Faktor kuasa membeli dalam keadaan ekonomi yang mencabar, adalah sesuatu yang perlu dilalui oleh semua usahawan. Ada yang sehingga berfikir untuk tutup bisnes, tetapi ada juga yang salesnya makin hebat! Apa tipnya?
Saya kongsikan di sini :
1- Cara marketing mengarah kepada matlamat jualan yang kita mahu capai.
Kita perlu ada kaedah untuk membaca 'pattern' jualan. Kalau kita perlu berjumpa dengan 200 orang, untuk hasilkan 50 orang yang membeli, perlulah cari marketing yang berkesan supaya dapat berjumpa dengan 200 orang tersebut.
2- Kenalpasti pelanggan kita yang terbaik.
Ia boleh jadi pekerjaan, tempat tinggal, status berkeluarga atau tidak, dan ciri-ciri yang telah kita kenalpasti. Designkan promosi dan marketing mengarah kepada mereka. Pelanggan terbaik, kebiasaannya membawa kepada jualan yang berkualiti dan menguntungkan. Fokus pada mereka.
3- Banyakkan berkomunikasi dengan pelanggan.
Bila bisnes dah baik sedikit, kita mula menjauhkan diri dari pelanggan. Ia tindakan yang agak merugikan. Howard Schultz, pemilik kedai kopi Starbucks, sentiasa melawat kedai cawangannya dan bercakap dengan pelanggan yang datang. Ia membantu untuk memahami apa yang pelanggan mahu. Barulah mudah untuk merancang strategi bisnes yang berkesan.
4- Elak 'pejamkan mata', apa yang pesaing sedang buat.
Kita bukan mahu meniru. Tetapi untuk tahu di mana tahap bisnes kita. Dari marketing, sales, customer service mahupun 'reward' kepada staff. Jika tahu kita sudah jauh ketinggalan, mula buat penambahbaikan. Berlumba-lumba menjadi yang terbaik.
5- Sampaikan mesej bisnes yang 'fresh'.
Bukan dari dahulu lagi, asyik perkara yang sama sahaja yang kita buat (contohnya asyik promosi 70%). Pelanggan suka perkara yang baru. Iklan yang lebih matang, servis yang baru mahupun nilai yang baru bisnes kita bawa. Jika mesej yang sama, guna 'story' yang baru. Seperti Milo. Jalan cerita tetap sama mengenai kejayaan, tetapi 'watak' dalam iklan akan berubah dari masa ke semasa.
6- Matlamat kejayaan yang dizahirkan dalam bentuk fizikal.
Pakar banyak mengatakan, dalam melatih diri kita percaya sesuatu itu boleh dicapai, berikan visual fizikal kepada mindset. Lekat gambar kedai impian, kereta impian, rumah impian, tempat percutian, atau jumlah jualan setiap bulan. Nampak kecil, tapi kesan psikologinya amat besar.
.
.
.
Orang yang telah berada pada satu tahap kejayaan yang luarbiasa sering mengatakan frasa ayat di bawah,
"Jangan biarkan keadaan yang mengawal masa depan kita. Kita sendiri yang akan mengawal keadaan untuk terus berjaya."
Shahrizal Redwan.
ABS Optomedik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jom Kongsi Pendapat Anda: