Bertahun saya taip keyword tersebut dalam Google. Masa tu betul-betul hujung tahun ke tiga fasa survival bisnes. Ayat ni asyik bermain dalam fikiran, "Aku kena cari jalan!"
Saya salin poin-poin penting dalam satu buku nota. Setiap hari. Kemudian saya test pada bisnes Optometri yang dijalankan. Saya akan tulis semula dalam nota, apa pandangan dan kesimpulan, setelah ia dilakukan.
Barulah saya boleh melihat secara big picture apa yang berkesan, apa yang patut dimulakan dahulu dan 'planning' yang baik dan berkesan.
Pada masa gawat, tahun 2008, saya banyak berkata pada pasukan saya, jika ianya berlaku sekali lagi, adakah kita boleh mengelak dari ia memberi kesan pada bisnes kita seperti yang berlaku sekarang?
Kami tiada jawapan pada masa itu. Tapi kami temui formatnya.
Saya ringkaskan apa yang telah saya dan pasukan bisnes buat :
1- Baiki cara menjual dengan lebih baik.
Semuanya tentang jualan. Dari cara menjual, cara 'closed' sehinggalah kepada psikologi menjual dipraktikkan, dan diperbaiki dari masa ke semasa.
2- Marketing ikut kekuatan 'dalaman'.
Dahulu marketing hebat yang dibuat, memberi kesan kepada tempoh promosi itu sahaja. Kami putuskan, ia perlu diubah kepada satu bentuk 'growth' yang lebih stabil. Bahagian sales perlu kuat dahulu sebelum 'marketing' hebat dilancarkan.
3- Jadi seorang Leader yang mempunyai pasukan sendiri.
Ditetapkan berapa jam dalam seminggu supaya Leader dapat berlatih bercakap dengan gaya yang berpengaruh. Kerana bila kami susun strategi, untuk beri impak yang baik, pasukan yang kuat juga perlu ada. Skill lain ditambah dari masa ke semasa.
4- Strategi Laut Biru.
Antara isu yang dibawa dalam 'brainstorming', syarikat pada masa itu tidak mempunyai sebarang 'nilai' yang ketara pada sudut pandang pelanggan. Kami berjaya membinanya setelah 'bereksperiman' untuk satu tempoh yang agak mencabar. (Usahawan yang sertai Kumpulan Bisnes Optometri ABS Optomedik akan peroleh 'Nilai' ini).
5- Mempunyai 7 model bisnes yang berperingkat.
Jika ada orang yang tanya saya, inilah yang akan saya ceritakan, saya mempunyai 7 model bisnes dalam tempoh 2 tahun. Tiada rahsia. Ia juga adalah kunci kepada pemilik bisnes yang mempunyai 'sumber' yang terhad. Mula dengan apa yang ada, dan 'upgrade' bila masanya telah tiba.
6- Sistem yang baik ikut keadaan semasa.
Sehingga hari ini kami masih memperbaiki sistem, agar kedai Optometri kami dapat beroperasi dengan baik. Paling penting, pengalaman pelanggan hampir sama jika berkunjung pada mana-mana cawangan kedai.
7- Penekanan kepada pentingnya memiliki 'Growth Mindset'.
Senang cerita, ia berkenaan pemikiran yang lebih positif. Tidak berhenti apabila telah bermula, bagi mencari solusi yang lebih baik untuk sesuatu cabaran. Ia suatu perubahan budaya yang sangat mencabar. Tapi kesan positifnya, tidak terkata!
.
.
.
Makluman pada pembaca, di atas adalah apa yang dilakukan bagi menghadapi sebarang kemungkinan atas faktor pelbagai cabaran, seperti gawatnya ekonomi.
Ia bukan copywriting dari mana-mana buku. Ia satu bentuk ringkasan pengalaman yang apabila dikenangkan semula, lebih berharga dari nilai wang ringgit.
"Kejayaan bermula dari cara kita bercakap pada diri sendiri."
Shahrizal Redwan.
ABS Optomedik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jom Kongsi Pendapat Anda: