketinggalan, mula buat penambahbaikan. Berlumba-lumba menjadi yang terbaik.

5- Sampaikan mesej bisnes yang 'fresh'.

Bukan dari dahulu lagi, asyik perkara yang sama sahaja yang kita buat (contohnya asyik promosi 70%). Pelanggan suka perkara yang baru. Iklan yang lebih matang, servis yang baru mahupun nilai yang baru bisnes kita bawa. Jika mesej yang sama, guna 'story' yang baru. Seperti Milo. Jalan cerita tetap sama mengenai kejayaan, tetapi 'watak' dalam iklan akan berubah dari masa ke semasa.

 
6- Matlamat kejayaan yang dizahirkan dalam bentuk fizikal.

Pakar banyak mengatakan, dalam melatih diri kita percaya sesuatu itu boleh dicapai, berikan visual fizikal kepada mindset. Lekat gambar kedai impian, kereta impian, rumah impian, tempat percutian, atau jumlah jualan setiap bulan. Nampak kecil, tapi kesan psikologinya amat besar.
.
.
.
Orang yang telah berada pada satu tahap kejayaan yang luarbiasa sering mengatakan frasa ayat di bawah,

"Jangan biarkan keadaan yang mengawal masa depan kita. Kita sendiri yang akan mengawal keadaan untuk terus berjaya."

Shahrizal Redwan.
ABS Optomedik.

"Recession (Gawat), Marketing"

Bertahun saya taip keyword tersebut dalam Google. Masa tu betul-betul hujung tahun ke tiga fasa survival bisnes. Ayat ni asyik bermain dalam fikiran, "Aku kena cari jalan!"

Saya salin poin-poin penting dalam satu buku nota. Setiap hari. Kemudian saya test pada bisnes Optometri yang dijalankan. Saya akan tulis semula dalam nota, apa pandangan dan kesimpulan, setelah ia dilakukan.

Barulah saya boleh melihat secara big picture apa yang berkesan, apa yang patut dimulakan dahulu dan 'planning' yang baik dan berkesan.

Pada masa gawat, tahun 2008, saya banyak berkata pada pasukan saya, jika ianya berlaku sekali lagi, adakah kita boleh mengelak dari ia memberi kesan pada bisnes kita seperti yang berlaku sekarang?

Kami tiada jawapan pada masa itu. Tapi kami temui formatnya.

Saya ringkaskan apa yang telah saya dan pasukan bisnes buat :

1- Baiki cara menjual dengan lebih baik.
Semuanya tentang jualan. Dari cara menjual, cara 'closed' sehinggalah kepada psikologi menjual dipraktikkan, dan diperbaiki dari masa ke semasa.

2- Marketing ikut kekuatan 'dalaman'.
Dahulu marketing hebat yang dibuat, memberi kesan kepada tempoh promosi itu sahaja. Kami putuskan, ia perlu diubah kepada satu bentuk 'growth' yang lebih stabil. Bahagian sales perlu kuat dahulu sebelum 'marketing' hebat dilancarkan.

3- Jadi seorang Leader yang mempunyai pasukan sendiri.
Ditetapkan berapa jam dalam seminggu supaya Leader dapat berlatih bercakap dengan gaya yang berpengaruh. Kerana bila kami susun strategi, untuk beri impak yang baik, pasukan yang kuat juga perlu ada. Skill lain ditambah dari masa ke semasa.
 

4- Strategi Laut Biru.
Antara isu yang dibawa dalam 'brainstorming', syarikat pada masa itu tidak mempunyai sebarang 'nilai' yang ketara pada sudut pandang pelanggan. Kami berjaya membinanya setelah 'bereksperiman' untuk satu tempoh yang agak mencabar. (Usahawan yang sertai Kumpulan Bisnes Optometri ABS Optomedik akan peroleh 'Nilai' ini).

5- Mempunyai 7 model bisnes yang berperingkat.
Jika ada orang yang tanya saya, inilah yang akan saya ceritakan, saya mempunyai 7 model bisnes dalam tempoh 2 tahun. Tiada rahsia. Ia juga adalah kunci kepada pemilik bisnes yang mempunyai 'sumber' yang terhad. Mula dengan apa yang ada, dan 'upgrade' bila masanya telah tiba. 

6- Sistem yang baik ikut keadaan semasa.
Sehingga hari ini kami masih memperbaiki sistem, agar kedai Optometri kami dapat beroperasi dengan baik. Paling penting, pengalaman pelanggan hampir sama jika berkunjung pada mana-mana cawangan kedai.

7- Penekanan kepada pentingnya memiliki 'Growth Mindset'.
Senang cerita, ia berkenaan pemikiran yang lebih positif. Tidak berhenti apabila telah bermula, bagi mencari solusi yang lebih baik untuk sesuatu cabaran. Ia suatu perubahan budaya yang sangat mencabar. Tapi kesan positifnya, tidak terkata!
.
.
.
Makluman pada pembaca, di atas adalah apa yang dilakukan bagi menghadapi sebarang kemungkinan atas faktor pelbagai cabaran, seperti gawatnya ekonomi.

Ia bukan copywriting dari mana-mana buku. Ia satu bentuk ringkasan pengalaman yang apabila dikenangkan semula, lebih berharga dari nilai wang ringgit.

"Kejayaan bermula dari cara kita bercakap pada diri sendiri."

Shahrizal Redwan.
ABS Optomedik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...