Bila baca tajuk di atas, kita bayangkan orang yang tidak cukup modal, perlu ada kelulusan Optometris, dan banyak lagi bayangan berat. Mengeluh...
Seorang jurulatih kehidupan, Marie Forleo berkata, "Kunci kepada sebuah kejayaan, adalah terus mula ketika kita belum bersedia lagi.."
Bila kenangkan semula 7 tahun yang lalu, banyak perkara yang syarikat saya belum mampu. Nak capai sale tahap gaji pegawai kerajaan U52 pun jauh sekali.
Pada fasa itu, kami sering bertanya, "Mampu atau tidak kami buat sebarang perubahan dengan apa yang kami ada."
Saya bersama pasukan buat sesuatu yang tidak pernah kami fikir sebelum ini.
Mencapai satu target yang sepatutnya hanya orang yang 'mampu' sahaja capai, tetapi orang seperti kami yang 'tidak mampu', telah mula susun cara-caranya, bereksperimen dan ambil sisi sudut pandang yang berbeza.
Kesimpulannya, bermulalah dengan apa yang kita ada. Susun strategi dan taktik agar kita dapat mencapai apa-apa yang kita idamkan didalam bisnes mahupun peribadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jom Kongsi Pendapat Anda: